SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Thursday, 3-Jun-2010 01:56 Email | Share | | Bookmark
TART TELUR UTK DI JUAL

 
 
 
View all 6 photos...
Salam...

Ari ni tak boh citer byk sgt ahh..pala ni ting tong sbb td pg telan ubat.duk opis ni pun biol2 aje rasanya klu tak kenangkan mlm ni aku kena gi co.trip tobat ari ni aku ambik mc rehat kat umah aje.Dlm 2 ari ni aku batuk yg seksa rasanya dada pun sakit nya sbb dah tak blh tahan maka terpaksa lah aku mkn ubat.ada tak sesapa ada cadangan atau petua utk batuk ni.besenya aku klu dah batuk memang tak blh nak tido mcm bese kena tido sambil duduk klu baring mesti batuk sampai dada ni dah tak tau nak ckp mcm mana sakit.Dah lah batuk kena selsema lagi klu tak kenangkan nak ambik kembar minggu ni memang confirm2 aku tolak xtvt co. trip ke Trg ni.dah lah tak sihat nanti ada team building lagik.alamak harap2 aku sihat2 lah nanti.dah lah aku ni konon tak nak ckp byk tp byk gak aku taip.Jom layan tat yg aku mula jual kat gerai bihun sup minggu ni.mulanya abah tak setuju dgn cadangan ibu ni tp bese lah aku ni suka lawan ckp laki(moral nya utk yg baik blh lawan yer) aku letak gak kat gerai dan alhamdullilah memang mendapat sambutan dan aku mula rasa seronok pulak bila dpt jual.semua yg beli ckp sedap dan dah tentu beli lagi sekali he..he....tengok abah tak sia2 ibu letak.semlm punya langsung abis terus abah siap promo lagi kat pembeli2 tat tu klu nak tempah kek(ish..ish..abah ni terover pulak)jom tengok resepinya yer kot2 ada yg nak menerai klu rasa susah sgt blh ler order dgn aku ni murah aje sebiji 50 sen klu nak try blh dtg kat gerai bihun sup aku pack RM1(bkn apa pack kecik 2 ni senang org nak mkn)


Ada 2 versi tat yg aku cuba dan memang dua2 pun sedap





Egg Tart
http://umieaisyah.fotopages.com/
Tart shell

200 gm butter
100 gm gula icing
400 gm tepung
1 telur
1 sd teh esen vanilla

Pukul butter dan gula icing hingga rata, tambah telur,esen vanila dan tepung.
Uli hingga menjadi doh.
Ambil sedikit doh dan tekan pada acuan tat yg telah di gris dengan majerin/butter.
Potong bahagian yang berlebihan di tepi dengan pisau.

Egg Custard ( thanks to Aunty Yochana)

280 gm. fresh milk
160 gm. sugar
3 nos. eggs
1 tsp. rum ( omit)
1/2 tsp. vanilla essence

Method:
(5) For egg custard, heat sugar and milk together. Once sugar dissolves, off heat.
(6) Whisk eggs and pour into the milk mixture. Do not whisk till frothy.
(7) Add in vanilla essece.
( Sift the egg custard and pour into tart moulds and bake at 175C till egg custard sets


TART TELUR

Bahan Pastri
125 gm butter
60 gm gula icing
1/2 biji putih telur
1 biji telur merah
220 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanila

Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh. Bentukkan doh dlm acuan. cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.

Bahan2 Kastard telur
280 gm susu segar
160 gm gula
3 biji telur + ½ biji putih telur lebihan buat doh tadi
1 sudu teh esen vanila

Susu segar dan gula dimasak di atas api hingga semua gula larut. Tutupkan api. Dengan menggunakan whisker, masukkan telur dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan.

Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.


SAIZ TART





T.Q pd kedua2 org ni yg sudi kongsi ilmu dan aku pulak cuba panjangkan pd sesap yg ingin mencuba.
Klu susah nak buat call aje 019-9543616

bye..bye...


Wednesday, 2-Jun-2010 03:13 Email | Share | | Bookmark
CHAI LATTE & COFFEE BUTTER CAKE

 
 
 
View all 5 photos...
Salam...

Ada lagi ke nak jenguk Fp aku ni yg dah mula malas nak update ni bkn apa takde xperimen sgt lah di tambah lak umah aku minggu ni kesunyian sbb 2 budak kembar takde.Dia org duk kampung dgn nenek jap.Konon2 ibu dgn abah nak honeymoon ler konon2 nya padahal macam kucing hilang anak sbb takde kembar.abah lak yg lebih2 duk ingat anak.tiap ari aku blk keje sibuk suruh aku buat video call anaknya tu.katanya dah rindu sgt dgn anak dah lama tak tengok dia org.Tu lah abah masa anak ada kat umah gaduh dah takde kerinduan lak.Yg si anak nya pulak bila ibu tepon katanya tak nak ckp dgn ibu nak ckp dgn abah sbb dia syg abah aje,ibu tak syg abah hai memandai2 yer budak ni.skrg ni kembar byk betul ckpnya apa aje org ckp ada aje yg jawab nya dah tu ibu dgn abah gak yg mengalah.Agaknya sbb teringat perangai dia org tu lah yg buat kami ni merindui.Blk rumah rasa mcm kosong aje padahal dulu masa takde anak ok aje.Abah kata skrg hidup mcm tak kena aje.Eh..eh..aku ni melalut aje lah kan panjang lak intro nya ni semua kes rindu-rinduan lah ni tak pe esok aku blk Trg pulak gi seminar dulu pastu ambik kembar sekali.mlm esok abah pulak kena tinggal 3 ari kat KL nangis lah duk sorang2.
Jom kita layan Chai Latte ni dulu.Aku mula2 tengok chai latte ni masa masuk umah ros-jintan manis ingat nak buat masa kat KL tp alatan tak berapa nak cukup he..he..umah nenek kan byk brg(aku cuma nak masak guna teko kecik tu umah aku takde teko kecik tu)Aku ada gak google kat tenet pasal chai latte ni blh dikatakan resepinya sama aje cuma sukatan aje yg lain.Aku try yg ros punya resepi dulu.mula2 aku rasa mcm tak lalu lak sbb ada letak rempah pastu bila dah masak baunya mula wangi tetiba aje ada selera nak cuba.tak rasa rempah sgt.abah kata ni teh nak buang angin.Jemput minum...sambil bersantai


