SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Monday, 21-Jun-2010 04:14 Email | Share | | Bookmark
MAJLIS PERKAHWINAN OFFICEMATE MELESA & MARENA

 
 
 
View all 6 photos...
Salam...

Fuhhh...lega rasanya cuti sekolah dah abis.Bkn bermasalah dgn cuti sekolah tu tp pasal tiap kali cuti sekolah aje mesti terjebak dgn majlis kahwin yg tak putus2 undangan nya.Bknya tak suka,suka sgt bab2 mendirikan masjid ni cuma yg tak suka sbb poket jd kering kontang lah tp dah di undang pergi lah jugak.Blh dikatakan tiap2 minggu ler ada majlis kahwin dan semalam kira last part lah kot utk musim cuti sekolah ni.Semalam jugak berlangsung 2 majlis kahwin opis mate aku ni.ni aku geram sikitnya dia org ni buat majlis hari yg sama dan serentak tak ke haru sib baik tak jauh mana.Mula2 kami pergi rumah melesa sbb dia punya rumah dekat dgn opis.semua dah pakat jumpa kat opis nak gerak kul 12 tgh.Kira2 8 buah kereta(yg aku kira lah tak tau ler ada lebih lagi)konvoi gi umah melesa.aku kena lah drive sendiri sbb bwk kembar,aku memang tak caya nak tumpang kereta org mana tau kot2 kembar buat hal haru jdnya kete org nanti jd lebih baik aku bwk kete sendiri agak2 syg kete tak yah pergi senang citer.Tp kete aku memang sentiasa mcm tongkang pecah dgn mknan si kembar,plastik gula2 besepah.Siti aje tumpang kete aku sbb klu dia bwk kete dia buat membazir minyak dan menyusahkan nak parking jd naik sekali dgn aku sambil2 dia blh tengok kan kembar(tq yer siti akak ni memandai aje kan.sib baik kembar tak byk ragam mana masa siti dlm kete) ok dah lah melalut pulak aku jom tengok gambar yg tak seberapa ni.




kami pergi awal masa ni Lisa baru duk bersiap make up bagai seme jd aku gi jumpa kat dlm pun dia tengah nak salin baju jd takdelah gambar pengantin lagi pun kami semua duk kejar2 nak gi putrajaya pulak tengok majlis sanding marena pulak.aku pun kejar2 jugak sbb takut kena tinggal,aku bknya tau jln nak ke putrajaya tu di sbbkan itulah aku ikut konvoi dia org.ajak abah gi kenduri katanya nak rehat kat umah aje.Dlm kul 1 ptg kita org gerak gi putrajaya pulak.kepala kete dah ckp jumpa semua kat tol seremban.alamak aku nak gi tol seremban pun tak tau tp blh ler agak mana jln nya jd aku belasah aje dlm aku drive aku jumpa kete opis mate lain apa lagi kejar ler he..he..nak lumba ke?takde lah takut kena tinggal aje.jom tengok marena punya pulak.

itu ayah marena,senyum gembira dpt menantu.suami marena ni abang pd permain drum kumpulan kristal(klu tak salah main drum ler aku dah lupa lah,tak tau ler kot2 permain gitar)suami dia ni salah seorg PA hattan kira kwn2 artis ler ni tp aku tak nampak lah geng2 artis.yelah bkn nya dia artis kan



OK itu ajelah kisah minggu ni.Abah awal2 aku ajak gi kat org kahwin tak mau sudahnya aku blk kenduri dia pulak sibuk bersiap nak gi meminang anak org,itulah klu ikut aku dah tentu lepas tak yah sibuk jd juru ckp org meminang.Dah lah lepas ni msk n3 resepi lah pulak klu masuk resepi sekali kan lepas ni takde pulak n3.




Wednesday, 16-Jun-2010 05:01 Email | Share | | Bookmark
CERITA ORANG SAKIT....

