SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 12-Jul-2010 01:12 Email | Share | | Bookmark
KUEH BAKAR,MUFFIN DAN BUBUR

kueh bakar
Muffin
 
View all 6 photos...
Salam..

Tak nak citer banyak cuma nak update resepi yg aku dah cuba minggu lepas klu tak silap dah lupa lah.Tp drp terus terlupa jd aku masukkan kat sini sbgai rujukan akan dtg lah.Gambar seme blur aje yg mood kureng tu

Quote:



KUEH BAKAR
copy kak-rusnah.fotopages

Bahan-bahan

* 1 cup gula
* 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
* 2 cups tepung gandum
* 2 1/4 cups santan (atau 1 can santan-450ml )
* 2 tbs butter
* 3 biji telur
* 1/2 tsp garam
* colour hijau
* bijan


Cara-cara

1. campurkan semua bahan. blend sampai sebati.
2. masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
3. panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing. *lepas 20minit baru hana taburkan bijan! supaya bijan nmpk cantik dan tak hangit sbb hana gune bijan yg dh sangai.Jgn terlalu lewat taburkan bijan kerna bila dh masak bijan akan tertanggal dr permukaan kuih.


Quote:

MIXED FRUIT MUFFIN
copy mamafami.fotopages

Ingredients :

130 g flour (I used cake flour)
1/4 teaspoon bicarbonate soda
1 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon salt
1/4 teaspoon cinnamon powder
70 g castor sugar
1 egg
50 g butter (I used margarine)
70 - 80 ml fresh milk
30 g fresh blueberries }
30 g blueberries (in pack) } I omit both and instead I added dried mix fruit


Method :

1. Preheat oven at 180 C (for big ovens and 160 C for a small oven).
2. Line the muffin tray with papercups.
3. Sift flour, bicarbonate soda, baking powder, salt, sugar and cinnamon powder. Set aside.
4. Melt butter on low heat.
5. Add egg, milk and melted butter into the sifted ingredients and stir, just to mix. Do not overmix!
6. Add in the mixed fruit and stir to mix.
7. Scoop a bit of the mixture into the prepared tin and bake till done.


Bubur ni masak utk menu buka posa 2 minggu lepas gak.Sedap kena pulak dgn ikan bilis goreng dan kangkung goreng lepas tu tambah lagi sup gear box tengok tu melentang dlm mangkuk nak sedap lagi letak ler sambal kicap+cili api fuhh..tak ingat

Quote:

SAVOURY RICE PORRIDGE
copy mamawandiha.fotopages

Bahan2
2 pot beras ~ cuci bersih & rebus dengan air secukupnya hingga kembang.
1 biji bawang besar ~ hiris memanjang
1 cawan isi ayam ~ dipotong kiub
1 batang carrot ~ dipotong kiub
1 inci halia ~ hiris nipis & memanjang halus
1 1/2 sudu besar serbuk rempah sup
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kayu manis
2 cawan santan -tukar guna susu low fat
1 s/k lada hitam ~ ditumbuk halus
1 s/k halba
1 kiub ayam
garam secukup rasa
sedikit gula
sikit minyak zaitun -guna minyak masak biasa aje

Bahan2 Tambahan
daun bawang ~ dihiris
bawang goreng secukupnya
ikan bilis goreng secukupnya

bahan tambahan he..he..

Cara2:
1. Sementara beras kembang. Dalam periuk yang lain tuang sikit minyak zaitun dalam periuk.
2. Tumis bahan2 rempah spt kayu manis, bunga lawang, cengkih & halba sebentar.
3. Kemudian masukkan bawang & halia. Tumis hingga bawang layu.
4. Tambahkan rempah sup yang telah dibancuh dengan sikit air. Masukkan lada hitam tumbuk. Tambahkan sedikit sahaja air.
5. Masukkan ayam, lobak merah & kiub ayam. Renihkan hingga ayam masak. Bila ayam nampak dah masak segera tuangkan ke dalam periuk berisi beras yang dah kembang tadi. Tambahkan santan, garam & gula secukup rasa.
6. Biarkan mendidih. Jika bubur nampak pekat boleh tambahkan air & biar merenih. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah biar secukup rasa.
7. Waktu menghidang taburkan dengan ikan bilis goreng, daun bawang & bawang goreng