Quote:


CHAI LATTE

Bahan-bahanya ( menghasilkan lebih kurang 3 cawan Chai)
1 sudu besar serbuk teh india ( kalau guna teh jenama BOH kena lebihkan lagi 1 sudu besar)- ibu guna Teh BOH aje
1 batang kulit kayu manis atau 1 sudu kecil serbuk cinnamon
4 biji buah pelaga(se eloknya kurang kan sikit)
3 biji cengkih
1/4 buku halia saiz kecil ( dihiris nipis atau disagat)
175ml susu segar-ibu guna susu cair
350 ml air
2 sudu besar gula-terasa mcm manis sgt lah lain kali kena kurangkan sikit



Cara-caranya
1. Panaskan air bersama serbuk teh, kulit kayu manis, buah pelaga, halia, gula dan cengkih. Biarkan mendidih.
2. Kemudian masukkan susu segar dan biarkan sebentar dengan api perlahan, dan kacau sebati.
3. Akhir sekali tapis chai dan curahkan di dalam cawan, sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba


Aku ni bukan boleh hidup tampa masak kek he..he..mula2 ingat tak nak lah masak kek blk kg kali ni tp sudahnya mlm2 buta aku duk dapur sorang2 godek kek.Klu umah sendiri kecik jd duk dapur ke ruang tamu ke sama aje tp bila duk kg ni rasa seram sikit klu duk dapur sorang2 yelah dapur kg aje dah dekat sama besar dgn ruang tamu umah aku jd aku entah2 lagi besar kot.(alaaa..aku mula ingat adik bila gunakan perkataan 'kot' sbb dia suka ckp letak kot kat belakang..sabo2 )dah lah meh layan kek kopi ni yg aku copy dr fp rinnchan.sedap dan terasa kopinya dah tu bau wangi kopi tu menusuk hidung ku.

Quote:

COFFEE BUTTER CAKE
Ingredients:
200gm butter (I used margarine)
150gm caster sugar
3 eggs
200gm cake flour (I used superfine flour)
1 tspn baking powder
1 tblspn nescafe coffee granules + 1 tblspn hot water
1 tblspn kahlua liquer (Omited) -tak letak pun takde
1 tspn coffee emulco/paste (substitued with a packet of 3 in 1 coffee mix-ibu guna coffe paste. )
5 tblspn buttermilk or UHT milk (I used fresh milk) -ibu guna susu cair

Method:
1. Cream butter and sugar until pale and creamy.
2. Add in eggs one at a time making sure it`s properly mixed before the next addition.
3. Add in coffee mixture and milk.
4. Fold in in flour which has been sifted with baking powder. Mix well.
5. Pour into 6" square tray or into loaf pan and bake at 175 deg cel for about 45mins or till skewer comes out clean



ni saje nak tayang sarapan kami kat kg masa ari ahad lepas semua kedai mari yer kecuali kek tu lah.cuba tengok cara bungkus nasi dagang tu.klu kat KL aku memang tak pernah jumpa lagi org bungkus nasi dagang mcm tu setakat ni cuma Trg dgn Kelantan aje lah yg bungkus nasi mcm tu agaknya lah.
yg kueh bom tu pulak memang peberet aku lah tp nak buat tak berani sbb masa goreng kueh ni mesti meletup pernah sekali masa aku kecil2 dulu mama yg buat ke arwah tok yg masak.masak duk goreng tu sekali bommmm...meletup sampai ke atap umah minyak semua tumpah(agaknya kes2 mcm ni lah dia di panggil kueh bom)kueh bom ni inti sambal ikan lebih kurang mcm inti pulut lepa aka pulut pangang trg lah
satu lagi tu tepung pelita ni sama aje KL ke Trg ke cuma aku aje yg maleh nak buat sbb nak buat sampan tu kena ada teknik baru jadi silap ari bln semua daun pecah



order dr anak tokey kedai runcit kat umah aku tu.katanya anak dai suka betul mkn kek jd nak tempah kek strawbery utk mkn2 aje dan aku memang tak tulis apa2 lah.aku anto kat kedai sebelum gi keje masa blk keje nak collect duit .mak budak tu ckp anak dia asyik ckp 'sedapnya..emmm sedapnya..' lega aku dengar.orde ni dah lama awal bln lepas cuma aku je tak sempat nak tayang



Wednesday, 26-May-2010 01:10 Email | Share | | Bookmark
DAH TAK CUKUP MASA DAH...