 
 
 
View all 9 photos...
Salam....
Agak lama aku tak berupdate dan masuk n3 bkn apa takde xperimen dan cerita jln2 pun tak best sgt sbb reporter sakit lah.Dah berminggu2 duk demam,selsema dgn batuk paling tak tahan bila nak tido mlm batuk ni lagi menjadi2 sampai aku memang tak boleh nak tido lena mana pun.kadang tido sambil duduk nak elakkan batuk.kadang2 aku tido kat katil jap lagi aku turun tido kat bawah dgn kembar lepas tu tak jd jugak aku keluar tido kat ruang tamu dah panas pulak(abis kipas tak bukak mana tak panasnya)bab ubat tak yah ckp lah sekali mkn mcm2 warna ada dah tu mcm mkn nasi pulak.gi klinik sampai skrg baru aje 2 klinik tp ubat rasanya dah beratus dah abis tp masih tak baik2 jugak.smlm abah lak ckp aku ni klu dah batuk mcm ni kena try mcm2 jenis ubat dr klinik sampai yg tradisonal seme kena try.smlm abah dah suruh aku gi hospital tp bese lah aku mcm2 alasan bg sbb tak mau gi hospital,ingat senang ke,bkn apa aku terpikir tetiba doc suruh aku admit wad sape pulak nak jaga kembar aku tu.Baik aku tak yah pergi duduk diam2 kat umah,abah suruh aku ambik mc pun aku tak ambik baiknya aku...(baik ada makna klu aku mcm sape nak buka opis ni?ada yg kena sembur nanti baik aku keje aje)ok kat bawah ni ada lah sikit gambar2 yg sempat aku ambik dlm2 sakit tu.Lagipun sekarang ni aku rasa mcm dah ada silence reader yg selalu mengikuti FP aku ni jd kena tapis2 sikit cerita he..he..tp aku bkn cerita apa2 pun cerita masak2 aje kan tak kisah lah.

ni gambar kembar masa mula sampai kat bilik hotel.sebenarnya aku dah book hotel park avenue kat sg petani entah mcm mana sbb tak jumpa abah pun memandai tukar hotel gi ler kat sri malaysia yg aku kategorikan hampehhh..betullll nyesalll pun ada duduk kat sini lain kali tak yah duduk hotel ni lagi lah.memang gambar tu aje aku ambik.view depan hotel ni stesen kereta api sg petani sebelahnya pulak pasar memang tap pas utk ambik gambar lah.aku gi sana hari jumaat lak rasa mcm blk kg sendiri aje sbb sana pun cuti ari jumaat jd semua kedai kebanyaknya tutup last2 kami lepak kat bilik aje.aku ni dlm sakit tu ada gak teringin nak mkn mee udang yg pemes tu tp cari punya cari tak jumpa2 last2 abah kata kita mkn KFC dah lah.sib baik aku demam klu tak demam memang aku cari jugak.yelah dah alang2 sampai nak gak merasa.satu mlm aje kami duduk kat sri malaysia ni esok nya kami gi ipoh lak

on the way blk ipoh aku ada msg kat liyana ckp nak jumpa maklumlah umah dia dgn umah kakak ipar ku kira satu tempat jd blh lah jumpa tp rupanya tak de jodoh jugak liyana blk kg nampaknya dah 2 kali tak jd nak jumpa liyana takpelah ada jodoh lain kali kita jumpa yer liyana.aku singgah umah yang tido satu mlm pg esok lepas sarapan kami bertolak blk KL semula.kami ni saje gatal nakmenyibuk atas jln raya musim2 cuti sekolah ni h..he..lagi pun dah lama tak jenguk Yang.Blk dulu hobinya bela kucing,arnab dgn hamster blk kali ni semua tu dah hilang yg aku jumpa rama2 penuh satu rumah kat dinding kat peti kat dapur semua ada dia tampal rama2 tengok lah dlm gambar tu pun blh perasan ada rama.blk lepas ni apa pulak lah hobinya.suka hati Yang asal kan bahagia..Kami mintak maaf lah tak jenguk abg&kakak kat kampung(mana lagi klu bkn sg siput)masa dan keadaan tak mengizinkan