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nak citer sikit semalam masa abah duk kemas2 nak turun gi niaga tiba2 kakak ckp dgn abah lutut dia sakit.pastu abah pun jerit kak ibu tanya nape kaki kakak ni?aku pun cepat2 lah gi tengok(aku masa ni duk dapur nak wat kueh minum petang) aku tengok mcm tulang kat lutut kakak dah ketepi aku dah mula ler ngelabah.aku ckp dgn abah,ibu takde dengar dia org nangis ke gaduh ke lepas tu ambik minyak abah urut2 betul2kan dulu urat2 tu.(dlm ati aku ni takut patah ke apa)bila tanya kakak nape kaki dia katanya dia jatuh masa lompat2.lepas tu takde kain balut potong kain napkin utk balut.Tu gambar dia tido sbb mengamuk tak dpt ikut abah dia.Abis mcm mana ibu nak bg ikut dgn kaki berbalut lepas tu kaki tu makin lama makin bengkak.Hai anak ibu ni dah pandai mcm2 dah.bila kakak bangun bwk gi urut yg tukang urut tu ckp takde apa2 cuma urat aje,sib baik dlm duk urut2 tu kakak tak nangis tp nak lari aje katanya sakit.Smlm tido pun takde lah menangis risau gak takut2 dia rasa kaki tu bedenyut sah2 lah tak dpt tido.tp alhamdulillah elok tido sampai ke pagi cuma ibu dia aje tak lena tido dek kerana Piala Dunia bkn aku tengok bola tp bunyi bising yg buat aku tak boleh tido.sampai kul 5 pg pun tak senyap2 lg.Nasib baik piala dunia ni 4 thn sekali klu tiap2 tahun lg pening.



betisnya dah pun mula bengkak sama.

t.q mood ngantuk ni dah lah


Thursday, 8-Jul-2010 02:56 Email | Share | | Bookmark
KARIPAP PUSING,MUFFIN PISANG CRUMBLE DAN KOROKKE

 
 
 
View all 6 photos...
Salam...
Tak yah citer panjang lah terus masuk bab xtvt masak2.Kat bawah ni karipap pusing yg resepinya aku tengok kat umah kak long(madiha) memang sedap gilerrr..you klu tak caya cubalah wat sendiri nak ajak mkn dah abis dah.Aku buat masa sabtu lepas,sabtu lepas adik demam jd bwk gi klinik blk klinik asyik tido aje yg si kakak pulak sib baik pandai main sorang2 langsung tak di kacau adik klu mintak tolong ambik kan apa2 utk adik cepat2 di ambik nya syg betul dia kat adik nya.Baik anak ibu ni.Ptg pulak bila abah nak gi niaga kakak pun apa lg siap2 tunggu kat pintu katanya nak temankan abah niaga(padahal dia sibuk nak naik troli sampai bawah yg teruknya abah yg menolak troli sekali dgn barang2 niaga)Bila kakak tak ada abah dah gi niaga adik pulak tido aku pun mulalah operasi sambil2 tengok jugak adik takut kena sawan pulak.Buat pun sebab ada belen inti karipap lg tu yg jd tu.Lepas aje goreng aku dah ngap satu sedapnya dgn kerapuhan dan keragupnya sampai malam masih lg ranggup.Jom tengok resepinya.Bawak turun kat gerai seme duk pakat berebut dah tu siap ckp mintak lagi sbb tak sempat nak mkn.aduh lah ko org ni memang ler.

Quote:


KARIPAP PUSING
Sumber : Wila
(telah diedit cara penyampaikannya oleh Mamawandiha)
BAHAN A:
80gm tepung gandum (MaDiHaA tambah lagi tepong sampai dpt doh yg lembut ibu pun sama tambah tepung klu tak memang tak jd doh mcm terlebih sgt lemak sayur tu)
60gm lemak sayur

BAHAN B:
150gm tepung gandum
1/2camb gula
1/2 camt garam
30gm merjerin
70-75ml air (lebih kurang ikut lembut doh)

BAHAN C: Inti karipap kesukaan anda. (tak perlu resepi ya ikut resepi kesukaan masing2)