 
 
 
View all 23 photos...
Salam semua..

Ada yg tertanya2 tak nape lama benor tayang kek besday tu.he..he..sorry ler aku takde masa nak update n3 entah ler bese2 klu ujung bln mcm tak busy tp kali ni busy ler pulok.ataupun memang aku yg lembab buat keje ni.alamak...tak kisah lah janji aku update gak walaupun sebulan sekali.Tajuk kat atas tu pulak disebabkan keadaan aku skrg ni yg memang rasanya mcm selalu aje tak cukup masa klu buat keje.
Mari lah tengok apa ke benda aku masak minggu2 lepas dan minggu ni.mintak maaf ler klu aku sekali harung takut terlupa pulak nanti nak masukkan mana2 resepi utk aku buat rujukan.klu tak nak tengok pun tak pe.kita tak kisah punya he..he...

Mula2 cerita potong kek besday ler.aku nak potong pg abah lak suruh aku potong kat gerai ptg masa niaga(hiss...abah ni buat ibu malu aje ler tp suka gak blh ler promo kek)

ni aje yg sempat ambik gambarnya.duk kalut dgn budak kembar ni.dah ler abah ambik gamabr blurr aje.tak kisah lah janji ada gak gambarnya.potong2 kek bg kat semua org yg mkn kat gerai tu merasa sikit sorang nak bg byk2 kek sebiji aje. kek besday t aku buat brownies kukus lapis cheese.sedap dan wanginya bau dah lama simpan niat nak wat brownies ni jd sempena sambut besday sendiri jd buat lah sambil2 promo sikit.jom tengok resepi yg aku ambik dr blog maklang ni.t.q..tq..maklang sudi share resepi ni.

Quote:

BROWNIES KUKUS LAPIS CHEESE
Sumber : Hana (tqvm hana..&.mklang ibu c&p aje nih..)

Bahan-bahan
• *500g campuran brownies kukus (premix)(kat bakeri ada jual
• *4 biji telur gred B
• *75ml minyak masak
• *200ml air
• *5g baking powder
• *5g soda bikarbonat

• **inti cream cheese**
• 250g cream cheese
• 60g gula castor
• 1 biji telur
• 25ml air (mklang ganti ngan w/cream)


Cara-cara
1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
2. utk inti - campur semua bahan dan pukul sampai kembang
3. cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus coklat dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit..



Aku sekarang ni dah jadi peminat lasagna lah pulok dah hai mana ler tak kembang.ari tu aku jln2 kat Kupio jumpa lak lasagna ni,ijan ni pun ada anak kecik rajin gak masak 2 dah lah busy dgn sekolah lagi.klu aku memang belajar kemana anak entah kemana ler.Aku cuma ikut sos putihnya aje sbb inti tu aku main hentam aje sbb nak perabis mana2 stok daging yg dah siap masak.

Quote:



Resipi Lasagna
http://www.blogresipi.com/2010/05/12/chicken-lasagna/#more-4537

8-10 keping kulit lasagna
300g daging cincang (kite guna ayam)
1/2 biji bawang besar holland – cincang
2 ulas bwg putih – cincang
1 tin sos spaghetti original
3 sudu besar tomato puree@ 2 biji tomato cincang
1/2 biji carrot – potong dadu (optional)
3 biji cendawan butang – hiris nipis
1 sk oregano
Air
minyak zaitun
garam, gula secukup rasa
keju mozarella secukupnyer

UNTUK SOS PUTIH
1/2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan susu segar
1/3 cawan keju pilihan
3 sudu besar butter
lada hitam, garam

Rebus kulit lasagna instant mengikut arahan peket. (hana rebus dengan sedikit minyak) Tapi ada jenis lasagna yg tak perlu direbus. Kemudian ketepikan.
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar warna. Masukkan pula tomato puree@tomato cincang. Masak hingga tomato hancur. Kemudian masukkan sos spaghetti, carrot, mushroom, oregano, garam dan gula secukup rasa. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat. Masak hingga mendidih dan ketepikan.
Utk membuat sos putih , satukan semua bahan dan kacau di atas api yg kecil hingga pekat.
Sediakan mangkuk yg bersesuaian utk membakar. Susun kulit lasagna, kemudian sapu rata sos daging… sapu pula sos putih dan taburkan keju mozarella (jika inginkan rasa cheese yg lebih pada setiap lapisan. Jika tak nak ltk pong tk mengapa.) Lapiskan lagi dengan kulit lasagna dan ulangi proses tadi hingga habis. dan last skali adalah sos putih. taburkan keju dan sedikit daun parsley jika suka.
Bakar selama 40-60min atau hingga permukaan lasagna keperang2an. Boleh dimakan sejuk atau panas.


