SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 8-May-2009 02:29 Email | Share | Bookmark
HAPPY ANNIVERSARY...

Gulai yg sedang mereneh
Nasi Dagang
Santan biar kasi pecah minyak
bahan dlm gulai
Nasi arong dgn air
bahan2 dlm nasi
santan pekat
berasap lagi nasi tu
biarkan beras terendam
 
Japanesse Shouffle Cheese Cake dgn Bluberry Filling
Donut ni pun nak pack jugak
Karipap ni nak pack di simpan dlm peti
bawang & ikan kukus mesin
masukkan 1 gelas air
kemudian masukkan kentang.masak sehingga kering air
SAMBAL BELACAN GORENG
bahan yg di goreng
PERIA GORENG
ACAR SAYUR MASIN
Ayam Bakar
HARI NI GENAPLAH 6 TAHUN USIA PERKAHWINAN KAMI.DOAKAN SEMOGA JODOH KAMI SEPANJANG HAYAT. WALAUPUN ABAH JAUH NUN DI KUALA LUMPUR IBU TETAP SAYANG ABAH. HARI NI IBU MASAK KEK TAPI ABAH TAK DAPAT MAKANLAH.NENEK MASAKKAN NASI DAGANG ATAS PERMINTAAN IBU.
INI NASI DAGANG VERSI TERENGGANU ORIGINAL MASAKPUN KAT TERENGGANU SEBABNYA MAMA AKU YG MASAK AKU TUKANG AMBIK GAMBAR DAN MAKAN AJE


NASI DAGANG
6 pot beras siam wangi
1 pot beras pulut(bergantung kpd kelembutan beras wangi klu beras jenis lembut kurangkan beras pulut)
1 biji santan(dimasak sebentar)
3 cawan kecil santan pekat(utk arong yg ke 2 selepas nasi masak)
1 sudu gula-di masukkan kedlm santan pekat
1/2 sudu garam-di masukkan kedlm santan pekat
3 cawan kecil santan cair @ air(utk arong yg pertama)
1 sudu kecil halba
1 inci halia-di mayang halus
5 ulas bawang merah di mayang nipis

beras direndam semlman.Kukus beras lebih kurang 15 min kemudian arong nasi tadi menggunakan santan cair atau air.Gaul sehingga sebati kemudian kukuslagi nasi tadi sehingga betul2 masak.Pastikan tiada jelatah jika tidak nasi akan kekal jadi jelatah selepas di masukkan santan.Di dalam besen letakkan halba,bawang merah mayang dan juga halia mayang.Tuangkan nasi yg di kukus tadi ke dalam besen jaga2 panas tu.tuangkan sedikit demi sedikit santan kedalam nasi dan gaul rata.jika nasi dah nampak ok tak perlu habiskan santan nanti terlembik.agak2 sahaja.

Gulai Nasi Dagang
Se ekor ikan tongkol(kukus@rebus)lebih kurang 1 kg
1 biji santan(lebih kurang 2 liter)
1 senduk cili giling/kisar
1 labu bawang besar-dimesin
5 biji bawang merah-dimesin
5 ulas bawang putih-dimesin
1 inci halia-dimesin
1/2 inci lengkuas-dimesin
1 1/2 senduk rempah cap bunga ros
2 keping asam keping(jika sewaktu merebus ikan tidak menggunakan asam keping)
1/2 keping kecil manisan
1/2 sudu kecil garam(agak2 sebab ikan kukus dah masin)

santan di masak menggunakan api yg sederhana sehingga pecah minyak kemudian masukkan cili giling biarkan ia mereneh lebih kurang 10 min.Rempah dan bahan mesin di satukan sehingga sebati.Masukkan rempah yg di gaul dgn bahan mesin tadi kedalam santan yg di reneh.biarkan ia mereneh lagi lebih kurang 10 min.Kemudian masukan ikan kukus dan asam keping tadi.Renehkan lagi gulai lebih kurang 1/2 jam atau sehingga nampak pekat.Sebelum api di padamkan boleh masukkan cili api sedikit(masuk sebiji-sebiji tak perlu potong).Sedia di hidangkan

ACAR TIMUN
3 biji timun batang
11/2 senduk cuka
1 senduk gula 1 sudu kecil garam
1 labu bawang besar
3 biji cili besar
Gaul semua bahan dan biarkan seketika.sedia di makan.


