SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-May-2009 06:53 Email | Share | Bookmark
PENING KEPALA-PENING...PENING..ADUH...ADUH...

CHEESE KEK DI KITAR SEMULA
CALONG
ISI IKAN YG DI BUANG TULANG
ISI IKAN YG DAH DIMESIN DAN DI CAMPUR AIR DAN TEPUNG UBI
SUSAH BETUL HIDUP NI...JADI UNTUK HILANGKAN TENSION BAIK AKU MASAK.....OK MASAK MASAK TIME


CALONG
1 kg ikan sardin(ambil isi sahaja)
2 sudu besar sago @ tepung ubi(mama pakai tepung ubi)
100 ml air sejuk @ air batu(agak2 aje)bergantung dgn isi ikan
garam & perasa

Bahan utk kuah
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit lada hitam
1 liter air(klu nak kuah banyak boleh tambah)
garam&perasa
sawi ,carrot&sayur kesukaan anda
1 peket kecil soo hoon(rendam bagi lembut)

mesin isi ikan bersama dgn tepung ubi,garam&perasa kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga nampak pejal @ boleh di gentel.Tumis bawang hingga wangi kemudian masukkan lada hitam setelah wangi masukkan air biarkan mendidih.kemudian bolehlah gentel calong tadi jadikan seperti bebola.setelah semua isi ikan di masukkan kedalam kuah biarkan ia mereneh lebih kurang 5 min kemudian boleh masukkan sayur.Tambahkan garam dan perasa sebelum tutup api dapur boleh masukkan soo hoon kalau suka.



CHILLED CHEESE CAKE RECYCLE

Ini resipi asalnya sebelum di kitar semula(sumber hanieliza)
Biasalah kita copy and paste aje.maaflah empunya
CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter [suhu bilik]

Bahan Kerim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt [perisa buah ]
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream vanilla

Larutan agar-agar cair [panaskan]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk

Hiasan [kacau sebati]
Filling blueberry
1 s/b air suam

Cara
1. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
2. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
3. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata
4. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
6. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
7. Hidangkan.

Cara utk kitar semula

70 gm butter
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]


Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebu.kemudian masukkan cheese tadi kedlm putih telur kemudian majerin@mentega dan masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.
3.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung. kemudian masukkan kedalam adunan cheese tadi kacau rata.Base utk cheese cake tadi boleh di letak bahagiaan atas.
4 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit

semua ni tercipta kerana org kat umah ni tak berapa suka makan cheese cake yg belum di masak


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net