SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 10-May-2009 07:52 Email | Share | Bookmark
KEK YG KU JANJI NAK BUAT SAMA DENGAN KAK LONG

KEK CUSTAD KAREMEL
MEE KARI
 
BOLEH NAMPAK DIA PUNYA LAPISAN
HIASAN SAMPINGAN DAN BG MENYEDAPKAN LAGI
SEDANG DI BAKAR.NAIK BETUL
KAK LONG SORRY LAH SAYA DAH BUAT YG JANJI NAK BUAT SAMA2.BUKAN APA TAKUT NANTI JADI MACAM ARI TU.JANJI PUNYA JANJI ADA LAK ARAL JADI DAH ALANG-ALANG BALIK DUNGUN NI SAYA TERUS AJE MASAK.TAPI DAH CAKAP DENGAN MAMA INI KUEH LAST MASAK UTK BALIK HARI NI(APA TAK NYA ESOK AKU DAH BALIK KL)


KEK CUSTAD KAREMEL
Ini lak copy dr fp rahaniss tima kaceh sedap
CUSTARD CARAMEL CAKE
Lapis pertama
Cairkan 2 sudu besar gula (jadikan gula hangus) dan masukkan kedalam loyang size 10" x 10". ketepikan
Lapis ke 2
1 tin besar susu cair
180gm gula castor
5 biji kuning telur
1 sudu teh vanilla
Cara membuatnya
• Pukul/kacau semua bahan diatas sehingga gula larut.
• Tapiskan keatas lapisan bawah tadi ( lapisan gula hangus ).
Lapis ke 3
Bahan A
180gm tepung gandum
150gm gula castor
170gm air
1 sudu baking powder
5 biji kuning telur
90gm minyak sayur

• Campurkan semua bahan diatas dan pukul dengan kelajuan rendah sahaja. Pukul hingga rata.

Bahan B
10 biji putih telur
150gm gula castor
1 sudu teh jus lemon

• Pukul putih telur, masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang.
• Masukkan pula jus lemon dan pukul lagi sehingga pekat dan kental <macam nak buat chiffon cake tu>
• Campurkan adunan(A) sedikit demi sedikit dan kacau dengan perlahan.
• Tuangkan keats adunan lapisan kedua tadi.
• Bakar dengan kaedah steam bake dengan suhu 180 selama 1 jam/sehingga masak.
• Suamkan sebentar kek sebelum diterbalikkan.
•• Cara keluarkan kek adalah dengan terbalikkan loyang tadi keatas papan kek.

Saya dah modified tu bukan apa lapisan sponge tu rasa sangat telurnya so saya buatlah tambahan sedap gak.Untuk yg tak gemar dengan manis boleh kurangkan sikit gula sebab bagi saya kueh ni agak manis sikit.Untuk yg lain selamat mencuba




MEE KARI
1 biji santan
1 kerat kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
sedikit buah keras
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 senduk rempah kari
200 g isi ayam
1 kilo kerang
1 pack fish cake
1 pack fish ball
1 pack kecil tahu goreng
200 g udang basah(tak bubuh tak ada stock)
minyak utk tumis
Daun kari
garam,gula &perasa
mee kuning
sayur -sawi,kacang panjang & taugeh

Tumis dulu kulit kayu manis& buah pelaga kemudian masukkan bawang mesin&buah keras kacau sebentar kemudian masukkan rempah kari kacau tambahkan sedikit air supaya tidak hangit.biarkan rempah garing.masukkan daun kari biarkan sebentar.masukkan ayam kacau kemudian boleh masukkan air biar ia reneh sekejap baru masukkan santan.tunggu sampai kuah pecah minyak baru masukkan kerang,udang,fish ball,fish cake dan tahu.masukkan garam gula dan perasa.renehkan sebentar.sedia di hidang taburkan sedikit bawang gorenglag ngam rasanya
sayur dan mee celur dahulu.jgn campur dlm kuah nanti cepat basi ok




MINTAK MAAF YA SESAPA YG BACA AKU PUNYA ENTRY NI MESTI KATA AKU NI KEDEKUT RESIPI.MAAFLAH KEADAAN TAK MENGIZINKAN SELALU KENA KACAU DGN BUDAK KEMBAR NI JADI RESIPI MENYUSUL KEMUDIAN OKEY


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net