SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-May-2009 01:14 Email | Share | Bookmark
BROWNIES PERTAMA KU.....

 
Baru masak
Boleh nampak walnut kat dlm tu
My breakfast
 
 

Semalam bila ronda-ronda terfikirlah nak buat brownies so aku pun rondalah mana2 rumah yg buat brownies simple and simply and yg penting semua barang dah ada kat rumah.Jadi ronda punya ronda aku jumpalah brownies kat rumah rinnchan.Jadi inilah hasilnya.....



FUDGE BROWNIES
Sumber : FP Rinnchan http://members.tripod.com/~chocolatefantasy @ Mak Lang's Kitchen
1 cwn butter, cairkan
1 cwn serbuk koko
1 3/4 ke 2 cwn gula castor (Tahap kemanisan ikut suka)
1 1/2 tsp vanilla
4 biji telur
1 1/3 cwn tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp gram halus
1 cwn pelbagai kekacang atau chocolate chips (walnut cincang aje itupun 1/2 cawan aje )
Cara-cara :
1. Di dalam satu bekas, kacau sebati butter cair dan serbuk koko.
2. Masukkan gula, esen vanilla dan telur. Kacau semua hingga sebati.
3. Sedikit demi sedikit masukkan tepung + baking powder + garam halus yg telah diayak bersama.
4. Akhir sekali masukkan kekacang dan choc chips yg telah digaul dengan sedikit tepung.
5. Tuang adunan ke dalam loyang brownies dan bakar di dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 175 darj selama 30 min - 40min, bergantung kepada oven masing-masing.


Terima kasih kpd empunya resipi ni.Mula2 masak abah cakap pahit aku dah cuak dengar mana lak aku nak campak kueh ni.Tapi pagi ni bila aku makan ok aje,abah ni pandai2 aje cakap tak sedap(sebenarnya semalam masa panas2 lagi aku dah potong sebab tak sabar nak tengok resultnya).Jadi aku potong utk kembar bawak ke nursery dan aku bawak bekal.
Sebelum ni aku pernah gak masak brownies tapi kena masak atas dapur dulu baru bakar.Tapi brownies tu mcm melekit sikit kena letak dlm peti .itu resipi dr majalah rasa


My breakfast this morning.....adik2 ku ni betul2 angah buat utk makan pagi tau.Makan kat opis lagi



Rupa kembar selepas di potong rambut.Mcm mak polis pun ada.sebab abahnya polis anak pun nak jadi polis kaa...baik jangan nak cari lah kerja lain anak-anak ku..gambarpun tak berapa jelas sebab kembar tak mahu duk diam.Ramai lak yg complain bila rambut kembar dah pendek.Pagi ni aku hantar kat nursery pun cakap budak berdua ni dah tak cantik lagi bila potong rambut mcm tu(pandai aje dia org ni tak tahu kembar ni tak suka sikat rambut)aku ni dah mula merapu daa...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net