CARA-CARA:
1. Gaul bahan-bahan A sehingga jadi seperti adunan biskut/ doh yang lembut. Bahagikan kepada 8 ketul dah bentukan bulat2/bebola.
2. Untuk bahan-bahan B gaulkan marjerin dgn tepung hingga jadi seperti serbuk roti.
3. Bancuhkan gula dan garam bersama air hingga kesemua larut.
4. Tuang air sedikit demi sedikit kedalam adunan serbuk roti lalu uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 8 ketul juga & buat bulat2/bebola
5. Untuk mencanai kulit (SILA LIHAT GAMBAR DI ATAS SEBAGAI RUJUKAN), masukan A ke dalam B lalu bungkus kemas-kemas buat seperti ini sehingga habis kesemua 8 ketul/bebola tadi.
6. Ambil satu ketul gelek rata memanjang (bentuk oblong) kemudian gulung kemas2.
7. Gelek sekali lagi dan gulung lagi seperti dalam gambar.
8. Potong gulungan tadi kepada 4 bahagian. Ambil satu keping lalu gelek nipis hingga menjadi bentuk bulat. TERBALIKKAN (bermakna permukaan atas yg kena rolling pin berada di bawah & permukaan bawah yg kena papan canai untuk letak inti) . Letak inti secukupnya lalu tutup kemas & kelim kemas2.
9. Habiskan semua adunan lalu bolehlah digoreng. Gunakan api yang kecil dengan minyak belum begitu panas semasa nak masukkan karipap.. kemudian (besarkan) gunakan api sederhana semasa menggoreng. Bila karipap dah masak.. kecilkan semua api.. angkat & tos karipap. Ulangi proses yang sama untuk karipap yang seterusnya. Gunakan api yang kecil semasa menggoreng adalah untuk mendapatkan kulit karipap yang cantik & licin & mengelakkan dari kulit karipap kasar & meletops2.

Kalau nak tengok cara2nya blh tengok kat fp madiha




Satu adunan tu aku cuma dpt byk ni aje lain kali klu rasa nak wat stok kat umah kena double adunan nya.Ni pun rasa2nya klu rajin minggu ni nak wat lagi lah tp dlm kepala ni nak wat lain punya projek pulak.Habis mcm mana lah badan aku ni tak beso asyik duk pikir pasal makan aje.

Ini pulak projek ari ahad kiranya utk minum petang lah.ni pun lagi satu resepi muffin yg best gilerr gak.Muffin ni sedap dan lembut lagi sedap klu mkn panas2 terasa rangup crumble tu.Klu tak abis blh masukkan kat dalam toaster jap lagi sedap rasanya.ni yg rasa nak buat lagi ni pisang pun ada lagi

Quote:


MUFFIN PISANG CRUMBLE BERKEJU
copy hanamemories.blogspot

Bahan-bahan
•250g tepung gandum
•100g gula custor
•50g gula perang
•1/2 sk soda bikarbonat
•11/2 sk baking powder
•1/4 sk garam
•75g keju cheddar - cincang kasar (ibu cuma letak 3 kpg slice cheese )
•300g pisang ambon atau apa2 pisang yg sesuai
•2 biji telur
•100g mentega - cairkan (hana kurangkan sket sbb agak oily)
•1/2 sk esen vanila

Untuk Crumb
•50g gula perang
•50g tepung gandum - ayak(ibu tambah lagi tepung rasanya dlm 50g gak smpai jd crumble lah )
•50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
•1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
•1/2 sk serbuk cinnamon(ibu guna 5 spice)



Cara-cara
•Untuk Crumb - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga masa hendak dgunakan.
•Panaskan oven suhu 200 selama 20min. Dalam mangkuk campur tepung, baking powder, garam, keju, gula custor dan gula perang. gaul rata dan ketepikan.
•Mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan mentega cair, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
•Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
•Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi.
•Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
•Letak atas redai. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang dan parutan coklat putih.
•Hidangkan hangat dengan secawan kopi.



Ini pulak projek giler kentang,ahad lepas seme resepi aku nak guna kentang tp tak kesampai semua nya siap setengah jln aje apa tak nya byk sgt nak di masak sape yg nak mkn nya last2 aku buat sarapan ari selasa(simpan dlm peti siap jd senang lah)sedap rupanya korokke ni sbb ada cendawan ada daging dan yg best sbb garing kat luar lembut kat dalam he..he..adik pun suka mkn

Quote:

KOROKKE (MEAT CROQUETTE)
Source : Lesley of Beachlovers
copy mamafami t.q ma memang marvelossss

Ingredients :

500g potatoes ~ peeled,boiled and mashed
1/2 large onion ~ peeled and diced
1 stalk spring onion ~ washed and cut small
salt to taste
ground white pepper to taste
200g minced meat
5 pieces canned button mushroom ~ diced small
1 cup panko(Japanese bread crumb) ~ I used normal bread crumbs
1 egg ~ lightly beaten
1/2 cup rice flour
enough oil for frying
ibu tambah sedikit tepung supaya kentang tak terlalu lembik apa bila di goreng
Method :

