SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-May-2009 14:55 Email | Share | Bookmark
EPISOD BALAS DENDAM........

Baru siap uli(mesin)
bahagi 2 tunggu naik
dahnaik dan tunggu di bakar
baru masak panas lagi ni
Roti dah sedia di makan
lunch time utk first day di kg
menyelerakan betul
pais kembong tempoyak
sayur daun kayu
kek custad pandan coklat
selepas dipotong
cheese cake(non baked)
Sup kentang dengan snek garlic bread
sup kentang
 
Yaa...ini memang balas dendam...jgn terkejut bukan nak bergaduh atau apa ini balas dendam pasal masak2 punya hal.Kalau tak caya tengok sampai habis entry ni.


ROTI BUAH
Resipi ni ambil dr fp siapa dah lupa sorrylah empunya
ROTI PUTIH
Bahan-bahan :
250 g tepung
2 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil bread improver
15 g gula
1 sudu kecil garam
13g shortening
160 ml air
1 kotak kecil mixed fruit - yg ni Ana tambah...tapi guna 1/2 jer takut jap gi anak ku buang semua segala buah dan kismis tu...depa tak suka...
Kaedah penyediaan :
1. Ayakkan tepung, bread improver dan garam ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan gula, yis kering dan shortening dan ramaskan hingga seperti breadcrumbs.
2. Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh yang lembut dan elastik terbentuk.
3. Keluarkan dari mangkuk pengadun dan bulatkan doh. Tutupkan dengan kain lembab atau balutkan di dalam beg plastik yang bersih. Biarkan naik sekali ganda saiz asal.
4. Griskan loyang roti dengan shortening atau majerin.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bentukkan dan susun di dalam loyang roti. Biarkan naik sekali ganda.
6. Sapukan dengan telur yang dipukul sedikit (mama tak sapu roti dengan telur) dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 20 hingga 30 minit. Sebaik keluar dari ketuhar, mama sapukan di atasnya dengan majerin.


PAIS IKAN KEMBONG TEMPOYAK
Ikan Pais Tempoyak
Sumber; Majalah Rasa aku copy dr mamasya

Bahan
I ekor ikan patin-guna ikan talapia ; basuh dgn air asam jawa utk hilangkan hanyir (aku guna ikan kembong aje sebab kat umah ni tak ada org makan ikan mcm tu)
1/2 inci kunyit hidup-kisar
20 biji cili api(merah&hijau)-campur cili padi dgn cili besar-kisar
3 helai daun kunyit- hiris
3 btg serai-hiris
1 labu bawang besar(aku tambah)
4 sm tempoyak
garam,gula secukup rasa
daun pisang utk balut ikan-guna aluminium foil

Cara
1.Campur bahan kisar,garam,gula dan tempoyak.
2.Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.pastikan keseluruhan ikan dilumur
3.Taburkan daun kunyit dan serai ke atas ikan.
4.Bungkus dan bakar hingga masak.



SAYUR DAUN KAYU(PUCUK PAKU CAMPUR)
1 ikat besar pucuk paku campuran ambil daun aje(mcm daun ada dlm 1 ikat tu)
1 biji santan(+- 1 liter)
2 ulas bawang putih-tumbuk
3 ulas bawang merah-tumbuk
sedikit lada hitam-tumbuk
1/2 inci kunyit hidup-tumbuk
1 biji keledek potong kecil(utk maniskan kuah klu suka boleh tambah lagi)
garam & perasa

masukkan semua bahan tumbuk tadi kedalam santan kemudian masukkan ubi dan pucuk paku.tambahkan garam &perasa.kacau-kacau sedikit supaya tak pecah minyak.biarkan ubi dan sayur masak .boleh tutup api.ini resipi mama yg masak




KEK CUSTAD PANDAN COKLAT
sorrylah ini resipi copy and paste aje dr myresipi-sweet 4ever t.q ya empunya
Bahan-bahan ( 1 biji kek )
1 biji kek span pandan / kek span keladi
bahan (A)
gula kastor -180gram
air daun pandan - 500ML
serbuk agar-agar segera - 15ML /1 sudu makan
bahan (B)
santan pekat - 400ML
tepong hoen kwee hijau jenama Mas Ajoe. - 85gram
pewarna hijau - 5ML/1 sudu teh
secubit garam
UNTUK HIASAN - 1 cawan kelapa kering
Cara-cara kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

Utk resipi yg saya buat guna kek coklat
Kek coklat moist
2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikabonat
1 cawan serbuk coklat
2 cawan gula
semua bahan di atas di gaul rata masukkan
2 biji telur
1 cawan susu cair
1 cawan minyak mazolla
kacau rata kemudian masukkan
1 cawan air panas yg di campur dhn 1sudu garam
kacau semuanya sehingga betul-betul rata.
bakar menggunakan suhu 140c selama 2 jam bergantung pada oven lah.saya tak sampai 2 jam pun

Rasa coklat dengan custad begitu mengacam sekali tapi pastikan ia betul-betul keras kalau tidak susah nak potong


CHILLED CHEESE CAKE

ni resipi copy dr fp hanieliza
CHILLED BLUEBERRY CHEESECAKE

Bahan Base
150 gm biskut chipsmore [mesinkan/hancurkan halus]
2 s/b butter [suhu bilik]

Bahan Kerim
250 gm cheese cream philidephia
300 ml yogurt [perisa buah ]
100 gm gula halus [gula kastor]
100 gm ice-cream vanilla

Larutan agar-agar cair [panaskan]
130 ml air
1 s/b agar-agar serbuk

Hiasan [kacau sebati]
Filling blueberry
1 s/b air suam

Cara
1. Gaulkan biskut chipsmore dengan butter dan tekankan dalam loyang.
2. Pukul cheese cream dan gula sehingga kembang [sebati].
3. Masukkan yogurt dan ice-cream dan kacau rata
4. Masukkan larutan agar-agar cair dan kacau sebati.
5. Masukkan dalam loyang. Sejukkan dalam petisejuk beberapa jam.
6. Keluarkan dan letakkan filling blueberry.
7. Hidangkan.





SUP KENTANG
copy dr madiha
Bahan-bahan:
2 biji ubi kentang, direbus empuk dan dilecek lumat
2 cawan santan - MaDiHa guna santan segera (1 cwn santan kotak + 1 cwn air)
1/2 bwg besar, dicincang halus
sedikit serbuk lada hitam
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tuangkan santan ke dalam periuk atau casserole dan panaskan di atas api sederhana.
2. Bila agak mendidih masukkan kentang lecek dan semua bahan2 lain kecuali
tepung jagung.
3. Kacau dan masak sehingga sup nampak agak pekat dan menggelegak.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan sup.
5. Masak hingga sup pekat, adjust masin garam dan bolehlah diangkat dan dihidang
bersama homemade garlic bread

Jangan tak caya ye....resipi menyusul kemudian.masa tak cukup ni



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net