SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 19-Jul-2010 01:47 Email | Share | | Bookmark
AVOCADO,KUEH LAPIS KACANG MERAH,UDANG ASAM DAN KARIPAP PUSING

 
 
 
View all 12 photos...
Salam...

Moody monday ke?lebih kurang mcm tu lah klu start keje sama lah dgn aku ni cuti ari ahad aje lg tak rasa cutinya tp kenalah ikut peraturan gak klu tak mau org suruh cuti panjang.Kita tak yah citer pjg2 lah ni nak tunjuk menu baru utk avocado yg skrg ni sedang masak ranun kat umah makcik aje kat PJ nun.Avocado ni cuma setahun sekali aje musim nya jd kebetulan aku pergi minggu lepas ada byk buah yg dah nak masak.Jd aku pun ambik ler 5 biji(tamak tul aku ni entah bila nak mkn nya)Blk aje dr PJ terus aku masuk bakul bg masak sendiri lepas tu mcm ingat2 lupa pulak sehinggalah madiha tanya(he..he..kak long klu tak tanya ari tu mesti buah tu dah busuk tau)blk umah aku tengok semua dah masak jd cepat2 masuk peti.Sambil2 dlm kepala pikir nak buat apa buah tu.mkn dgn susu dah mkn dgn ice cream pun dah lepas tu nampak lak santan utk wat seri muka(ni kali ke 2 aku buat dlm masa 3 hari sbb nya suka sgt dgn kueh ni)jd aku ambik sikit santan tu utk mkn dgn avocado ni dan sememang nya sedap gilerrrr...



1 biji buah avocado potong dadu
1/2 cawan santan nak sedap perah sendiri
1 sudu kecil gula
sedikit garam klu suka lemak2 lebihkan sikit garamnya

santan+gula+garam di kacau sehingga larut kemudian tuang ke atas avocado dan jemputlah mkn

Klu nak tau sedap ke tidak cubalah sendiri dan anda akan menikmatinya he..he..


ni ler kueh seri muka yg kureng warna hijau nya tp tetap sedap di mulut ku.


Kueh lapis kacang merah.Sejak dua menjak ni aku ni terlebih rajin buat kueh yg kenis kukus2 ni jd duk merayau2 teringat kat kueh ni jd aku pun mencubalah.Tp bg aku rasa tak suka sgt rasanya mcm tak berapa kena kacang merah mkn dgn kueh lapis tp ari tu pisang mkn dgn kueh lapis sedap pulak.

Quote:

KUEH LAPIS PES KACANG MERAH
Source : my resepi (copy from ayu http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/)
copy mamawandiha.fotopages.

Ingredients:-(27cm tray- I used 26cm)

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200ml santan
sedikit garam
3/4 cawan gula-saya gunakan 1/2 cawan saja kerana pes kacang dah manis
400 gram pes kacang merah
pewarna merah dan kuning star brand
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa

Method:-
1. Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air.
Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.
3. Panaskan periuk pengukus & biar cukup panas. Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti. Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
4. Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya.
5. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.
6. Tunggu hingga BETUL2 SEJUK barulah dipotong.





Kueh gulung atas permintaan abah.klu tak silap aku buat ari khamis lepas kot buat mkn mlm(ada ke mkn mlm kueh)Bkn apa abah sejak dua menjak ni dah tak nak mkn kat kedai katanya kedai masak seme tak sedap jd dia lebih rela tak mkn dan bini dia ni kerana kesian setiap ari mesti ada kueh ke nasi ke utk mkn lepas abis niaga.Dlm2 kesian tu membebel gak sbb abah ni klu tak mkn mulalah angin dan hanging dah tu sakit kepala tu yg nak tak nak buat jugak lah walaupun kadang2 terkejar2 masak blk kejenya.nak mkn sup ari2 dah tak lalu dah.Resepi kueh gulung tu tak yah lah kan sbb bancuhan nya lebih kurang dgn roti jala aje.


