SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 28-Apr-2009 02:56 Email | Share | Bookmark
KEK COKLAT & PUFF DAGING + KENTANG

SATU BEKAS RM 12 SAHAJA
COKLAT CHIP MABLE
COKLAT SLICE
COKLAT URAI
WALNUT CINCANG
PUFF DAGING+KENTANG
PUFF CHEESE
Mai...kawan2 cuba kek coklat moist ni. Dah banyak kali buat dan ramai yg puji sedap(kembang semangkuk) jadi dengan rasa tak berapa confirdent nya aku cuba bawak ke pejabat untuk di jual. nampaknya sambutan yg ok gak. Jadi sesapa yg teringin nak makan kek coklat ni boleh lah try(beli lah dulu). Ini antara hiasan2 yg aku buat kat atas kek ni.


Ni nak bagi nampak clear sikit apa ke benda duk kat atas kek ni.

ni di tabur dengan walnut cincang

ni di tabur dengan coklat urai warna-warni macam pelangi sikit

ni di tabur dengan coklat chip mable

and last coklat slice.
kalau sesapa nak tempah boleh lah contact ida-019-9543616.Kita duk kawasan Cheras

Ini lak menu utk kembar malam semalam.Di sebabkan abah kena gi kerja awal so tak sempatlah nak gi makan kat kedai mamak(rutin kebiasaan utk kembar minum teh tarik dulu sebelum balik umah).Jadi pikir punya pikir aku pun teringatlah kat dalam peti ada roti prata dengan cheese mozarella. Maka terciptalah menu ni

Puff Cheese & Puff Daging dgn Kentang
2 keping Roti Prata Kawan(bergantung berapa org nak mkn)
2 sudu daging cincang
1 ulas bawang putih-pecah2kan sikit
1 labu bawang besar-di dadu
sedikit lada hitam - tumbuk sikit
minyak masak utk tumis
1 biji kentang dibuang kulit kemudian rebus-lecek atau potong kecil
2 sudu bawang goreng
garam dan perasa(agak)
sedikit daun sup dan daun bawang-potong 1 inci(suka hatilah 1 kaki pun blh)

tumis bawang sampai wangi kemudian masukkan lada hitam setelah itu masukkan daging cincang.Biarkan daging kering air kemudian masukkan kentang,bawang goreng dan daun sup/bawang.kacau rata.bolehlah letak inti kat atas roti prata ni.Boleh guna toaster atau goreng guna pan mcm goreng roti canai tu.
Di sebabkan ibu ni rajin maka msk guna toaster aje.tengok2 dah hangusss nasib blh makan

tips ibu - kalau nak rasa kemanisan daging cincang tu letaklah sikit gula,sikit aje tau secubit agak2 lah.sebab biasanya daging cincang ni kita beli yg beku jadi paham ajelah rasanya akan lain sikit dr yg segar tapi terpulang pada individu


ini dua versi satu ada inti satu lagi cheese aje.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net