SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Apr-2009 00:51 Email | Share | Bookmark
PUDING & TART TELUR

comel guna mould yg mcm2 bentuk ni
mcm coklat pun ade rupanya
 
Baru masak tunggu sejuk
Ini yg kecil punya tak sempat sejuk dah kena potong
rasa mcm yg kat kedai tp kulit tu kalau di bakar sekejap lagi ok
Ini nak kongsi resipi mudah dan senang bagi orang yg tak berapa nak cukup masa utk buat kueh bila ada tamu datang. Selasa lepas aku ada buatkan Rich Choc Puding resipinya dapat dr Myresipi dan semalam lak buat Tart Telur sumber yg sama Myresipi.resipi ni copy aje maaplah tuan empunya resipi


Rich Choc Pudding
oleh: junjs11 my resipi.com http://www.myresipi.com/
Bahan-bahan ( 1 loyang sederhana besar )
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air (guna tepung custad sukatan air jadi 4 1/2 cawan)
4 sudu besar tepung jagung (ibu dah tukar dgn 1/2 cawan custad bukan segaja nak tukar tapi dah kalut dgn kembar jadilah macam tu)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
Cara-cara
Campurkan semua bahan(adun rata dulu bahan2 kering baru masukkan air kalau tak ia jadi berketul) kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan
Masa yg di perlukan lebih kurang 1/2 jam aje dr mula masak,kalau masukkan dlm peti ambil masa 10 minit aje dah boleh potong.


TART TELUR
Sumber zlinda mz myresipi
Bahan-bahan ( utk satu bekas tart yg besar tuh )
bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula halus
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
2 biji telur
bahan utk filling : 1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence
Cara-cara
Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
Masukkan butter. Sebatikan.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
Bakar dlm oven. linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!
Ibu buat 2 bekas 1 bekas saiz 20 cm dan satu kecil guna bekas steel bulat yg kecil tu.
Ibu guna suhu 130c bakar dlm masa 30min tengok oven masing2lah.
Tart ni agak banyak jugak kalau utk kami punya family yg berapa kerat aje ni,so pagi tadi aku bungkuskan tart utk di beri pada kawan2 kembar kat nursery.ada jugak pahalanya bg pd budak2



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net