Dah mula nak berjinak 2 dgn masakan ala nyonya pulak aku ni.Udang goreng asam ni aku masak lepas blk klinik minggu lepas.Kembar demam jd ibu kena ambik cuti pastu kenalah masak jd abah aku masak kari ayam utk kembar aku masak udang ni sbb adik kan suka mkn udang tp org dah sakit mknnya sikit aje ibu dia aje yg byk mknnya.Best udang ni sbb ada rasa masam2 sikit

Quote:

copy mat gebu

UDANG GORENG ASAM
Bahan-Bahannya:-
500 g udang sederhana besar
2 camca besar asam jawa
1/2 camca teh garam
2 camca besar gula
1 camca teh serbuk lada sulah
2 camca teh kicap pekat
2 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
8 camca besar air

Cara membuatnya:-
Bersihkan udang, tapi jgn buat kulit, cuma gunting hujung kepala dan buang kotorannya. Tabur garam dan perap 10 minit, kemudian cuci dan toskan.
Asam jawa dicampur dengan 8 camca besar air, ramas hingga sebati dan tapis jusnya. Campur dengan semua bahan lain. Kacau rata. Gaul dengan udang yang ditoskan tadi dan perap 1 jam hingga 1 1/2 jam dalam peti sejuk.
Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali. Biarkan minyak betul2 panas dan masukkan udang seta bahan2 perap tadi (berhati2 ketika memasukkan udang ke dalam kuali!!). Kacau goreng untuk 1 minit dan kecilkan api, biar udang masak hingga bahan perap menjadi pekat dan bersalut pada udang.
Kemudian angkat dan toskan lebihan minyaknya. Alih ke dalam bekas sesuai dan boleh dihidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man...



Ptg khamis tu pulak lepas dah siap2 mkn aku pun mula buat karipap pusing lg sbb ari tu tak cukup jd nak mencuba resepi lain lg.Aku pun ambik dr blog hana.ok jugak tp aku suka lg karipap pusing yg sebelum ni lagi rangup walaupun sampai ke esokan hari ini bila dah sejuk dah rasa lemau sikit.Apa pun sedap jugak


Quote:

KARIPAP PUSING
HANA
Bahan-bahan
*Doh berminyak*
150 gm (margerin + crisco)... gantikan butter dan crisco pun boleh ikut suka ataupun snowbrand shorterning atau2 apa jenis minyak sayur..
300 gm tepung gandum
*Doh biasa*
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )
Cara-cara
Step 1 : margerine + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat. Uli doh sampai seolah2 berminyak. Klu penat nak uli yg doh besar uli yg kecik2 lg cepat. Klu tak uli dgn betul nanti doh seolah2 pecah tu bila goreng nanti doh karipap jd mcm berderai. Jadikan kepada 8 doh.
Step 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam : uli hingga licin juga ikut spt step 1 dan bhgkan kpd 8 doh.
Step 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar.
Step 4 : Canaikan doh tersebut hingga nipis saiz seperti saiz roti canai segera tu. Ingat2 jangan tekan kuat sgt nanti doh melekat pd papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian golong seperti menggulung tikar.
Step 5 : Ambil doh golong tikar tu dan canai lg hingga nipis dan berhati2 sms mencanai nih... biarkan btknya lonjong kemudian golong semula spt gulungan tikar. Sbnrnya kalau lg panjang lg bagus sbb nanti nampak lg byk jalur.
Step 6 : Doh yg telah di gulung kemudian di potong kpd 4 bhgn. Ikut suka masing2 nak besar saiz karipap tu mcm mana. Masukkan inti dan kelim karipap seperti biasa. Goreng hingga keemasan. Siap dihidang.


Ok bye..bye..


Saturday, 17-Jul-2010 03:36 Email | Share | | Bookmark
PAIN AU LAIT,KUEH SERI MUKA & SAMBAL IKAN BAKAR

 
 
 
View all 4 photos...
Salam di hujung minggu..