dlm perjalanan blk tu mcm biasalah kami mesti wajib ada tempat persinggahan padalah ipoh dgn KL cuma 2 jam aje tp aku dah pening dgn kembar yg tak mau duduk diam ni yg suka sgt bergaduh dlm kete last2 kami singgah lah kat R&R aku lupa pulak nama tempat tu tp memang tempat tu lah yg biasa kami singgah sbb kat sini ada IKS mcm2 jenis ada tengok ajelah gerai yg pihak plus sediakan.Kat sini aku terpikat dgn satu kueh ni bkn tak biasa mkn tp tak pernah tengok pulak rupanya mcm ni biasa mkn putu piring atau putu buluh ni lain sikit putu perak he..he..kat perak aje ke ada putu jenis ni?entah lah aku pun tak tau.




Donut kat bawah ni teruk benor rupanya kan.memang tak blh masuk list tp aku masuk jugak sbb nya kategori yg blh di simpan sebenarnya aku buat doh donut ni utk pizza yg org tempah dan masih ada belen lagi nak buat pizza jugak dah tentu abah tak mkn jd aku masuk kan dlm peti kira 2 ari jugak aku simpan dlm peti ni kira gambar donut hari ke 3 tu lah pasal ropanya begitu he..he... belen wat pizza tu dpt lah 5 ketui,ok lah jugak donut ni.cara aku simpan tumbuk2 doh buang semua angin pas tu simpan dlm bekas bertutup masuk dlm peti.bila nak goreng mesti keluarkan doh kira2 awal 2 jam utk buang sejuk dan bg doh naik balik.

Quote:

DONUT CUM PIZZA MALUS DOMESTICA (akak wat pizza...topping sendiri la ya)
Source : TopsyTurvyMum
copy http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/

300ml air suam
80g/1/3 cup melted butter
2 eggs
1 1/2 tsp salt
3 tbsp sugar
600g/4cups bread flour (*akak tambah sikit dlm 20 gm)
2 tsp yeast

Cara-Cara:-
Pakai BM, masuk ikut urutan. Setting: Dough.
Kalau pakai tgn, campurkan air suam ngan yeast (biar dlm 5 minit).
Satukan bread flour, salt and sugar.Buat lubang tengah..masukkan telur yg dipukul sedikit dengan butter.
Pastu tuang yeast.Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh. Biarkan doh naik selama sejam
Uli setebal 1cm. tekan dgn acuan donut.
Biarkan naik seganda, goreng dgn api sederhana.bolehlaa letak apa2 atas donut tu..chocolate cair ke..caramel ker..aku suka cinnamon ngan castor sugar je.


Roti ni aku buat dah lama buat utk bwk bekal gi co trip tu lah dan buat bekal abah kat umah.(hai org kat umah pun kena bawak bekal ke?alah abah bkn nya rajin nak masak utk mkn sorang jd ibu buat lah roti ni)

Quote:


ROTI PELBAGAI
Bahan-bahan ( 12 biji )
Sumber Myresipi.com @ Tulip77

200g tepung gandum
50g tepung halus ( kita guna tepung pau bluekey ) .. den guna 250gm tepung high protin
45g gula kastor
2sb susu tepung
1/2 st garam
1/2 st bread improver
1/2 st bread softener
2 sk yis
1 biji telur
100g air
2sb butter

15gm gluten ... yg ni den tambah sendiri

inti - sambal ikan bilis

(ini letak inti red bean)

Cara-cara

Dalam mangkuk besar masukkan semua bahan kecuali telur,air dan butter. Gaul biar sebati. Masukkan butter dan ramas biar sebati dgn tepung.