JAPANESE SOUFFLE CHEESE CAKE
Sumber : FP Nina
Aku copy dr Madiha
Bahan2nya

250gm cheese cream (room temperature)
75ml susu segar
130 gm gula castor (MaDiHa kurangkan ke 120 gm)
4 biji telur (asingkan)
40 gm tepung jagung
½ sudu the cream of tartar

Cara2nya
Panaskan oven pada suhu 180°C dan alaskan acuan tin 18cm. Panaskan cream cheese dan susu segar hingga larut. Guna api kecil sahaja. Kemudian masukkan separuh daripada gula ke dalam adunan cheese bersama telur merah, tepung jagung dan cream of tartar. Putih telur di pukul bersama lebihan gula hingga menjadi meringue. Masukkan meringue ke dalam adunan cheese dan kaup balik hingga ia rata. Tuangkan ke dalam acuan dan bakar secara bain marie (water bath) selama 45 minit – 1 jam

Ini makan dengan Bluebery filling.saje buat tambahan sebab stock dah ada sedap gak

INI PUN MAMA YG BUAT

DONUT KENTANG
copy lagi
Bahan2
1 biji kentang sederhana besar, rebus.. then blend dengan 1 cawan air panas.

dlm mangkuk besar, CAMPURKAN ;
1/3 cwn minyak masak
1/4 cwn susu pekat manis
1/2 cwn air suam
2 sdb gula
1/2 paket mauripan
sedikit garam
kentang yg dah di blend tadi

then masukkan 500g tepung, masukkan sikit2...
(x perlu habiskan tepung...adunan ni mmg sikit lembik.. tp thru experience..lebih lembik doh,lebih lembut donut nya nnt).. (MaDiHa terpaksa tambah sikit lagi tepung.. sebab tak reti nak handle doh yg lembik TAPIII.. donut tetaplah lembut )
biarkan doh naik sekli ganda..then bulat2 kan...
biar dia naik lagi sekali...then buat lubang sebelum digoreng...

klu doh melekat2 ditgn.. boh la tepung utk elak dia melekat...

LAGI SATU RESIPI MAMA BUAT

KARIPAP KENTANG IKAN
300 g isi ikan kukus@rebus-tumbuk
4 biji bawang merah-tumbuk
3 ulas bawang putih-tumbuk
1/2 inci halia-tumbuk
minyak utk tumis
1 senduk rempah kurma
1 kg kentang(dadu)
1 gelas air
Garam dan perasa

tumis bawang yg di tumbuk tadi hingga garing kemudian masukkan isi ikan kacau sedikit kemudian masukkan rempah kurma.masukkan garam dan perasa.kacau lagi kemudian masukkan air dan kentang.masak sehingga kentang empuk dan air kering.sedia di gunakan.

kulit karipap

1 kg tepung
1 gelas minyak masak dipanaskan
sedikit garam
1 1/2 gelas air
Tepung dan garam di kacau rata.
Tuangkan minyak kedalam tepung,berhati-hati sewaktu menggaulnya
Masukkan sedikit demi sedikit air kedalam tepung tadi
Uli sehingga menjadi Doh.Jika air tidak cukup boleh tambah lagi.
Canailah bulat-bulat.Masukkan inti dan kelim klu tak pandai pakai sarang karipap pun boleh

INI MENU LUNCH SEMALAM


AYAM BAKAR BERLADA
1/2 EKOR AYAM
1 SENDUK CILI KISAR
1 SENDUK GULA
1 SUDU KECIL GARAM
PERASA
GAUL SEMUA DAH PERAP 1 JAM KEMUDIAN BOLEH LAH DI BAKAR


ACAR SAYUR JERUK
2 peket sayur jeruk masin(di potong kecil dan rendam sebentar utk hilangkan masin)tos kan
3 biji cili besar -mayang
1 labu bawang besar - mayang
1 senduk cuka
1 1/2 senduk gula
campur kesemua sekali dan biar sekejap bagi mesra.sedia di hidang


SAMBAL BELACAN GORENG
cili besar
cili api
bawang besar
tomato
belacan
gula
garam
sedikit minyak utk tumis
goreng bawang,cili,tomati dan belacan sehingga garing kemudian blender @ tumbuk campurkan gula dan garam.belacan goreng ni tahan di simpan lama


PERIA GORENG
Ini sayur semua orang tahu masak jadi tak yah letak mcm mana cara2 nak masak


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net