1. Saute minced meat and onion in skillet for 5 minutes.
2. Place mashed potatoes in a large bowl.Combine salt, ground pepper,cooked minced meat, diced button mushrooms and spring onions together, mix well.
2. Shape potatoes mixture into small balls, slightly press the potatoe balls into a cylinder or disk shape. If the potatoes are too soft, place the shaped potatoes into fridge for 30 minutes or longer.
3. Roll shaped potato balls onto rice flour, then dip into egg mixture before coating with breadcrumbs.
4. Prepare fryer or deep skillet at medium heat with oil. Place the coated croquettes into the hot oil. Fry croquette both side until golden brown.
5. Remove the fried croquettes from fryer and place on kitchen towel to drain off the excess oil.
6. Serve warm as snack or with meal
.


ok itu aje buat kali ni selamat mencuba dan kawan 2 klu senang jom lah layan bihun sup utara kat alamat kat atas tu. .


Monday, 5-Jul-2010 01:35 Email | Share | | Bookmark
CEKODOK BISKUT DAN KEK PISANG

 
 
 
View all 6 photos...
Salam..
Lama jugak aku tak masuk N3 yer bkn apa byk sgt kejadian yg membuat kan aku pening kepala.Mula2 pasal kete kesayangan aku tu alkisahnya masa aku gi kenduri 2 opismate aku tu aku dah terlangar bahu jln yg agak tinggi kes nya nak buat U-turn.masa tengah nak buat U-turn tu kereta tiba2 sangkut kat tepi jln masa tu aku dah cuak dah takut enjin mati ke apa lepas tu cepat2 aku undur pastu parking kat tepi mula2 aku tengok dulu muncung kete kot2 dah terjatuh ke apa(biasalah kete mesia langar sikit terus jatuh bumper depan tu)intai2 takde apa2 pun fuhhh...lega aku pun bwk turun kembar dr kete gi kenduri yg pertama lepas tu gerak ke putrajaya dlm perjlnan tu aku asyik betul kan ladybird kat dashboard depan tu sbb asyik nak jatuh aje dlm hati duk marah lah meyibuk betul ladybird ni nak drive pun susah tp duk tertanya2 gak nape benda ni nak jatuh selama ni tak pernah2 pun.Esok nya nak gi keje aku start kete tiba2 aku dengar enjin bunyi lain mcm aje lepas tu stereng pun bergegar sgt,ckp dgn abah katanya perasaan aku aje.Tp aku tetap tak puas hati gak nape kete aku ni tak sedap benor yelah kete kita bwk hari2 bila ada tak kena mesti dpt rasakan. Dek kerana tak puas hati aku mintak lah budak w/shop kat opis ni tengok katanya kete ni ok aje mgkin kena masuk komputer dulu tengok apa masalah.nak tunggu masuk komputer seminggu pulak sbb tunggu abah lah jd minggu lepas abah gi ler kat proton masuk komputer semua ok sistemnya takde masalah walaupun kete aku ni dah 6 thn pakai.Sbb abah memang jaga betul2 setiap kali nak berjalan jauh service dulu atau cukup masa tukar minyak tukar dulu takde delay2 ni yg bagusnya org lelaki yg jenis syg kete walaupun kete tu bini yg bawak he..he..Sbb budak service proton tu kata enjin gegar mgkin sbb moulting nya dah rosak so kena lah tukar dlm abah duk kira2 nak gi tanya rege sekali budak service tu angkat kete naik atas.terkejut beruk semua sbb kete ni takde cedera luar tp cedera dalaman yg amatlah parah sampai proton pun angkat tangan tak blh nak buat(masa ni aku dah kena ceramah dgn abah dah..hu..hu..uwaaa..)rupanya chasis kete dah bengkok minyak enjin ada bocor sikit.skru yg 4 biji semua bengkok lg satu budak service tu ckp klu dah bukak skru tu memang tak akan jd elok lagi enjin ni dan klu nak repair kena angkat enjin klu kira kasar 3 ke 4 ribu tak kemana.Last2 abah ckp tak yah repair ler beli aje kete baru bg ibu langar lg(wah perli nampak bkn nya sengaja dah benda nak jd nak buat mcm mana)ini kes yg amat memeningkan kepala aku 2 minggu lepas sbb asyik duk membebel aje ari2 sib baik tak ngadap muka abah 24 jam klu idak tak tau ler mesti kena ceramah.Dah lenyap cerita tu datang pulak masalah lain tp kecik aje.Mcm biasa aku bila buat xperimen ambik gambar sekali aku nak ambik gambar tak dapat pelik jugak nape pulak dgn hp aku ni merajuk ke apa tp takpelah lain kali lah aku tengok mungkin setting nya tak betul kut.Dlm duk nanti2 sampai lah hari khamis lepas aku pun mcm biasa lah nak download gambar dlm pc sekali tak blh byk kali cuba tak blh2 last aku duk belek hp tu aku baru perasan memory card dah hilang.Aduh lah hai anak aku ni.memang takde org lain punya keje lah kembar punya keje sbb tiap kali dia naik kete mesti dia punggah beg aku sbb dia org tau klu aku tengah drive mesti tak blh marah dia org, masa ni lah dia org ambik kesempatan.Jd semua xperimen aku takde ambik gambar jd itu sbbnya aku takde n3.Aku suruh abah cari kat umah kot2 ada tercicir tp memang tak jumpalah sbb bendanya halus benor besor duit 5 sen aje.Abah pun bg ler memory card yg baru smlm aku drive nak ke pandan jaya nak byr bil hp sekali aku ternampak ler ada benda kilat2 kat celah sit sebelah(masa ni blh lah aku belek sbb kemabr aku tinggal kat abah)sementara tunggu lampu merah aku pun godek sekali aku dah terjumpa blk memory card aku alhamdulillah sib baik jumpa sbb walaupun ada yg baru tp tak sama dgn yg lama.Dah lah byk sgt aku cerita lah ada 2 masalah cuma masalah kecik aje selesai masalah kete lum selesai lg sehingga ada duit lah nampaknya tp tak tau ler repair ke tukar baru(mcm byk sgt duit tu nak tukar kete)

