SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-May-2009 03:35 Email | Share | Bookmark
MEXICAN BUN & MUFFIN PANDAN

Mexican bun yg pertama
tengaga gitu..harum sekali
muffin pandan
 
 
 
 
BIHUN GORENG


MEXICAN BUN
resepi: lilydvalley@myresepi.com

Filling
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum

Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- diayak (ibu guna 1/2 tepung high protein+superfine kes tak cukup tepung)
2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional) - i buh bread improver jek
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega

CARA:
A. (Filling - Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence
& gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan)

B. (Topping - Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.)

C. (Doh Roti)
1. Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
2. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
3. Masukkan telur dan air/susu segar.
4. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
5. Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
6. Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
7. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
8. Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
9. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
10. Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

NOTE:klu buat 1 adunan roti utk topping tu buat 1/2 adunan dah cukup.Ibu buat 1/2 adunan roti tapi terlebik jadi tambah lagi tepungnya.jadi lain kali klu buat roti jangan habiskan airnya tengok doh dulu takut terlebik.itu mexican bun tu dapat sampai 21 biji.

Ramai yg suka roti ni sebab seakan-akan roti boy yg pemes tu.Di sebabkan roti ni agak banyak utk my family jadi aku bagilah sikit utk sujah.lepas sujah makan siap minta resipi lagi lepas ni dia cakap klu nak makan tak yah beli lagi buat sendiri baru puas hati.Resipi kat atas tu aku copy dr fp norhahimah rasanya.maaflah sebab tak bagi tahu nak copy ni.tapi roti ni memang sedappp..sangat..

Sementara nak tunggu roti naik aku bancuhlah muffin pandan tapi buat 1/2 aduanan aje.Dapatlah 8 biji tapi maaflah aku dah pandai-pandai memodipiedkan resipi ni.Ini resipi c&p dr fp rinnchan


MUFFIN PANDAN
Sumber : -Cari.com

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak) Ibu guna whipping cream boleh ke??
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc. Ibu tak letak tapi tambah kaya kat dlm muffin tu.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.
Note:ibu buat 1/2 adunan aje ni.



Ini kisah anak ku yg rajin nor..belajar dan menulis sampai habis dinding rumah aku mcm2 corak jadinya.Hemdaknya biarlah rajin belajar sampai ke beso.Tapi botol susu tetap jadi peneman...



Ini bihun goreng masak utk dinner semalam.walaupun boleh di katakan semua org tahu masak bihun ni tapi mana tahu nanti anak ku yg tak tahu masak jadi letak gak lah resipinya

Bihun goreng
1/2 beg bihun direndam dlm air sampai lembut
1 sudu cili giling
2 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
isi ayam
1 peket fish ball
1 sudu kicap mee/pekat
1 sudu cuka
gula
garam
1/2 cawan air-ikut kekerasan bihun
sawi
taugeh
tauhu-di goreng sekejap
minyak utk tumis

Panaskan minyak kemudian tumis bawang dan cili biarkan garing kemudian masukkan isi ayam biarkan isi ayam masak sekejap atau kering airnya.kemudian masukkan air biarkan mendidih sambil tu boleh masukkan kicap.cuka,garam,gula.setelah mendidih boleh masukkan fish ball dan tauhu goreng sekejap kemudian masukkan bihun bersama dgn sayur.goreng sampai masak dan sedia dimakan.

Itu lah xtvt aku utk weekend.Klu masak nasi jangan haraplah...tak de org nak makan setakat makan kat kedai mamak aje...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net