Ni pulak nak belajar buat mcm2 roti dah lama jugak ku tilik resepi ni.mula2 aku tengok mariam yg buat dah ada niat nak buat tp aku tak jumpa gluten tu lah.tanya kat wilton dia ckp klu guna high protein punya tepung tak perlu gluten lagi.bila ant jennie ckp mcm tu aku tak gak buat sbb takut tak jd.Aku tunggu ler masa nak gi kat Yen kat chow kit tu pulak(maklum ler aku cuma sebulan ada satu ari aje cuti sabtunya jd sbln sekali aje aku dpt gi sana)cari2 kat Yen mak ai besarnya paketnya 1/2 kg aku nak buat apa byk2.jd aku takdelah belinya gluten tu dan minggu lepas aku buat juga roti ni guna resepi yg sama tapi tak letak ler gluten tu.alhamdulilah menjadi dan betul ler ckp tuan empunya resepi ni Blog Ixora tu memang betul mcm kedai punya roti nya lembut sgt.Jom tengok resepi roti yg best ni blh pelbagaikan rotinya suka hati lah nak letak inti ke,letak sosej ke blh aje.lain kali nak wat lagi ni

Quote:

ROTI PELBAGAI
copy blog ixora

500gm tepung high protein
90gm gula halus
4sb susu tepung
1/2 st garam
1 sudu besar bread improver
1 sudu besar bread softener
1 paket yis (11grms) mauripan
2 biji telur
3 sb butter
150-200ml air / air secukupnya .. adjust sendiri yer .. masukkan air sedikit2 masa mnguli doh ..
1sudu besar gluten/ wheat gluten ...-ini ibu tak letak

inti - sambal ikan bilis / sosej / or apa2 aje


Cara-cara
1. Masukkan semua bhn kecuali air kedlm mangkuk mixer dan gaul
2. Masukkan air sedikit2 sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jgn masukkan terus semua air ) . Uli sehingga 20 minit .. lebih skit pun x per
3. Bila doh dah licin keluarkan doh dan bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yg dikehendaki.. Loyang pembakar disapukan dengan hanya sedikit butter n tepung gandum
note : untuk bun 25gm /ea ..utk mini sosej 25 grm gak .. n utk sosej ala2 lipan tuh 50grms .. (perghh apa punya bahasa la nih) .. untuk step nih x yah penaik kan doh .. terus ngan upacara potong memotong n timbang menimbang ..
4.Dah siap masukan inti baru ler panaik kan doh sehingga sekali ganda .. 1jam / lebih ..
note : bagi proses menaik kan doh ni ..k.yati masukkan tray yg dah diisi ngan doh tuh dlm beg plastik yg besar dan ikat kat hujung nya ..
5. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit .. api atas bawah ..
note .. kalu tgk bahagian atas dh agak perang boleh padam kan api atas dan bakar dgn api bawah shj .. ini bagi mengelakan roti bahagian bawah tidak masak sepenuhnya.. (bakar dlm oven kt rak paling bawah )
6. Dah siap ..masa bun masih panas terus sapukan butter ke atas permukaan nya ..
7. Untuk kesegaran roti berpanjangan ..sila simpankan roti anda didlm bekas yg tertutup ..hehe


Roti kurma yg telah di adaptasi dr resepi kat bawah ni.aku rasa mcm nak mkn roti tp malas dan mcm biasa kan pembantu ada.aku masuk semua bahan biarkan dia msak sendiri pg2 esok nak gi keje semua dah siap tinggal potong aje.hai bagus gak ada BM ni permalas pun dapat mkn roti gak he..he..aku mkn dgn lemon curd bestnya rasa manis2 masam tu
Quote:



ROTI BUAH KERING
http://www.jintanmanis.com/
Bahan-bahanye
220 gram tepung roti
2 sudu besar butter atau marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil yis kering
140 ml air suam ( ros letak 80 ml air suam, 80 ml susu segar)
1 biji telur (3/4 biji ros masukkan dalam doh baki nya gliss atas roti)
1/2 cawan mix dry fruits ( dipotong kecil bentuk dadu)-gantikan dgn kurma
( kalau nak letak 1 sudu kecil bread softner atau bread improver pun boleh)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker ( kecuali dry fruits) dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan baru campurkan dgn dry fruits tadi, uli beberapa minit dan bahagi doh pada dua bahagian, akhir sekali letak dalam acuan loaf, biarkan naik dua kali ganda.
2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, tutup doh dengan wrappers atau kain bersih, perap doh selama 40 minit.
3.Kemudian tumbuk-tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda, sebelum dibakar gliss permukaan doh dengan baki telur yang di tambah dengan 1 sudu kecil susu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit, Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba


Ni biasalah tak mau terlepas jugak.aku tengok madiha tayang shabsyukka ni aku pun nak rasa lah mana tau anak2 pak arab kat rumah aku tu suka mkn.test ler buat masak setengah aje byk2 sape pulak nak mkn kan.sekali bil dah masak pak arab ckp apa kebenda ni tak pernah tengok pun.alamak nama aje anak arab tp tak pernah jumpa(yelah anak arab duk malaysia bkn duk kat arab nun).utk aku blh lah jugak tp aku mesti mkn dgn sos cili klu tak mcm tak best pulak.tp klu mkn dgn roti rasanya best kot .aku ari tu mkn dgn nasi laaa..

Quote:


SHABSYUKKA
copy madiha
Ada orang panggil syabsyukka. Nak senang panggil je daging arab.
Sumber : http://kucingorengemok.blogspot.com/Lee Lin (kucingorengemok)

Masaknya:

2 paket daging cincang (MaDiHaA guna daging kisar ramlee je)
2 biji bawang bombay - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?
minyak sapi
kacang pis - guna mix vege aje
tomato
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi - tak letak pun


Cara2
1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam. (MaDiHaA perap semalaman dlm peti ais rak tengah)
2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.