Jom tengok xperimen yg sempat aku ambik sebelum memory card hilang sekejap.Mula2 jemput2 biskut jagung atau biskut 4 segi.Aku dpt idea ni masa duk kemas2 brg dapur.Aku ternampak serdak2 biskut ni sebenar nya bukan lah serdak ti biskut yg dah patah dan yg dah di hancurkan oleh kembar sbbnya klu dia dpt balang biskut ni mesti di kocak2nya dah tu mestilah hancur biskut tu bila dah hancur sape lg nak mkn.Syg pulak aku tengok biskut tu sbb byk lagi klu nak cicah dgn air mesti guna sudu.Maka terhasil lah cerkodok biskut ni.memang best kembar pun mkn bersungguh2 abah apa lagi.Bagus juga idea kitar semula ni kan.Aku main campak2 aje


Quote:
Cekodok biskut

Bahan2

2 cawan tepung
1/2 cawan ikan bilis-dimesin halus
1 cawan serbuk biskut yg siap di mesin halus
1 sudu besar majerin
daun bawang
1 labu bawang besar
garam klu kurang masin klu ikan bilis dah masin takyah letak takpe
air secukupnya
minyak utk mengoreng

campurkan kesemua bahan2 kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yg sesuai.Bila dah sebati blh lah di goreng.Lagi sedap klu cicah dgn sos cili.



lebih kurang macam ni lah cara2 pembuatan cekodok


byk sgt shell tat kat umah lepas tu dlm peti pun ada mcm2 filling aku pun buatlah cistat ni letak filling kiwi buat tak byk pun satu bekas kecik aje cukup lah aku aje nak mkn


Dpt pisang free jd buatlah kek pisang ni yg resepinya ku ambik dr dapur maklang.Memang best sgt dan juga gebu lembut kena pulak aku tabur almond flakes tu memang best.tp aku masuk umah mak lang tak jumpa pulak resepinya yg aku jumpa resepi umah ros dan resepinya sama jugak so aku kopi aje ler he..he..jgn marah yer.kek ni memang2 best sgt dan kek ni sekali hadap aje.


Quote:
KEK PISANG GEBU
Copy ROS-jintanmanis

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak, curah dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minti atau satu jam.

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.




ini roti yg resepinya aku ambik dr buku BM tu dah lupa dah namanya sbb lama sgt tp memang lah sedap nantilah klu dtg angin rajin aku taip ler kat sini.


Ok bye..bye..