Org lain best2 duk lepak dan bergumbira aku pulak duk kat opis nak wat cam mana dah opis ni cuti ari ahad aje nya,nak duit terima seadanya lah(mcm sedih sgt bunyinya)sambungan dr masak2 minggu lepas.Petang ahad lepas pulak aku buat kueh seri muka kegemaran abah ni.Abah ni memang suka sgt dgn kueh jd di sebabkan masa ms wong pergi jln2 kat hadyai dan dia ada belikan aku beras pulut jd aku pun nak lah try beras pulut dr thai ni bese beras dr sana memang cantik.Aku pun buka lah tengok memang cantik langsung takde beras jemuh/beras biasa.Klu beli pulut kat sini mesti ada campur beras lain tu bila masak pulut jd keras.Bila abah nak turun ke gerai aku pun apa lg mulalah mengukus pulut(masa ni lah kakak jatuhnya)dlm duk kelam kelibut tu dgn nak gi besday anak jiran nya akhirnya masak jugak kueh seri muka.mari kita tengok resepi yg aku ambik dr fp kak liza,t.q kak liza yg selalu share resepi yg betul2 kena sukatannya dan sgt2 sedap ni.


Quote:


KUEH SERIMUKA

Lapisan Bawah:
2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran 8 inic.
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
2 cawan santan pekat
1/2 cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 s/b tepung gandum
3 s/b tepung kastad
1 biji telur
1 s/t garam


Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.

NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..


Duk tengok cik puan hana layan roti sbb katanya beras kat umah dah abis,sib baik tepung ada yer klu idak mkn sayur aje kot.Aku tengok mcm sedap aje jd nak try jugak tp aku ounye versi kelabu asap sbb akugi letak susu coklat dah takde stok susu biasa susu coklat pun jd lah dan kerana nak buat jugak roti ni yis yg tinggal seciput tu membuatkan roti aku lambat naik lepas tu simpan punya simpan last2 dak kembang semangkuk hah tu pasal lah ropanya sebegitu.

Quote:

Pain Au Lait ( Delicious Milk Bread)
copy hanamemories.blogspot
sumber dailydelicious.blogspot.com

Bahan-bahan
•230g tepung gandum
•60g tepung roti
•125g susu segar
•4g yis kering
•50g telur (1 biji)
•38g gula
•5g garam
•63g butter
•Gula kasar
Cara-cara (Kaedah Breadmaker)
•Masukkan susu, garam dan gula ke dalam breadmaker. Masukkan juga telur. Kemudian tepung dan yis.
•Setting menu Dough dan ONkan.
•Bila adunan doh telah sebati, masukkan butter dan biarkan breadmaker terus menguli sehingga habis lebih kurang 11/2 jam sehingga kembang.
•Bahagi2kan doh kepada 10 ketul dan rehatkan lebih kurang 15minit.
•Ambil sebiji dan canai membentuk circle atau oval, lebih kurang 8 cm. Gulungkan doh dan cantumkan. (rujuk step by Pook)
•Tutup doh dan biarkan naik sekali ganda lagik lebih kurang 30-40 minit.
•Sebelum bakar, sapukan doh dengan campuran telur dan susu segar serta madu setitik. Kemudian guntingkan sedikit atas permukaan roti.Tabur gula.
•Bakar suhu 170-180 selama 10-15min atau hingga keperangan.
•Angkat dan sejukkan di atas redai.


Ini mulut mengidam nak mkn ikan pari bakar jd aku siap2 pesan dgn abah gi pasar belikan ikan pari.mula2 nak bakar kosong aje tp abah request nak letak sambal jd aku pun pikir2 lah sambal ikan bakar yg biasanya ada org jual siap klu kat kampung aku kat ganu ni tp KL mana ada sambal ikan bakar ni jd nak kena wat sendiri lah.Duk ingat2 lupa rasanya tp cuba2 menjadi jugak dan best rupanya he..he..masuk bakul angkat sendiri.Cuma ikan pari aku kat bawah tu dah terlebih sambal tu pasal tak nampak rupa ikan pari ni.Klu ikut sukatan bahan2 ni blh lah bakar 3 ekor ikan yg saiz sedan.Jd klu sesapa teringin nak rasa jgn malu2 jgn segan2 cubalah try test he..he..

