SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 15-May-2009 00:47 Email | Share | Bookmark
MUFFIN CHIP COKLAT

Muffin hias dgn coklat chip dan coklat urai
 
 
My Breakfast
Aduh penatnya aku rasa pagi ni nak jalan pun mcm nak tak nak je ni semua pasal gara-gara kembar yg meragam .Mula-mula adik yg buat perangai(memang setiap mlm mcm tu)masa ibu tengah syok2 tido tiba2 kul 2 pagi dia nangis bukan main kuat lagi semua di tendang nya.Masa dah mengamuk semua orang tak boleh dekat 1 katil besar memang tempat dia lah.Abah dah lari keluar buka tv(walaupun sebenarnya bukan nak tengok tv)lebih kurang setengah jam nangis dia cakap nak cucu bu...aku pun buatlah tiba2 dia cakap "lain..lain.."botol susu tu di campaknya.Geramnya aku ,botol ku letak tepi katil tapi di sebabkan dia tak puas hati dia bagun buang lagi botol tu.Aku biarkan aje,abah masuk bilik tunjuk muka garang baru dia diam .Dia cakap nak susu tapi botol lain.Jadi terpaksa aku buat botol lain susu yg tadi sah sah kena buang gak(membazir betul anak aku ni).Dah dapat susu ada lagi ragam dia tapi aku buat tak tahu aje.Lama2 dia diam gak.
Disebabkan aku tido awal semalam jadi rumah tak kemas kain tak basuh.Aku kuncilah jam kul 5 pagi utk settle kan kerja-kerja tu.Walaupun kunci jam klu dah mata ni ngantuk boleh tak dengar bunyi jam tu.sedar2 dah kul 5.15 cepat2 aku bangun nanti klu budak ni bangun semua tak jadi kerja. Ingatkan awal kita bangun awal bolehlah siapkan kerja rupanya ibu bangun 5.15 kakak bangun 5.30 aduh..duh...sudahnya kerja aku pun tak siap.Kakak mula2 dia cakap nak gi bilik air sakit perut jadi bila aku letak dia kat bilik air aku gi lah dapur sekali sampai kat bilik air dah banjir depan pintu sampai keluar rumah(rumah flat bilik air depan pintu keluar rumah) mak oii..lagi banyak kerja aku ni.Bila aku marah dia cakap nak tengok tv lak,dah buka tv diam jam lepas tu bila dengar orang azan dia bagi tahu aku(klu adik mesti dah suruh ibu solat ni).Tapi perang punya perang dgn kakak dapatlah aku buat kerja gak tapi rumah tak sempat sapu rumah.
Ini cerita lain lak cerita aku buat Muffin Chip Coklat ini pun pertama kali buat resipi ni aku ambil dr Fp Madiha.Tapi lain sikitlah sebab masa nak godek muffin ni duk berambat dgn kembar main air.




CHOCOLATE CHIPS MUFFINS

INGREDIENTS:
Makes 12 medium muffins

180g all-purpose flour
195g superfine flour
5 tsp baking powder
1/2 tsp salt
210g castor sugar
2 large eggs, lightly beaten
300ml milk
110g butter, melted and cooled
100g chocolate chips
1/2 tsp flour for dusting chocolate chips

METHOD:

Preheat oven at 200 degC. Line muffin tray with paper cups.
Sift flours, baking powder and salt into a mixing bowl. Add sugar into the flour mixture. Use a whisk to lightly blend the mixture.
In another mixing bowl, combine egg, milk and melted butter.
Lightly dust chocolate chips with flour (to prevent sinking in batter).
Make a well in the middle of dry ingredients. Add the wet ingredients and mix just until all the flour is moistened. Fold chocolate chips into batter. The batter should look lumpy. Do not overmix.
Divide batter into 12 muffin cups. Reduce temperature to 180degC and bake muffins for 25-30 minutes or until well risen.
Transfer to wire racks to let cool

Ini cara Ibu buat(nak cepat punya pasal patut lah jadi lain)
CHOCOLATE CHIPS MUFFINS

BAHAN-BAHAN
375g superfine flour
5 tsp baking powder
1/2 tsp salt
210g castor sugar
2 large eggs, lightly beaten
300ml susu tepung 1cawan + air suam
110g butter, melted and cooled
chocolate chips utk tabur kat atas aje

CARA-CARA
1.panaskan oven 200 C. Line muffin tray with paper cups.
2.ayak tepung, baking powder
3.masukkan gula kedalam tepung dan kacau sampai semuanya rata.
4.dalam mangkuk lain masukkan telur,susu+garam dan butter cair.
5.buatkan satu lubang di tengah tepung untuk menuang bahan cair kedlm tepung,kacau sampai sebati.
6.Turunkan suhu ke 180C dan bolehlah bakar dlm masa 25-30 sehingga masak.
Transfer ke rak utk di sejukkan.

Ibu guna paper line yg sedan aje jadi dpt 29 biji(biar betul Madiha dpt 12 biji je.. )
Agaknya ini sebab derhaka punya pasal itu dapat banyak kot...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net