Friday, 25-Jun-2010 04:30 Email | Share | | Bookmark
JELLY,PUFF @ KARIPAP a.k.a KUEH LIPAT

 
 
 
View all 10 photos...
Salam..
Apa nak citer yer..mgkin ni mcm takde mood aje nak citer lah.ni mesti penyakit 'M' sudah melanda diri ku ni jd layan aje apa aku buat minggu ni semua projek org malas.semua nak senang dan mudah aje.


Jelly Longan ni aku buat ahad lepas sbb Ms wong ada ler bg aku buat tangan masa dia blk dr hadnyai minggu lepas.Dia belikan aku buah mata kuncing kering aka longan dan dia ada gak bg aku beras pulut dgn pulut hitam itu KIV dulu tak tau bila jd projeknya.Mula2 aku duk main mkn kering mcm tu aje yelah manis sedap lah.Dulu aku rasa nakbuat air beli aje kat kedai ubat cina tp 100g RM4.50 mahal ler jugak 100 g tu bkn byk pun jd ini org dah bg byk mula ler buat perangai nak wat pelik2 sikit kononya padahal malas.Aku pun merayau kat kedai bakery kat umah aku tu terjumpalah Jelly Kelapa kat pask tu ada lah tunjuk cara2 nak wat jelly kelapa muda dgn jelly longan ni.aku pun rembat satu pack regenya RM4.80 blh lah tak susah pun nak buat cuma masukkan gula melaka dgn longan siap.ehh jgn lupa letak air pulak kan tak jd pulak jellynya.Aku masak setengah pack aje sbb byk sgt klu aku masak semua lg pun masak ni pun aku nak gak bg ms wong sikit yelah org berbudi kita berbahasa.dptlah dlm 12 bekas kecik ni

sedap klu mkn ari panas pastu jelly ni simpan dlm peti sejuk aje tekak he..he..lupa pulak aku nak ambik gambar pack jelly tu lain kali ler aku tunjuk yer.

Projek no 2 ni aku masak ari selasa selepas aku masuk umah mamafami.Dia ada tunjuk pasal puff ni dan mulalah aku teringat aku masih ada stok puff beke jenama Kawan yg dah berbulan duk dlm peti.Lepas tu aku ada lagi belen inti beef roll tu jd blk keje aku pun selongkar ler peti ais sekali jumpa lah 2 keping puff.Jadilah dpt buat satu puff ni pun dah cukup.Ala..ala..nak rasa kononnya padahal abah mkn sorang2 aje,takpelah ibu tak kisah janji abah tak byk komen.sedaplah kot sbb tak bunyi apa tengok2 dah licin



Projek no 3 ni pulak kisahnya aku dah lama nak wat karipap ni asyik tengok karipap madiha aje nak order dah lama aku tak sampai sana sejak dua menjak bukak gerai ni jd kenalah wat sendiri.Jd sambil2 aku tunggu puff tu masak aku pun buat ler inti karipap ni yg budak kembar ni dah tak sabar2 nak mkn,masak aje inti terus tadah bekas.Alahai anak ibu ni nape tak sabo tak sempat ibu nak wat kuehnya.Aku pun bg ler sikit sorang inti tu elok aje dia org ratah siap menambah lagi kakak.sedap lah tu klu tak sedap sah2 dia ckp awal2 "tak syedaplah bu".Dlm aku duk berkira2 nak bancuh tepung karipap abah call kata org nak tempah kek jd aku pun konar terus tak jd wat karipap wat kek dulu he..he..mata duitan betul(alaa..abah punya mknan ibu dah siapkan karipap tu cuma nak wat stok aje)jd di sbbkan karipap tak jd maka pg semalam aku buatlah kueh lipat ni.maaf ler aku tak tau nama lain sejak kecik sampai tua memang aku panggil kuh lipat lah sbb dilipat2 walaupun bancuhan tepung nya mcm kueh gulung aka kueh ketayap.

aku buat ikut bancuhan tepung beef bread crumb roll jugak jd sape nak resepi tengok n3 lepas lah yer.Bezanya kueh lipat ni intinya kentang aje mcm inti karipap dan di lipat 4 segi pastu goreng mcm tu aje.ni sarapan yg simple lah dan mudah janji ada inti.