Quote:

SAMBAL IKAN BAKAR

Bahan-bahan A
1 senduk cili kering kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bwg putih
sehiris lengkuas
3 btg serai
gula dan garam secukupnya

Bahan B
1 sudu pes tom yam

minyak utk tumis

Cara-cara
Kisar semua bahan A kecuali garam dan gula.Panas kan minyak kemudian tumis bahan2 A dan masukkan gula serta garam bila dah garing masukkan pes tom yam masak sekejap dan boleh lah tutup api kemudian sapukan pd ikan yg hendak dibakar.Sambal ni boleh di simpan lama jika betul2 kering masak nya.


Ok bye..bye..


Friday, 16-Jul-2010 01:18 Email | Share | | Bookmark
PAU AYAM,NASI MINYAK DAN ROTI JALA

 
 
 
View all 6 photos...
Salam...

Hari ni nak update menu hari sabtu minggu lepas,minggu rajin seduania kih...kih..entah lah mood nak masak aje minggu ni.Dah tu aku terpikat dgn resepi2 chef hanieliza yg memang mudah dan senang utk dibuat jd klu sape2 rasa baru nak belajar masak mesti cari chef hanieliza hai beruntung lah anak menantu kak liza ni yer.aku ni selalu blk kg tp tak berkesempatan lg nak berkenalan dgn kak liza padahal duk satu kg(tak lah sekampung tp dekat lah he..he..cuma tempat kak liza selalu buat class tu memang dekat dgn umah mama tak sampai 10 min pun klu naik kete )Jom tengok resepi sarapan dulu.Aku dah lama nak mkn pau ayam ni.klu beli mesti mkn tak puas ari tu masa blk kg aku ada singgah kat R&R dah tu beli lah pau ayam tp tak cukup sbb abah pun mkn kembar pun mkn padahal baru aje lepas mkn tu yg rasa nak buat sendiri.Jd aku layan kat dapur kak liza ni.cuma tak puas hati sikit sbb tak berapa gebu mcm pau2 sblm ni mgkin masalah teknikal.Pau ni buat dua versi inti kacang merah dan inti ayam.klu ada daun bawang tu inti ayam yg takde tu inti kacang.ingat nak ambik gambar yg ada ini tp langsung terlupa sbb duk sibuk nak masak utk mkn tgh hari pulak.

Quote:


KUEH PAU AYAM

bahan.
500 gm tepung pau atau tepung gandum (ibu guna tepung gandum aje)
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan


Inti Ayam

Bahan
300 gm isi ayam [potong dadu kecil]
3 biji kentang [dadu kecil]
1 batang lobak merah kecil [potong dadu kecil]
2 s/b serbuk kari ayam (agak pedas lah bg ibu lain kali letak 1 sudu dah cukup)
1 cawan air
garam
gula
daun sup [racik kasar]

Bahan tumis
minyak
1 ulas bawang putih [hiris]
3 ulas bawang merah [hiris]

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air, isi ayam dan kacau rata.
3. Masukkan kentang, carrot, garam dan air.
4. Biarkan mendih dan pekat.
5. Bila telah lembut dan pekat boleh masukkan inti dalam mangkuk


Ni lah menu mkn lunch kami tu.Sbb nak abis kan beras basmathi yg ada belen 2 1/2 pot tu takut lama2 nanti rosak jd masak nasi minyak ni.sukatan tu aku ejas ler sbb kak liza masak 1 kg(dr dapur kak liza lagik) Sedap tau nasi ni kena dgn selera kami abah pun mkn banyak.Kes ni gi gather2 dgn madiha kami mkn lunch ni kul 11.30 pg punya lah awal.Lauk nya aku masak gulai tulang mcm resepi yg lepas jd aku takde lah letak resepi yer.pastu tambah sikit dgn acar buah tu.T.Q kak liza dgn resepi2 ni yer

Quote:

NASI MINYAK
copy chef hanieliza

Bahan A
1 kg beras bathmati
3 sudu besar minyak sapi
1 liter air
1/2 cawan susu cair ] bancuh
1/2 cawan air ]
50 gm daun ketumbar ] potong pendek
50 gm daun pudina ]
1 cawan kismis kuning
1 sudu besar perwarna kuning dibancuh dgn 1/2 cawan air
garam secukupnya

Bahan B
3 ulas bawang merah ] hiriskan
3 cm halia ]
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga



Cara
1. Beras dibasuh dan rendamkan selama 30 minit. Tapiskan.
2. Masukkan semua bahan B dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan beras, kismis, daun ketumbar dan daun pudina.
4. Biarkan nasi masak saperti biasa.
5. Bila telah masak siramkan bancuhan susu cair.
6. Curahkan bancuhan pewarna kuning keatas nasi pada 3 tompok yang berasingan.
7. Masakkan lagi sehingga nampak nasi cantik.
8. Gemburkan nasi perlahan-lahan dan hidangkan.