Haaa..ni pulak satu lagi menu baru yg bakal kami tambah kat gerai bihun sup utara tp aku test ler dulu mkn sendiri.So smlm blk keje aku pun arahkan BM tu buat roti benggali ni.mudah dan bahan2nya simple sgt dan yg pasti memang sedap ler klu buat roti bakar.Pg td sambil2 potong roti tu aku bakar sapu dgn lemon curd(jgn marah yer aku asyik duk ckp mkn dgn lemon curd sbb memang lemon curd tu bila dah lama simpan dlm peti rasanya makin sedap lah dah tak ingat dah jem yg tersusun kat rak tu lain kali kena masak byk sikit buat stok sbb abah pun suka anak pun suka ibu pun lagi lah suka he..he..)
Roti ni aku buat utk di jual bersama dgn sup campur kat gerai jd sesapa nak cuba mai ler dtg kat gerai bihun sup utara
Quote:


ROTI BENGGALI
MYRESIPI
http://www.myresipi.com/top/detail/3750

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
Bahan A

·350g tepung roti
·1 sudu besar shortening
·secubit garam

Bahan B
·120 - 160 ml air suam
·1 sudu makan yis serbuk
·2 sudu makan gula castor



Cara-cara
1.Bahan B digaul bersama
2.Semua Bahan A digaul sebentar
3.Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
4.Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
5.Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
6.Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
7.Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan-ibu guna semua 160ml tu memang elok2 aje sukatan nya


Alkisahnya pulak minggu lepas mulut ni terasa gatal pulak nak mkn kueh2 yg ada jual kat kg aku tu.kat KL ni memang tak jumpa lah klu jumpa pun he..he..chinese make ler tak kan aku nak beli lebih baik aku buat sendiri dah tentu tanpa was-was lagi dah.Kueh Bom klu kat kg aku panggila lah tp klu dengar kueh bom ni dia mcm2 versi ada guna gandum ada guna pulut,yg pulut biasanya inti ikan dan ada juga versi guna keledek tp yg aku hajatkan versi gandum dan inti kacang merah.resepinya sama mcm nak buat kayu keramat tp di letakkan inti di tengah dan biarkan ia naik baru di goreng.biasanya kayu keramat kita biarkan ia naik lepas tu potong2 dan goreng tp ni pjg sikit langkahnya sbb biarkan naik kemudian uli blk dan bahagi2 kan doh kemudian masukkan inti dan biarkan ia naik barulah di goreng.Aku mcm biasalah sbb duduk kat gerai jd aku serahkan kat BM buat keje.sblm masuk tido aku campak semua bahan lepas tu setting doh dan aku masuk tido bangun pagi nya aku tekan lagi sekali setting doh bg dia buang semua angin dah terus bahagi2 letak inti biarkan ia naik(sementara tu aku gi ler kemas apa2 yg patut buat ni ari keje jd pandai2 ler ejas masa kan)bila dah naik baru leh kita goreng.itu ler cara org malas dan tak cukup masa he..he..dan dapatlah aku bawak bekas gi opis.


Quote:


KAYU KERAMAT
copy dr adik ku

bahan2

500gram tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1 camca teh yis segera (mauripan)
6 camca makan gula
1 camca makan planta
300ml air suam

cara2
1.Yis segera dibancur dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi.
3.Tepung digaulkan dgn planta sehingga sebati kemudian masukkan soda birkabonat dan gaul rata
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1jam camtu lah)sebelum digoreng


dlm minggu lepas juga aku ada masak menu2 kat bawah ni.dah malas dah masak jd buka almari jumpa sos spargeti dlm tin bantai aje lah.kembar suka pulak mkn aku pulak yg kureng.aku buat ayam lada hitam pastu masak daging burger.


roti john ni aku masa pd hari yg sama sbb nak bg abah lak yg mkn klu aku suruh dia mkn spargeti tu sah2 aku kena marah sbb dah byk kali dia ckp seumur hidup dia tak pernah mkn spargeti



ni pulak sarapan pg ahad lepas.dah lama duk ckp dgn mama nak buat pulut kuning sbb nak mkn dgn serunding yg mama buat tu jd pg2 lagi aku dah rendam beras pulut lepas aje kedai buka aku gi ler beli santan elok2 aje masak baru lah budak2 bangun.fuhh..selamat aku buat keje.kembar suka betul dgn pulut ni





ni nak tayang buat pertama kalinya org baru dlm hidup sepupu ku kak B yg dah lama mengidamkan anak baru skrg di makbulkan olehnya.Byk kali jugak dia mengalami keguguran dan kekecewaan klu tak silap aku ni ni kali ke3 atau ke 4 dia peknen.gambar ni aku ambik masa baby ni baru aje keluar hospital baru umur sehari ni.hai rasa takut2 pulak aku nak pengang nya yelah kecik sgt.baby ni di beri nama Qisya Nour Arissa berat masa lahir 2.3kg lagi kecik dr kembar masa lahir.harpa kak b dan Nasa bertanbah bahagia dgn kehadiran Qisya ni.

Ok dah tamat lah mana2 gambar yg aku ada stok dlm minggu ni minggu depan tak tau ler sbb esok nak blk kg pulak.he..he..blk kg kemabr dah pukul canang dia nak blk kg.seronok sgt klu ckp nak blk kg.

ok bye..bye..