Quote:
INTI KENTANG

Bahan-bahan
2 biji kentang yg besar di potong dadu
1/2 cawan daging cicang
1 labu bwg besar di cincang
1 peket kecil rempah kari babas
minyak utk tumis
air secukupnya utk lembutkan kentang
garam dan perasa

panaskan minyak tumis bwg sampai layu masukkan rempah kari bila rempah dah garing masukan daging cincang biarkan daging masak masukkan kentang dan jugak air,garam dan perasa.masak sehingga kentang empuk dan sambal inti kering air.sejukan dahulu baru di gunakan


Projek last kira nya sarapan hari ni lah.Disebabkan inti karipap tu ada lagi td dlm kul 6.30 pg aku bancuh tepung utk buat karipap ni.resepi tepung karipap ni aku mintak dgn sifu ku sape lagi klu bukan mama ku itu.Jd pg td terhasilah karipap ni


Quote:
DOH KARIPAP

Bahan-bahan

2 cawan tepung
1/2 cwn minyak(agak2 lah jgn byk sgt minyaknya takut berminyak pulak kulit karipap tu)
1 cwn air di campur dgn 1/2 sudu teh garam

Panaskan minyak masak lepas tu tuang ke dlm tepung gaul2kan tepung dgn minyak.hati2 yer kan melecur tangan pulak.bila dah rata masukan sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh yg blh dicanai.
Canai ikut suka saiz apa yer lepas tu masukkan inti kelim tepi dan sedia utk di goreng


Inilah kueh kek order mengejut tu he..he..50 biji cc CMC.25 biji bese 25 biji lg nak ada bc.Order dr abg din yg memang dah selalu order cc ni dgn aku.ingatkan nak wat mkn2 aje rupanya smlm besday anaknya jd dia order cc ni utk jamu kwn.Aku tak tau nak deco mcm mana jd aku wat lah bunga pesen ni.apa nama bunga aku pun tak tau

ni pulak kak sue punya,katanya nak rasa aje jd nak sikit lah itupun klu ada lebih dr order abg din so aku buatkan mcm ni lah.

semua order ni dah selamat pun semalan punya jamuan besday kat gerai abg din,aku tak pergilah sbb kembar dah sibuk nak blk umah.(abg din ni tokey gerai kueh teow goreng sebelah gerai bihun sup)

ok dah bye..bye..sape2 nak order boleh call IDA 019-9543616


Wednesday, 23-Jun-2010 02:29 Email | Share | | Bookmark
BEEF BREAD CRUMB ROLL,MINI POP CAKE & ORDER

 
 
 
View all 6 photos...
Salam...

Semua muka mcm moyok aje...yelah poket dah kering kan.mana yg anak sekolah lagi ler rasa nak nangis pun ada sbb kena prepare brg2 sekolah pastu cikgu time mcm ni ler nak kena byr tu bykr ni.Pas tu kita ni pulak dah mula pikir posa dah tak lama lagi nak gak siapkan baju2 raya budak2 bkn apa jenis yg tempah2 lah.Aku pun sama muka moyok gak sbb duit dah abis he..he..gerai pun byk cuti masa cuti sekolah ni nak wat gane dah tu rezeki yg tuhan nak bg.syukur alhamdulillah.Minggu lepas dlm duk takdok duit tu aku sibuk gak nak wat mcm2 xperimen(aku ni memang jenis duit takleh simpan kot,panas aje tu kena belanja gak)

Mula2 aku duk merayau kat umah juwita pastu ternapak ler dia masak beef roll ni utk buka posa.Aku pun tilik ler resepinya nampak mcm senang dan brg2 tu seme memang dah ada kat umah jd apa lagi layan aje lah.Aku buat utk sarapan hari sabtu lepas.Abah kata tak sedap.Aku pun mkn ler,apa yg menyebabkan tak sedap tu.Lepas ku tilik2 xperimen aku tu rupanya kurang garam ler patutlah abah kata tak sedap.ari isnin aku ada lagi belen inti tu aku buat popia tp tambah garam lah elok pulak abah kata sedap sampai licin sepiring popia.sah..sah abah tak leh tinggal garam ni.