Masukkan telur, gaulkan lagi. Akhir sekali masukkan air sikit2 dan uli hingga dapat doh yg licin & tak melekat di tgn. Uli dgn tangan selama 10-15minit. (den guna mixer ..uli 20min)

Masukkan dalam bekas bertutup dan letak di tmpt panas selama 20minit supaya doh naik sekali ganda. Dah naik tumbuk2 doh utk kuarkan angin. .. (yg ni den skip .. terus kpd next method)

Bahagikan adunan kepada 12 bahagian. Isikan sambal ikan bilis dan tutup kemas. Susun dalam loyang yg telah disapu minyak dan ditabur sedikit tepung.Buat sampai adunan habis. .. (den x sapu minyak terus tabur ngan tepung jer .. )

Perap sekali lagi selama 30minit supaya bun kembang. Bakar 180degree selama 20minit. Dah siap, masa bun masih panas sapukan butter atas permukaan bun. (den perap 1jam n lebih)


Pau ni lak buat utk bawak bekal nak pi kedah last week ler.yelah kita org gerak dlm kul 9 pg jd sempat lah lepas solat subuh aku arahkan BM tu uli pau ni.intinya aku guna inti kelapa dah buat siap2 dah mlm nya jd dah siap uli aku terus canai/cotet atas palstik ingatkan tak lah besar mana sekali bila masak mak ai punyalah besar gedabak.sebijik pau ada sebesar piring lapik cawan punya lah beso.tp ini aje gambar yg sempat aku ambik.ni pun sib baik gambar ni aku ambik masa belum masuk bekas lagi ingatkan sempatlah nak ambik gambar dlm bekas elok2 sekali.bila dah masuk kete sebijik2 ditelan elok sampai kedah licin pau nya

Quote:

PAU SRI KAYA PANDAN
copy ROS Jintan Manis

Bahan-bahanya
400 gram tepung pau ( low protein flour)
1 1/2 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml cecair ( ros guna 110ml susu segar+ 110 air suam)
1 sudu besar gula gula
1 sudu kecil baking powder+1sudu kecil bread softner
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
untuk inti kelapa
3/4 cawan kelapa kering
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi inti
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat
kelapa

*beberapa titik pewarna hijau bagi doh pau pandan*
( Untuk doh yang warna asal, ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

Cara-caranya
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin, bahagi doh pada dua bahagian, satu dibiarkan warna asal, dan satu lagi dicampur dengan beberapa titik pewarna hijau, uli sehingga warna hijau sebati.

2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 1 sudu kecil inti sri kaya pandan dalam doh yang berwarna hijau, ulang langkah tadi hingga doh habis, Doh yang berwarna putih Ros letak inti kacang merah, kelapa dan krim coklat, ros tandakan sedikit di permukaan pau bagi membezakan inti antara satu sama lain.
3. Lapik pau dengan baking sheet, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau. semalam ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba





Dah abis idea nak masak apa last2 aku beli roti buat aje pizza roti abis cerita.buat roti mcm ni abah mkn pulak klu buat pizza dia jebik aje.hiss...tap paham lah abah ni.



Thursday, 10-Jun-2010 06:44 Email | Share | | Bookmark
CO. TRIP ~ Last Part

salam..

Udah2 ler duk tayang gambar gi jln2 ni sampai naik pening dah tengok ke gambar mcm2 pesen ada.Dah tu beratus-ratus keping gambarnya.ok lah jom kita layan gambar dr hp aku,kamera hairil,kamera iela dan kamera jack yg canggih tu


dah abis team building blk bilik mandi dulu pastu siap2 nak gi lunch kat restoran di atas sungai dan inilah menu2nya

lepas lunch ada jungle tracking pulak kul 3 ptg tp aku tak join,aku blk umah dan aku rasa memang tak ramai pun join sbb semua staff di beri pelepasan utk xtvt masing2

mlmnya pulak ada dinner kat tepi pantai,aku mcm bese lah klu dah guna hp jgn harap nak ambik gambar yg cantik2 semuanya blur aje tp layan lah jugak

Gambar dr kamera hairil



Gambar dr kamera Eila







Gambar dr kamera jack






ok tamat sudah cerita gi jln2 lepas ni kita sambung citer masak2 pulak yer.esok aku nak cuti gi jln2 lagi hu..hu..penang berjln minggu lepas tak abis lagi ni nak berjalan jauh lagi.klu aku ni jenis cepat kurus rasanya dah kering pun badan tp jenis badan semangat aje takde lah kurus.

ok bye..bye..

klu sape nak tengok berapa hrgnya blh klik sini semua hrg ikut US rate





Tuesday, 8-Jun-2010 08:13 Email | Share | | Bookmark
CO. TRIP TANJUNG JARA~Part 2

 
 
 
View all 9 photos...
Salam...

