SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 16-May-2009 00:50 Email | Share | Bookmark
TREASURE HUNT ........IN MY WASHING MACHINE

 
 
 
 
 
 


Biar betul org lain treasure hunt kat kapal ke mcm pirate of the Caribean ini aku kat mesin basuh.Ptg semalam aku rasa nak guna gak mesin basuh yg nazak tu utk basuh kain jadi lepas on suis aku tunggu kat sebelah mesim basuh nak tahu gak apa masalahnya.Masuk aje air kat dalam paip air buang pun sama keluar air klu mcm ni bila nak siap basuhnya.Pikir punya pikir aku dah siap-siap pusing body mesin tu,agaknya klu aku buat paip air buang ni keatas jadi tak????aku pun cubalah masa nak angkat paip air buang tu aku terdengar bunyi yg biasa ku dengar(duit dlm poket).godek punya godek ambik kau selambak keluar duit syiling.Sebelum tu memang dah berkarung aku kutip duit syiling yg keluar dr mesin basuh ni tapi tak terpikir lak yg duit masih lagi terkumpul kat paip tu.Itulah atas kecuaian aku sewaktu membasuh baju(bukan abah suka pakai seluar yg banyak poket jd kadang2 lupa poket mana yg belum di check lagi).Walaupun duit dah keluar selambak tapi masalah belum selesai lagi jadi tiap kali masuk air aku kena angkat paip air buang tu klu tak berkurun lamanya baru siap basuh.
Sebernarnya sebelum aku operate mesin basuh tu aku dah buat satu xperimen ia itu Carrot Cake. Dan inilah hasilnya......sorry aku copy and paste aje ni



Carrot Cake –FP BOXHOUSE STUDIO
Sumber : leen omar (Rnet)

Bahan
2 1/2 cwn Tepung Berserbuk Penaik (preferably bluekey) ibu guna tepung spt di bawah sebab tak ada stok
TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.
1st baking powder
1st soda bicarbonate
1/2st cinnanom powder (ibu tak letak sebab kureng sikit)
1/4st garam
3/4cwn brown sugar
1cwn gula castor
4biji telur
1cwn minyak jagung (mklang guna minyak masak je..)
1cwn mentega cair
3cwn lobak (diparut - <>2 biji lobak yg sederhana besar)
3/4 cwn walnut cincang (tak letak gak sebab stok habis)

Topping
3/4 ketul cream cheese
3sm mentega
1/3 cwn icing sugar (maklang lebihkan skit gula...)
1st lime juice
(kalau nak more creamy lagi lebihkan butter/krimwell)

Cara
Panaskan oven 180C
Ayak tepung+baking powder+bicarbonate dlm mangkuk
Campurkan lobak parut, minyak jagung, mentega cair, cinnamon powder, brown sugar, castor sugar dan telur
Putar adunan sehingga lebut/gebu. Masukkan walnut dan kisar sebentar
Bakar dlm oven selama 45 min hingga 1 jam.
Biarkan sejuk...buatkan topping

Hiasan Krim Keju
Masukkan semua bahan dalam mangkuk.Kisar hingga halus dan sapukan pada kek.

Ibu tak ada topping pun.Setelah xperimen ni siap aku merasakan kek ni agak manis buat ku jadi leng kali klu nak buat kena kurangkan sikit gulanya.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net