SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 26-May-2009 00:27 Email | Share | Bookmark
CRANBERRIES CHEESE CAKE & QUICHE DAGING

 
 
 
CHEESE CAKE TAK ADA BASE
 
YG BETUL PUNYA
TENGOK TU CRANBERRIES DGN JEM JADI INTI CHEESE CAKE
SARAPAN KU PAGI INI
Tak ada cite apa2.kembar buat perangai lagi adik duk nangis dr kul 3 pagi sampai ke subuh.Katanya sakit telinga tapi aku pikir sebab badan dia tak sihat jadi badan panas so telinga mungkin jadi berdesing(agaknya lah)dah letak ubat diam kejap lepas tu dia meragam balik tak bagi ibu baring(yelah klu baring dah tentu ibu hilang...mata dah ngantuk) suruh duduk and tepuk punggung nya aje.Aduh penat betulah syafikah ni...kakak dia naik angin terus cubit adik suruh diam(boleh tahan gak anak2 pak yob ni semua berangin)Tak ada cite tp panjang gak taipnya..he..he..dah pendek cite ini apa yg ku masak lepas balik keje semalam.


QUICHE DAGING DAN SOSEJ
Bahan2
1 biji kentang rebus sederhana besar-lecek
3 keping roti-jadikan bread crum-mesin sampai halus
campurkan kentang dan roti sehingga menjadi doh letakkan di atas loyang buat seperti pai.

Inti
2 ulas bawang putih-cincang
1 labu bawang besar-dadu
3 sudu daging cincang
4 batang sosej-potong kecil
1 batang carrot sederhana-di dadu @ sagat
3 sudu black peper sos
1 sudu sos tomato
garam
minyak utk tumis

Panaskan minyak tumiskan bawang putih dan bawang besar.Kemudian masukkan daging cincang biarkan seketika bagi kering air daging.kemudian masukkan carrot kacai sedikit.masukkan sosej bersama dgn sos perasakan garam.masak sampai kering.Biarkan sejuk seketika sebelum masukkan kedalam loyang.

Topping
2 biji telur
1 sudu tepung kastad
1/2 cawan air
Satukan semua bahan dan bolehlah di tuang kedalam loyang sehingga menutupi kesemua inti.Bakar menggunakan suhu 180 @200c tengok oven masing2.Bakar sehingga telur tidak lagi bergoyang.Sedia
dihidangkan bersama sos cili
.


CRANBERRIES CHEESE CAKE

Ini resipi asalnya tapi ibu dah tukar kepada cranberries bersama jem rasberry.Maaflah kak rinn saya memandai tukar resipi dah lah c&p aje.tapi sedap gak...abah makan berulang tapi sikit2 sebab muak.pagi ni abah breakfast dgn cheese cake ni.Kembar kutip cranberries aje.

STRAWBERRY CHEESE CAKE
Sumber : Chef Alex Goh
COPY FP RINNCHAN
Bahan-bahan:
Dasar kek:
180gm biskut marie
100gm mentega, dicairkan
* Kisar kering biskut marie. Campurkan dengan mentega cair dan tekan padat dalam loyang. Sejukkan dalam petiais selama 20minit or so.

Isian kek:
250gm cream cheese
40g gula halus

30gm tepung gandum
3 biji kuning telur
150gm yogurt asli

3 biji putih telur
60gm gula halus

200gm inti strawberry (Strawberry filling)..boleh ganti dgn jem strawberry

Cara-cara:
1. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula halus dan putar lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan 3 biji kuning telur dan terus putar hingga sebati.
4. Tambah yogurt asli dan putar hingga licin.
5. Di dalam bekas yg lain, pukul putih telur hingga berbuih dan kembang. Masukkan gula
dan putar lagi hingga kental. Masukkan ia ke dalam adunan keju di atas.
6. Sapukan inti strawberry (atau jem strawberry) ke atas dasar kek biskut marie tadi.
Kemudian tuangkan adunan cream cheese.
7. Bakar pada suhu 160 drj di dalam dulang berisi air (kaedah bain-marie) selama 60 minit
atau sehingga kekuningan.
8.Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Simpan dalam petisejuk selama 5 jam atau
semalaman. Hias ikut citarasa.


RESIPI IBU BUAT 1/2 ADUNAN AJE TAKUT TAK HABIS.

Bahan-bahan:
Dasar kek:
15 keping biskut cheese cracker(julies)
1 sudu besar mentega, dicairkan
* Kisar kering biskut marie. Campurkan dengan mentega cair dan tekan padat dalam loyang. Sejukkan dalam petiais selama 20minit.Ibu masukkan biskut bersama dgn majerin dlm microvawe sekejap bagi majerin cair kemudian gaul dan msukkan kedalam bekas aluminium dan sejukkan kat beku jap.

Isian kek:
125gm cream cheese
1 sudu gula halus

1 sudu tepung gandum
2 biji kuning telur(1 gred B dan 1 gred F)
3/4 gelas kecil yogurt blueberry

2 biji putih telur dr yg atas
2 sudu gula halus

50gm dried cranberries bersama jem rasberry.

Cara-cara:
1. Putar cream cheese hingga ringan. Masukkan gula halus dan putar lagi hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan 2 biji kuning telur dan terus putar hingga sebati.
4. Tambah yogurt dan putar hingga licin.
5. Di dalam bekas yg lain, pukul putih telur hingga berbuih dan kembang. Masukkan gula
dan putar lagi hingga kental. Masukkan ia ke dalam adunan keju di atas.
6. Sapukan jem rasberry dan tabur cranberries ke atas dasar kek biskut tadi.
Kemudian tuangkan adunan cream cheese.
7. Bakar pada suhu 160 drj di dalam dulang berisi air (kaedah bain-marie) selama 40 minit
atau sehingga kekuningan. (masa kurang sebab buat bekas kecil2)
8.Keluarkan kek dari oven dan biarkan sejuk. Simpan dalam petisejuk selama 5 jam atau
semalaman. Hias ikut citarasa.

Sedap dimakan sejuk tapi sesapa yg kurang manis kurang kan sapuan jem pada base kek.
Tika cakap best ......
Untuk setengah adunan ni dapatlah 5 bekas aluminium cukuplah utk 3 org. makan klu jenis tak kuat melantak lah.....

Selamat mencuba..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net