Disbbkan gulai daging tu masih ada baki lagi jd esoknya hari ahad aku buat roti jala ni resepi dr madiha (ni kes jeles tgk dia asyik menjala aje)tp roti jala ku tak menjadi bkn salah resepi tp aku yg tak pandai kot.tp memang sedap mkn dgn kuah gulai ni klu kena dgn kuah kari lg ngam.sbb aku buat satu adunan jd ptg nya aku masak kuah durian tp lupa nak ambik gambar lg pun kuah durian tu sikit pun aku tak mkn seme aku bg kat org takut nak simpan kat umah nanti abah bising busuk bau durian,hai payah tul lah.Lain kali aku nak cuba menjala lagi memang tak puas hati ni.

Quote:


ROTI JALA
copy madiha

Bahan2
3 cawan tepung gandum
3 ½ cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
sedikit garam
sedikit minyak / marjerin (utk sapu pd kuali jika guna kuali biasa ~ lebih mudah guna non stick pan)


Cara2nya
1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak/ marjerin pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai laju2 ke dalam kuali menjadi seperti jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak & nampak agak garing di sebelah bawahnya. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut sesukaan anda.
5. Buat hingga habis. (tak perlu lengser minyak/marjerin setiap kali nak kirai roti jala.. lengserkan sekali sekala saja kerana dah ada marjerin dlm adunan... jika guna non stick pan lagi senang )
6. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan.. mesti sentiasa dikacau2 adunan terlebih dahulu supaya sebati semula daripada proses mendapan semasa menunggu roti jala masak .
7. Hidangkan bersama kuah kari, rendang, serawa durian atau apa2 saja kuah kegemaran anda



Ok cukup utk ari ni.smlm aku cuti bwk kembar gi klinik.Kembar demam bila nurse tanya dah berapa hari demam aku ckp lah 3 hari dah tu kena ambik darah bila keluar result kena ambik darah lg tp dua2 sblm tu kakak aje tp kali ni adik pun kena sbb doc nak tengok takut ada thalasemia krn darah kakak kurang sgt adik kena ambik jugak sbb dia org kan kembar so takut ada terkena jugak.Tp punya lah susah nak ambik darah adik sampai berguling2 atas lantai pastu nurse bungkus dgn kain di terajang nya dah tu biarkan dulu ambik darah kakak tp kesian aku tengok kakak darahnya susah sgt nak keluar sikit2 aje sib baik darah yg mula2 ambik tu ada lg jd guna nak tu aje lah(memang betul2 kekurangan darah kakak ni) yg adik tu nurse bungkus lg masa tengah ambik darah tu adik sempat gigit tangan nurse tu menjerit nurse.ganas betul adik ni.adik menjerit satu klinik boleh dgr susah betul anak rimau ni.sure besar nanti takde sape berani nak buli.Kena tunggu 2 @ 3 bln lg baru keluar result harap2 takde apa2 lah.risau jugak.
Kawan2 ada sesape tau klu budak2 nak bg mkn apa utk tambah darah sbb kakak ni jenis cerewet betul nak mkn klu aku masak lauk apa2 dia cuma tau mkn kuah dgn nasi aje lauk2 tu seme tak nak.


Wednesday, 14-Jul-2010 04:44 Email | Share | | Bookmark
KUEH LAPIS PISANG & ACAR BUAH

 
 
 
View all 4 photos...
Salam..