Friday, 21-May-2010 05:35 Email | Share | | Bookmark
HAPPY BIRTHDAY IBU

 


Salam

Hari ini bertambah lah lagi usia ku.aku berharap setiap saat yg mendatang memberi kebahagian dunia dan akhirat.terima kasih ku ucapakan kepada mama yg melahirkan ku kepada papa yg mengajar ku erti kehidupan.Setiap hari akan ku ingatkan diri bahawa setiap hidup ini adalah suatu janji yg belum pasti bila hujungnya dan setiap ajal tu adalah sesuatu yg amat pasti dan tiada siap dpt menghalangnya moga aku menjadi seorang isteri,ibu dan juga anak yg beriman dan beramal amin...azam ku sentiasa ingin maju kehadapan


Wednesday, 19-May-2010 04:45 Email | Share | | Bookmark
CHICKEN LUNCHEON ROLLS ,ANG KU KUEH,CRURROS & LEMON CURD

 
 
 
View all 9 photos...
Salam semua kawan 2 ku..

Harap2 tak jemu ler masuk umah aku yg lintang pukang ni baik sikit dr tongkang pecah.konon2 tak nak wat n3 panjang2 masuk byk2 resepi tp masa tak mengizinkan jd aku tepaksa lah masukkan semua sekali apa yg berlaku di dapur aku minggu lepas he..he..mcm ler glamour benor aku ni.ok mula2 aku nak citer pasal masak ikan dory ni.Dah lama sgt rasanya aku peram ikan ni kat dlm peti beku tu,aku masa hari tu pun rela dlm paksa sbb nya masa aku blk keje di waktu hujan yg lebat tak lebat bila aku masuk dapur sekali aku tengok pintu peti beku tenganga luas benor aku jenguk kat dlm tengok masih ada lagi stok brg niaga dan juga brg2 aku ler(kes tak muat peti sendiri ler ni tumpang lah peti abah)aku tengok ayam dgn ikan dah tak beku lagi terus aku keluarkan dr peti aku ingatkan abah nak cuci peti sbb pg sblm aku gi keje dia ada ckp nak cuci peti beku tu tp yg peliknya suisnya masih lagi on aku pun call ler abah tanya nape peti terbuka rupanya dia terlupa nak tutup sbb kejar masa nak buka gerai takut bila hujan dah turun lagi susah nak buka gerai(bygkan lah dah berapa jam peti tu duk tenganga mcm tu biasa abah turun buka gerai kul 4 ptg aku blk umah lak jam 6 ptg hu..hu..terima aje lah bil api sampai nanti)byk lah aku citer moh ler nengok gambarnya resepi aku dah lupa mana aku ceduk lain kali klu jumpa aku letak sini nak taip malasssss..ler ala lebih kurang aje dgn resepi2 lain.


DORY MASAM MANIS

Kueh ni memang peberet aku masa keje kat Jusco dulu tiap kali bila shif ptg aku mesti merayau kat market bkn duk opis pun(mlm2 mana ler best duk opis kan lagi pun aku masa tu dept HR jd takde ler org komplain aku ngular ke apa konon2 nak tengok staff buat keje ler padahal aku sendiri ngular) bkn apa aku merayau mlm2 kat market tu blh beli kueh angku ni 50% less dr hrg asal.tau aje lah klu belikueh kat Lulu nyonya kueh tu rega cekik darah ooo sebiji RM0.80 ooo dulu ler 4 thn lepas skrg aku tak tau lah berapa sebiji agaknya ada sampai RM1 seketui ke?dan bila madiha aka kak long aku ni tayang kueh buah peria aku pun cuba lah buah sendiri sebijik sejibik rasanya sama mcm Lulu punya suka nya aku dpt mkn puas2 dah tak yah nak tunggu less 50% lagi.Jom layan resepi klu sesapa yg suka mkn kueh ni blh cuba buat sendiri klu rasa susah nak wat blh order dgn aku he...he...



Quote:
KUEH BUAH PERIA/KUEH ANGKU

Sumber : Wila Chin

Bahan2 Untuk Doh
300 gm tepung pulut
150 gm keledek (timbang setelah dikupas kulit) (sebaiknya guna keledek isi putih agar warna yang kita gunakan lebih menyerlah ~ kalau kita guna keledek purple ker.. sure warna lari..)
240 ml air + pewarna hijau
4 s/b gula kaster
40 ml minyak

Bahan2 Inti
250 gm kacang hijau tanpa kulit
10 s/b gula
1 s/k garam
2 cawan air (boleh tambah or kurangkan ikut kesesuaian)

Bahan2 tambahan
daun pisang atau plastik secukupnya
minyak masak

Cara-cara masak inti:
1. Kacang hijau dicuci bersih kemudian direndam 4 jam atau 1 malam.
2. Toskan kacang & jirus air paip. Masukkan dalam periuk bersama air dan masak seperti kita masak nasi.
3. Apabila ia menggelegak dan airnya hampir kering kecilkan api (seperti kita tanak nasi) lalu tutupkan tudung periuk.
4. Agak2 kacang dah empuk (hendak tahu masaknya cuba picit biji kacang itu) & bila dah lembut maka bolehlah dimasukkan gula & garam. Kacau2 hingga gula larut dan sebati & inti agak kering.
5. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan ke beberapa bahagian kecil.

