SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-May-2009 00:27 Email | Share | Bookmark
MY FIRST CUP CAKE

NASI AIR SIAM
 
 
 
Apa nak cite hari ni ya...cuti weekend takde apa xtvt melainkan kemas rumah yg tak akan kemas dan cuci baju dan berperang dgn kembar dan bosan...bosanya....benornya nak gi jalan tak boleh bos ada kat rumah jadi itu yg duk wat bodoh je kat rumah sebabnya bos siang-siang lagi dah cakap tak mahu kemana-mana so what to do????...argh...janji tinggal janjilah ni sorrylah kak long and kak bie...bila tak tahu nak buat apa aku pun membeleklah resipi yg ku print kat office berbandle2 tu.Dan ini yg menarik perhatian walaupun tak cukup syarat sebab biasalah susah nak gi beli barang klu dgn kembar,klu ajak dia org gi kedai ibu punya barang RM2 tapi dia org punya brg RM6 mana larat...so ni yg terhasil.Nasi Air Siam utk kami punya breakfast including lunch also.save ...resipi ni ambik dr myresipi ni copy and paste aje.jgn marah tau...



NASI AIR SIAM
oleh: sitiazma Nasi Air Siam
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
· Nasi - dimasak sedikit lembik
· Daging - 1/2 kilo
· halia - 5 inch -ditumbuk lumat
· cili padi (hijau atau merah) - segenggam
· cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
· garam,gula sesedap rasa
· BAHAN TAMBAH
· ikan bilis - digoreng garing
· bawang goreng
· bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
· air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
· daun sup - dihiris halus-halus
· limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
· **bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.
Cara-cara
1. Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.
2. Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
3. Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.
4. Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
5. Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada .
6. TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.
7. CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!

Ibu tukar daging kepada ayam bagi senang budak makan.Ayam tu sebelum goreng ibu letak 2 ulas bawang putih,1/2 labu bawang besar, 1/2 inci halia blender semua dan campur dgn ayam masukkan sikit garam dan gula pas tu goreng mcm dlm arahan kat atas.fika bukan main suka lagi dgn ayam ni lepas 1 lagi 1 dia ambik kakak jgn haraplah.
Lagipun sekarang badan dia kurang sihat mcm demam pastu bila tengok kat dlm mulut ada mcm sawang susu itu tanda memang tak sihat.Tahun lepas masa dia masuk wad doktor ada bagi tahu bila ada benda mcm tu kat dalam mulutnya tanda masih ada virus tonsil klu peringkat yg teruk sampai kena operate lah.Tapi nasib baik kakak ni sikit aje masalahnya tapi risau gak kot-kot jadi teruk sebab tu waktu nak discharge dulu doc ada pesan klu ada nampak sawang tu bagi dia makan ice-cream(rupanya ada gak bagus ice-cream ni ya)tapi bila dah bagi offer mkn tak mahu lah pulak,susah-susah.

Last week office mate ada order cup cake utk anak dia tapi siang-siang lagi dah bagitau aku tak ada buat design just letak topping ok lah.Jadi pagi ni aku bagi lah kat dia hasil yg ku buat malam tadi.



Ini cup cake pertama yg ditempah oleh office mate ku.Katanya anak dia suka nor dgn kek hari tu jadi dia order lagi tapi nak buat mcm cup cake.Aku buat aje.Klu ada sesapa teringin nak mkn cup cake ni boleh lah order murah aje cuma RM12 utk 1 box ni.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net