Aku dah kena kejor dgn member opis ni duk tanya mana part 2 punya cerita pulak.Hai ko org ingat takde keje ke kat opis atas ni kang kena tangkap baru tau.kita slow2 sikit lah.ok lah ni diatas permintaan kawan2 aku enterpremalah dulu sikit gambar2 dr hp ku ini.


Lepas berehat-rehat kat bilik yg nyaman ni kita org pergi memanaskan badan duk lepak tepi pantai sambil

abis mandi pantai gi mandi kolam pulak tp aku tetap maintain duk kat tepi kolam aje sampai semua dah ajak mandi pun aku tetap jual mahal ler konon2 malu ler nak mandi dgn dia org dan niat hati nak mandi waktu mlm sekali kolam tutup lah malam,hah padam muka melepas ajelah

siap2 gi dinner lak kat tepi kolam sebelah restoran di atas sungai.Mkn steamboat,yg geng melayu semua duk pakat tanya tande nasik ke?yg geng cina memang ler suka ni mknan dia org.aku mula2 mkn ok lg.pastu dah mula rasa nak uwaakkk..gak last2 aku stop pastu gi lepak kat bilik member minum kopi lagi best.


esok pgnya gi sarapan kat restoran di atas sungai dulu,mcm2 ada semua pakat duk ambik penuh2 pastu siap bertambah2 lagi tak kurang gak dgn aku.mula2 mkn roti aje kat meja luar sambil menikmati permandang sungai dan laut.


tengok tu abis mkn roti aku masuk kat dlm restoran aku belasah pulak nasi lemak sbb nampak dia org ni mkn mcm sedap sgt.aku sekadar rasa aje kongsi mkn dgn mira.yelah perut dah penuh


ok cukup dulu nanti kita sambung blk.ada bykkkkkk lagi gambar ni sampai aku pun dah pening.klu tak masuk rasa syg pulak jd kita masuk separuh2 dulu yer

ok bye..bye...


Monday, 7-Jun-2010 03:55 Email | Share | | Bookmark
CO. TRIP TANJUNG JARA,DUNGUN TRG~Part 1

Salam...
Kisah perjalanan kami staff Sunlight Taxi,KBK,Huah Lum,Sunlight Auto dan semua ni di bawah satu bos ler.
Jumlah rombongan 40 org
2 bas VVIP yg set 28 org
1 mpv anak bos lah yg naik
Tarikh-3 June sampai 6 June
Tempat Tanjung Jara Resort,Dungun package 2 mlm


Ketibaan rombongan dr KL ke Kuala Trg.
Bertolak jam 11 mlm 3 June 2010
Tiba jam 6 pagi 4 June 2010
Hentian pertama di China Town atau kami org Trg panggil kampung cina.kat sini kami semua sarapan, nama aje kg cina tp kedai mkn semua malay tp ada gak gerai cina jd masing2 boleh ler pilih. Kami sarapan nasi lemak yg dahsiap bgkus lupa pulak nak ambik gambar lah.masing2 rasa pelik sikit sbb nasi lemak lauk ikan tongkol aka ikan aye.tp itu ler tradisi nasi lemak Terengganu.Lepas sarapan kami semua pergi ke masjid kristal