Cara-cara buat kulit:
1. Rebus keledek hingga empuk. Bila dah empuk masukkan dalam blender & campurkan dengan air.
2. Dalam sebuah bekas, masukkan tepong pulut, gula & garam. Lalu tuangkan keledek yang telah diblender tadi ke dalam tepong.
3. Uli bahan2 tadi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
4. Bahagikan doh ke beberapa bahagian (menyamai jumlah bebola inti tadi) lalu bulat2kan.
5. Untuk membentuk buah peria (sila rujuk gambar di bawah), sediakan plastik yang
bersih. Masukkan inti ke dalam doh lalu tutupkan inti. Bentukkan doh menjadi bentuk lonjong sikit. Letakkan di atas plastik tadi lalu digulungkan seperti gulungan gula2. Kemaskan kiri & kanan lalu tarik kuat2 kedua2 hujung plastik agak terbentuk garis2 pada doh & seakan2 menyerupai buah peria (takde 100% macam buah peria.. hehe). Buka gulungan dan susun dulu dlm pinggan bersih. Buatlah doh selebihnya sehingga habis.

6. Panaskan periuk pengukus dengan air yang mencukupi. Sediakan daun pisang atau plastik alas berukuran 4cm x 8 cm atau agak2 muat untuk letak 'buah peria' tadi. Sapukan sedikit minyak pada daun pisang / plastik tadi lalu letakkan buah peria di atasnya dan susun dalam pengukus. Buat hingga habis.

7. Bila air dah mendidih.. kukuskan kuih selama 8 minit atau sehingga masak bergantung saiz kuih anda. (jika kuih lebih besar, lebihkan sedikit masa mengukus TAPI jangan terlalu lama nanti kuih terlalu kembang & hilang pulak rupa paras buah peria tadi)
8. Bila dah masak.. hidang kuih sebagai minum petang. Memang sedap!


ada juga lain punya resepi lebih kurang aje cuma sukatan agak lain sikit tp blh pilih mana2 suka

Quote:
ANG KU KUEH
http://mykitch3n.blogspot.com/2007/09/ang-ku-kueh.html

INGREDIENTS (makes 12 pcs):
Pastry:
120g steamed sweet potatoes, mashed
120g glutinous rice flour
1 tbsp caster sugar
4 tbsp coconut milk
2 tbsp vegetable oil
4 tbsp water
Red food colouring (optional)

Filling:
240g mung bean paste (or mung bean with sweet potato)

Other:
Banana leaves
Cooking oil for brushing
Directions:
Combine all ingredients for pastry in a mixing bowl. Mix and knead until all combined to form a soft dough.
Divide dough into 12 equal portions and shape each into a ball. Cover with plastic wrap and set aside.
Divide filling into 12 equal portions and shape each into a ball. Filling may be prepared in advance and kept in the fridge until it is firm enough to handle.
Wrap each filling with a portion of dough, and shape it by pressing it into an ang ku mould brushed with oil. Tap the mould gently on the kitchen bench to remove the ang ku.
Place ang ku onto a small piece of oiled banana leaf. Repeat for all the remaining dough and filling.
Steam ang ku at medium heat over boiling water for 10 minutes or until pastry is translucent.
Brush the ang ku with cooking oil immediately after steamed to prevent the surface from drying out and sticking with each other.

ANG KU KUEH
THE STAR
Ingredients
(A):
 250g glutinous rice flour - sifted
 1 tbsp tapioca flour
 75g steamed sweet potato - mashed
 3 tbsp sugar
 1-2 tbsp corn oil

(B):
 150g water
 1/8 tsp orange-red colouring
 Banana leaves - cut into small circles and greased
 Corn oil for glazing

Filling:
 200g split and skinned green peas - washed and soaked overnight;drain well
 150g sugar
 1-2 tbsp corn oil
 2 pandan leaves
Method
Mix (a) in a large bowl. Make a well in thecentre and add corn oil and (b). Mix well and knead to form a smooth but not sticky dough.

Divide dough into equal portions and roll into balls. Flatten each portion slightly, add a small ball of filling. Pinch and seal the edges. Lightly dust angkoo mould with glutinous rice flour. Press each ball of dough into the mould. Knock mould lightly against table and the angkoo will slide out. Place each angkoo on greased, cut-out banana leaves.

Steam angkoo over boiling water for four minutes, then open the lid and continue steaming for six more minutes or till cooked. This will ensure that the pattern comes out sharp and clear after cooking.

Remove angkoo from steamer and brush lightly with corn oil to prevent them from sticking to one anotherand also to get the sheen.

To make the filling: Steam green peas in a steamer for 20-30 minutes or till soft. Mash the green peas.

Heat a non-stick pan, add in all filling ingredients and stir till mixture is almost dry. Remove the pandan leaves and leave aside to cool. Roll green pea paste into small balls and set aside to be used as filling.


Ni pulak terliur lg kat dapur umah kak long aku tu klu ler dekat aku dah mintak sikit tp jauh nun di PJ(kak long rindu ler nak sembang2 dah lama sy tak gi sana sejak niaga ni)



Quote:
CHICKEN LUNCHEON ROLLS
Adapted from Ayin's Roti Ham Keju
copy madiha


Ingredients :

250 g high protein flour (MamaFaMi add a little bit more.. but I don't cause I only used 1 egg yolk)
30 g sugar
20 g milk powder
6 g instant dried yeast (1 1/2 teaspoons)
1/2 teaspoon salt
1/2 teaspoon bread softener
2 egg yolks (used 1 only A grade)
130 ml fresh milk
30 g butter
3 pieces Chicken Luncheon ~ cut to small pieces
Mozzarella cheese ~ grated (MaDiHaA used sliced cheese)