Quote:


BEEF BREAD CRUMB ROLL

Bahan Untuk Inti:-
·300 gm daging cincang
·2 biji kentang (dipotong dadu)
·1 biji lobak merah (dipotong memanjang)
·1 1/2 sudu rempah kari ayam ( ini ita tambah sendiri )ibu pun letak rempah kari jugak
.1 sudu teh serbuk lada hitam
·1 biji bawang besar (dipotong dadu)
·5 biji cili padi (hiris halus) - tak letak
·sedikit daun bawang (dihiris halus)
garam dan perasa-ini ibu tambah sendiri dlm resepi tak ckp pun

Bahan Untuk Kulit:-untuk 6 ketul(ibu dpt 5 ketul aje)
·1 cawan tepung gandum
·1 cawan air
·1 biji telor
·sedikit garam
·serbuk roti (bread crumbs) secukupnya

Cara Memasak Inti:-
1.Tumiskan bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
2.Masukkan daging dan biarkan empuk sedikit.
3.Masukkan kentang dan carrot.
4.Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
5.Masak hingga daging kering sedikit. Ketepikan.

Cara Menyediakan Kulit:-
1.Campurkan kesemua bahan kecuali serbuk roti. Kisar supaya adunan halus dan rata.
2.Panaskan kuali leper (tak perlu letak minyak). Tuangkan satu senduk adunan tadi dan angkat kuali dan lenggangkan rata seperti membuat kulit ketayap.
3.Masak dengan api perlahan.
4.Angkat dan letakkan inti di tengahnya. Gulung sikit dan lipat tepi kiri dan kanan dan gulung lagi seperti kuih ketayap.
5.Selepas itu, celupkan kuih di dalam telor yang telah dipukul sedikit.
6.Kemudian golekkan di dalam serbuk roti biar rata.
7.Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan


Aku ni dah teruja sgt tengok dgn Pop Cake ni lagi ler midza@Koi tu asyik duk tayang order2 pop cake ni.memang tak sabo aku geram aje nak rasa nak tengok nak buat.pastu aku pun google ler kat tenet mcm2 jenis pop cake aku jumpa tp aku terasa nak mencuba jenis yg ini dr blog pet muffin.memang sedap rupanya pop cake ni dan aku ada ler bg jiran 2 cuba dan ada yg nak order.Disbbkan aku tak pergi class mcm org lain rasa risau jugak klu org order mana tau kot2 tak menjadi tp skrg aku dah ada supporter@promo yg bagus iaitu abah he..he..t.q abah yer skrg klu ibu nak beli over baru abah nak tolong carikan tp sabo dulu tunggu ibu dpt bisnes bagus baru kita beli yer.Jom kita tengok resepi Pop Cake yg marverles ni memang sedap giler you lagi ler klu yg jenis gila coklat memang sesuai sgt lah.abah pun suka mkn pop cake ni.

Quote:

POPCAKE SERI KELAKAR.
copy http://pertmuffin.blogspot.com/2010/04/pop-cakes-resepi.html

Bahan :

1) 1 roll swiss roll (ibu guna cc coklat moist cake dlm 10 biji)
2) 150g cream cheese
3) 50g icing sugar
4) Compound Dark chocolate - pakai brand Beryls lebih sedap
5) White Chocolate + strawberry emulco + fresh cream (fresh cream sikit je.. ala2 nak buat ganache tapi jangan cair)

Cara :

Pukul cream cheese + icing sugar.
Ramas swiss roll sampai hancur dan masukkan cream cheese tadi.
Gaul sebati dan bulat2 kan sebesar saiz ping pong.
Kemudian masukkan dalam petiais at least 2 jam..

Cairkan dark coklat (steam bath).
Cairkan white chocolate + cream + emulco - masukkan dalam piping bag utk hiasan.

Bila pop cake dah keras - celupkan dalam dark chocolate. Buat sampai habis.
Masukkan dalam peti ais sebentar sebelum di hias
.

Kat bawah ni pulak order minggu lepas.

500 pcs CC utk majlis sambut menantu.


ni pulak order yg mengejut dr kak nani.kul 6.45 pg subuh2 ari dia cal ckp nak tempah puding belang2 katanya.aku memang tau ler dia nak gi meminang utk anak sedara tp tak tau pulak puding ni salah satu utk hantaran jd aku bg pun duk dlm loyang mcm tu aje.sib baik dia org sendiri yg hias2 utk hantaran tu tp aku tak puas hati sbb coraknya tak cantik.aku terima order ni pun sbb brg2 semua dah ada klu nak gi beli memang aku tolak ler lagi pun ari ni aku nak gi 2 kenduri yg last n3 tu.cuma pikir tak susah nak buat jd on ajelah.t.q yer kak nani yg sudi order mcm2 sgn aku blh dikatakan tiap2 minggu ada aje yg dia nak order.

ok bye..bye..klu sesapa nak buat tempahan blh hubungi IDA 019-9543616


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net