Jam 8 pg sampai di masjid kristal bertempat di pulau wan man,kos pembinaan kira2 mencecah 20mil tp sygnya kami tak dpt masuk krn waktu melawat bermula jam 9 pg dan kami jugak kejar masa cuma dpt ambik gambar kat luar ajelah.klu mana2 nampak atap masjid tu gambar dr dlm bas ler

lepas melawat masjid kristal lebih kurang kami menuju ke Pasar Kedai Payang dlm kul 9 pg

disbbkan terlalu awal sampai jd byk kedai yg belum buka terutama kedai2 yg menjual kain hanya sesetengah yg buka awal,kami ronda2 dulu lah dan yg tukang jd penunjuk aku ler walaupun aku bkn nya selalu sgt gi kat pasar sini cuma boleh ler nak tawar menawar guna dielek org trg he..he..berkat tawar menawar ku dptlah kawan2 aku ni beli kain murah sikit(bese klu cuti sekolah jgn harap nak murah lah)salah satunya kain sutera yg reganya dlm RM380 mcm tu tawar punya tawar dpt lah RM250 lupa pulak nak ambik gambar kain yg kak bariah beli, aku rasa memang cantik cuma aku aje yg rasa tak mampu nak beli kain mahal2 ni.

mcm beselah dah abis2 shopping gi isi perut pulak lah.kami semua mkn nasi kerabu dan nasi putih.rupanya ramai gak org cina suka mkn nasi kerabu ni yelah aku tengok semua duk pakat mkn nasi kerabu aje.kami mkn kat kedai mkn nasi kerabi fauzi ke apa nama kedai tu aku ingat2 lupa nak ambik gambar byk2 maklum lah guna hp aje.kamera buat hal pulak.

siap mkn kami menuju ke chendering kat Noor Arfa batik pulak kira ni macam tempat pameran dan juga pusat jualan kain2 keluaran noor arfa.aku cuma tengok2 aje.huiii tak tahan tengok rega semua main ratus2 aje jd layan mata aje.kat sini pun ada gak dia ajar mcm mana nak terap batik dan lukis atas kain.Tp yg pasti masa ni semua muka dah tak serupa org yelah sampai dr KL mana ada kami rehat kat mana2 pun mandi pg pun idak (ha..ha...dah pecah rahsia)cuma masa waktu solat subuh tu kami mintak driver bas anto kami kat surau sementara geng2 cina gi jln2 subuh2 ari dia org jln kat kg cina tu.dan saat yg kami tunggu,lepas aje keluar dr noor arfa dlm kul 1 lbh kami semua terus ke Tanjung Jara Resort.

kami tiba dlm kul 2 lebih mcm tu lah.aku keluar dr noor arfa masuk bas mkn ubat terus lena sedar2 dah sampai TJR aje.turun bas mamai lagi tp di sambut dgn towel kecil yg dah siap2 basah di hidang dgn minuman jus yg sejuk,huhhh..sunggug segar rasanya.sementara nak masuk bilik.kami duduk dulu kat loby hotel tu sambil menikmati minuman dan permandangan ala2 hutan sikit tu.Dan sampai sini kami tak payah nak susah payah angkut beg,turun bas dah di sambut depan pintu bas pastu beg semua siap2 hantar kat bilik.nak ke bilik pun ada org hantarkan cuma kena jln jauh sikit lah sbb biliknya jenis mcm rumah2 gitu.masuk aje bilik tak dpt aku nak gambarkan betapa bestnya rasa mcm org honey moon pun ada he..he..apa taknya.buka pintu bilik hembusan angin sejuk dr air cond dah membelai wajah kami ni yg memang kepanasan dan kepenatan.kemudian melangkah masuk aje terdengar alunan bunyi music yg slow dan relax sekali.melangkah kedepan lagi terasa seronoknya duduk dlm bilik ni.katil di hiasi dgn bunga orkid dgn cahaya down light dgn permandangan menghadap pantai.tu blm abis explore lagi tu.blk mandi2 dulu.

ok cukup kat sini dulu nanti aku sambung blk citer perjalanan kami di sana.dan pesan ku sape2 yg bakal nak kahwin tu dan masih tercari2 tempat honey moon TJR ni memang sgt sesuai dan layanan nya memang tip top.

bye..bye..


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net