Aku ni mcm dah terlebih rajin pulak duk ari2 masuk n3 bkn apa nal clear kan gambar xperimen minggu lepas ni.nanti kan terlupa pulak dah buat ke belum xperimennya.he..he..mula2 aku buat kueh lapis pisang ni(ni pun pisang org bg belen buat muffin ari tu) memang sedap giler kueh lapis pisang ni sepiring tu aku makan sekali hadap aje memang sgt lazat dan yummy..abah mkn sampai takde bunyi sedar2 dah licin..ingat blk keje nak mkn lagi sekali tengok tinggal loyang aje hu..hu..nampaknya nak kena wat lagi ni.Lagi satu nak bg tau utk sape2 yg tak pernah masak kueh lapis(mcm aku ler ni) elok sgt lah ikut resepi ni confirm jadik punya tak akan menyesal he..he..promo abis.Aku mula2 tengok kat umah kak CT klu tak silap lepas jumpa pulak kat dapur madiha lepas tu aku pulak lak cuba dan skrg aku rasa memang dah ramai mencuba kueh lapis pisang ni.

Quote:

KUIH LAPIS PISANG
Sumber : Chef Hanieliza (madiha copy dari blog Ummi Zaihadi lepas tu ibu copy dr madiha pulak t.q yer)

Bahan A:-
2 cawan santan (ibu guna 1 kotak kecik santan + 1 cawan susu low fat kes takde stok santan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan ke 2/3 cwn ibu sukatan madiha)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung
1 sudu teh garam

Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning

Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah dan biru

Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar)
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
1. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
2. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B). (MaDiHaA akhiri dengan lapisan adunan A (warna merah).
3. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
4. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.


Aku ni memang jenis tak suka sgt mkn acar buah ni klu dulu bila org pelawa aje mesti aku angkat tangan dulu sbb tak suka.mcm rasa pelik pulak mkn nasi dgn jeruk2 mcm ni tp entah mcm mana bila aku duk meronda kat fp chef hanieliza ni aku tiba2 nak mencuba.Lagi pun buat acar ni sbb nak lawan dgn nasi minyak dan gulai daging yg aku masak ari sabtu lepas.Jd nya blk keje ari jumaat tu aku pun gi ler cari bahan2nya tp takde byk sgt jeruk cuma aku letak kismis,prune,jeruk limau dgn asam boi,kurma(kecur air liur pulak) .Mlm tu blk dr gerai aku pun mula lah beroperasi kat dapur abah lak duk ingat aku nak wat sambal nasi lemak he..he..aku suka kelentong klu nak masak pelik2 sikit malas nak dengar dia punya komen ler.Jom tengok resepi yg aku rasa memang sedap you bila mkn dgn nasi ni klu dulu aku tak suka skrg dah jatuh centa ooo


Quote:


ACAR BUAH

Bahan
500 gm buah campur [kismis hitam/kuning,prune,aprikot,mangga jeruk,kurma & lobak asin..potong kecil]
~rasanya bahan2 kat bawah ni lagi sesuai klu letak 1 kg buah2 jeruk dan campuran

sedikit cili api jeruk [jika suka] tak letak sbb cili kering tu dah pedas
belimbing kecut [belimbing yg telah dijerukkan dn di jemur sampai kecut] tak letak jugak sbb takde
jeruk limau

Bahan Mesin Halus
500 gm bawang kecil
10 ulas bawang putih
10 cm halia
100 gm cili kering
3 s/b rempah kari ikan [goreng tanpa minyak]

500 gm minyak
500 gm gula pasir
1 botol kecil cuka
1/2 cawan bijan [goreng tanpa minyak]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan sehingga wangi,garing dan naik minyak.
2. Masukkan gula dan cuka dan biarkan reneh sehingga naik minyak lagi.
3. Masukkan semua buah campur & cili api jeruk dan masakkan lagi sehingga naik minyak dan pekat.
4. Sejukkan baru dimasukkan dalam bekas kering.
5. Bila nak hidangkan baru taburkan bijan tadi.




Ini projek ayam bakar guna sos peri2 nandos + mustad+halia+bawang putih+gula dan garam perap ler berapa lama pun tp mesti simpan dlm peti yer klu tak busuk pulak.nak mkn bakar aje senang citer.

ok bye..bye...


Tuesday, 13-Jul-2010 05:57 Email | Share | | Bookmark
CAKE DEVIL'S & POTATO GNOCCHI

 
 
 
View all 6 photos...
Salam..