Method : (Breadmaker method)

1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in salt, sugar and egg yolks
2. Top it with sifted flour, dry yeast, milk powder and dough softener.
3. Set the Breadmaker to Dough function.
4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough to 2portions.
6. Roll the dough flat. Sprinkle with cheese and chicken luncheon. Then roll like swiss roll. Slice to the thickness of 1/2 inch. Arrange on the baking tray sprinkled with a bit of flour. Repeat the same procedure with the other portion. (MaDiHaA put sliced dough in paper liner)
7. Leave to proof till double the size.
8. Bake in a preheated oven at 180 C for 30 minutes or so. (MaDiHaA baked only 14 ~ 15 minutes @ 170C)
9. Once out of the oven, brush with butter.


versi letak sos memang best oo klu malas nak buat blh order yer(promote ni)




Quote:


CRURROS
HANA

Bahan-bahan
1 cawan air
1 sudu makan gula
11/2 cawan tepung gandum - hana buh 11/4 je
1 biji telur - size L
1/2 sudu kecil garam
1 sudu makan butter
For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate
Cara-cara
Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati. Bleh rujuk cara2 wat Cream Puff. Cara2 yer bukan bahan2.
Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan lam piping bag). Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.
Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.

aku mkn crurros tu dgn lemon curd ni best rasa masam2 manis2 abah pun mkn byk kembar lagi ler mkn lemon curd tu aje tp klu sesapa yg tak mau masam sgt blh guna oren aje.


ni resepi mat saleh punya stail,tp aku cuba crurros resepi kat atas,rasanya tak byk beza dgn kueh belimbing cuma crurros ni rasanya manis sbb ada letak gula dlm adunan manakala kueh belimbing tak letak gula.

Quote:
FRENCH CRULLERS
http://allrecipes.com/recipe/french-crullers/detail.aspx
Ingredients
4 tablespoons white sugar
1 teaspoon salt
1 teaspoon orange zest
4 tablespoons shortening
1 cup hot water
1 cup all-purpose flour
3 eggs
1 1/2 tablespoons shortening
1 1/2 cups confectioners' sugar
3 tablespoons cream
1/8 teaspoon salt
1 teaspoon vanilla
Directions
Put 4 tablespoons sugar, salt, shortening and orange rind in saucepan with 1 cup hot water. Bring to a boil. Mix in 1 cup of flour. Cook until thick, stirring constantly. Remove from heat, and cool slightly. Beat in one egg at a time, beating each one in thoroughly before adding another.
Using a rose tip, press dough through pastry bag, in desired shape, onto a well-greased square of heavy paper. Turn paper upside down and let crullers drop into deep, hot fat (375 degrees F - 190 degrees C). Fry until well puffed up and golden brown in color, about 6 to 7 minutes. Drain on unglazed paper. Ice with confectioners' frosting.
To Make Frosting: Cream 1 1/2 tablespoons shortening and continue creaming while slowly adding sugar. Add cream, salt, and vanilla and mix smooth.


Lemon curd ni pun dah lama aku simpan resepinya dr all recipe tp tak terbuat2 gak sbbnya tak tau nak mkn dgn apa.lepas tu minggu lepas nampak ler kak rus tayang langsung aku tanya lemon curd tu nak mkn dgn apa?kata kak rus blh mkn dgn roti,buat layer kek atau sbg pencicah dan suka hati masing2 ler sbb fungsinya sama mcm kaya or jem ler.Jadi sementara stok lemon masih ada dlm peti tu aku pun buat lah lemon curd tu cicah dgn crurros kat atas tu.utk adunan ni aku dpt satu bekas mcm kat bawah tu atau kira satu botol jem lah.klu sape yg suka rasa msm2 manis blh mencubanya

Quote:

LEMON CURD
KAK RUS
Resipinya - The Star
2 biji telur
2 biji kuning telur
1/4 st garam
1/2 cawan gula
1/2 cawan jus lemon
1 biji lemon diparut ambil kulitnya
6 sb mentega dipotong kiub


Cara membuatnya
Pukul telur bersama gula dan garam bila gula sebati masukkan jus lemon,kulit lemon dan di kacau rata......Kacau atas api sederhana hingga agak pekat kemudian masukkan mentega...kacau sebentar dan tapiskan.Kemudian terus mengacau hingga pekat.....Adunan ini tak akan menjadi pekat macam puding....ia akan memekat selepas disejukkan.Biar sejuk masukkan dalam botol dan barulah boleh disimpan dalam peti sejuk....




Crab stick goreng,sebenarnya dah lama nak buat beli crab stick tu pun entah kali ke berapa tp tak pernah jd2 pun.mula2 aku jumpa keropok ni masa gi wilton CNY dulu masa tu jumpa dgn ant jennie pastu biasalah raya cina pun ada wat kueh raya gak kan dia adalah tunjuk kata aku keropok ni tp katanya tak pernah jd klu dia buat so dia suruh aku cuba dlm duk delay..delay langsung lah terlupa sehingga aku nampak kat blog hana klu tak silap ke blog fiza yg buat benda ni baru lah berjaya aku hasil kan keropok ketam ni.memang best dan rasanya sesuai klu buat masa raya nanti he..he..tp klu rasa susah sgt ckp aje dgn aku insyaallah dpt ler...
ok itu aje lah yg dpt aku ceritakan dan kongsikan buat masa skrg ni.bye..bye..


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net