Aku tengok ramai sgt dah try kek setan ni jd aku pun nak gak rasa kek setan ni tp tak mau ler jd setan.Aku tengok kak nor secubit garam buat cantik aje tp aku sememeh.Kek ni idak ler besor mana jd utk family kecik mcm aku ni sesuai ler kek kecik gini.rasa nya ala2 brownies sikit sebab agak padat tak mcm kek biasa yg gebu tu.utk aku buat masa sekarang ni kureng sikit sbb aku memang suka kek yg gebu tp utk abah memang sesuai lah kot sbb aku tengok asyik dia aje yg mkn dr kat umah sampai kat gerai dah tu esok nya buka peti cari lagi kek tu nak buat sarapan sbb aku kureng jd ada lah lg stok dlm peti aku pun tak bg sape2.Sebelum ni pun Koi pun ada gak buat utk mkn2 sempena besdaynya.Jom layan resepi


Quote:


DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
sumber: Ayu S'pore
copy kak nor trg

Ingredients:-
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup ikut ayu punya sukatan
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe)ibu guna yogart
1/2 cup warm water

Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked

Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.

Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.
Sources:-From cupcakeschek.blogspot.com

note dr kak nor

# Kalau sapa2 nak buat satu adunan pastikan guna loyang yg lebih kecil dr 8" x 8"


Ni pulak masa kes gila kentang ari tu selain aku buat korokke aku buat gak potato gnocchi tp tak sempat masak semua yelah dah byk sgt nak masak nya.jd aku buat potato gnocchi tu dulu lepas tu simpan dlm peti 2 lepas tu baru masak sos bolognaise tu.memang sedap giler walaupun rupanya tak cantik.kembar mkn sampai menambah tp tambah sos aje sbb gnocchi tu ibu dia buat besar sgt org buat comel2 aje ni kes nak cepat siap buat besar2.Mari kita layan resepi pulak jd klu rasa nak try apa2 resepi berasaskan kentang blh cuba ini resepi yer.t.q mamafami yg sudi syer resepi.memang marveles sgt

Quote:

POTATO GNOCCHI WITH BOLOGNAISE SAUCE
Source : Auntie Umi Kal

Ingredients for Gnocchi :

1 kg potatoes
30 g butter
2 cups plain flour
2 eggs beaten
Parmesan cheese - grated

Method :

1. Peel potatoes and diced. Boil in a covered pot till tender. Drain and mash until smooth.
2. Stir in butter, eggs and flour. Set aside to cool.
3. Turn the cooled dough onto floured surface and divide into two portions.
4. Roll the dough into along sausage shape. Cut to 1/2 inch size dough.
5. Press with the back of a fork to give it the traditional gnocchi pattern.
6. Bring water to boil in a large pot. Add gnocchi and cook till the pieces rise to the surface.
7. Using slotted spoon, drain the gnocchi. Place in the serving bowls.
8. Pour the sauce on top and sprinkle some freshly grated Parmesan Cheese. Enjoy.

My Bolognaise Sauce

Olive oil
4 garlics ~ chopped
1 onion ~ diced
4 pieces beef burger ~ thawed and crumbled
2 large tomatoes ~ diced
Kimball Spagetti Sauce
Dried sweet basil
Red, yellow and green capsicum ~ diced
Sugar
Salt

Method :

1. Heat olive oil in a pot. Add chopped garlic and fry till golden brown.
2. Add in diced onion and still till translucent.
3. Add in beef burger and stir till half cooked.
4. Add in diced tomatoes. Stir and put on the pot's lid. Leave to cook.
5. Add in the Kimball Spagetti Sauce, salt, sugar, sweet basil and capsicums.
6. Let the sauce simmer for another 5 minutes, covered.
7. Remove from heat and ready to serve with gnocchi.

Note:
Utk dpt gnocchi yg lembut mesti rebus lama sikit jgn dah timbul lepas tu angkat sbb rasanya akan keras sikit jika rebus lama lembut aje masuk mulutnya he..he..


Ini pulak order dr kak nani minggu lepas utk bawak gi surau

banana cake

30 biji tat telur

ok bye..


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net