SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Saturday, 18-Sep-2010 08:51 Email | Share | | Bookmark
CERITA SEBELUM RAYA

 
 
 
View all 19 photos...
Salam Aidilfitri buat semua teman

Agak lama sangat dah tak update Fp ni nak kata busy tak busy pun sbb seminggu tak masuk opis isnin ni baru nak masuk he..he..mcm sakan raya kan takdelah kembar takde sape nak jaga nursery tutup jd ibu nya kena lah berkorban jaga kembar ambik cuti.semenjak dua menjak ni memang malas nak update dgn kepala ni duk ting tong aje dgn kemba pun demam masak pun malas sib baik ada gak tukang masak lain kay umah ni jd aku leh ler duk relax sikit kih..kih..tp sehari aje lepas tu duk order kat dapur mamak aje.Dah lah mari tengok gambar yg dah lapuk ni.cerita buka posa 3 minggu lepas sbb sibuk sblm blk cuti tu pasal gambar ni tak sempat nak publish.Gambar yg ada ni dr kamera lily aku pun hp tak cantik klu ambik gambar cahaya suam2 kuku tu yg gambar byk gambar lily.t.q lily dan gambar ni gak sbg kenangan dgn lily sbb lily dah resign last aku jumpa 30 ogos.Lily terpaksa resign sbb nak jaga emak dia yg sakit moga emak lily cepat sembuh.Jom tengok gambar2 yg tak seberapa ni














VERSI KUEH RAYA TAHUN NI
Takde masa sgt tahun ni nak siapkan byk2 kueh dan lagi satu angin 'M' memang duk bermaharajalela sgt2 tu yg duk wat byk tu aje.ada setengah tu aku dah wat sekerat jln tak abiskan sbb tak cukup masa last2 masuk cik tong baki doh tu ada ke patut org suruh berjimat aku membazir pulak.

Quote:

PEANUT BUTTER CHOC CHIPS
Cara-cara
•panaskan oven 170c(bergantung pd oven masing2)
•satukan butter,peanut butter dan gula dlm bowl.pukul sebati
•masukkan telur dan vanilla.pukul rata.
•masukkan tepung dan chocolate chips.pukul sebati.
•simpan sekejap dlm peti sejuk.
•bulat2kan susun atas baking tin.tekan dgn garfu.
•bakar 20-25min(sehingga perang)
•sejukkan atas redai kuih.simpan dlm bekas kedap udara


Bahan-bahan
•125g pure butter
•4-5 sudu makan(penuh) peanut butter
•60g gula caster
•1 1/2 cwn tepung gandum*
•1/2 cwn tepung jagung* ayak bersama
•secubit garam*
•1 biji telur(L)
•esen vanilla
•chocolate chips-ikut suka byk mana
Cara-cara
•panaskan oven 170c(bergantung pd oven masing2)
•satukan butter,peanut butter dan gula dlm bowl.pukul sebati
•masukkan telur dan vanilla.pukul rata.
•masukkan tepung dan chocolate chips.pukul sebati.
•simpan sekejap dlm peti sejuk.
•bulat2kan susun atas baking tin.tekan dgn garfu.
•bakar 20-25min(sehingga perang)
•sejukkan atas redai kuih.simpan dlm bekas kedap udara


Kek yg sedap utk sesapa yg suka kek yg jenis pound blh cuba kek ni sbb kek ni agak padat sikit.Masa tengah bakar bukan main naik lagi sekali bila dah sejuk terus mengecil jd ler leper mcm tua apa pun aku memang suka kek ni dan sememang nya aku makan sorang aje kek tu sbb org lain seme tak suka.simpan dlm peti mkn sejuk2 best

Quote:



PEACH UPSIDE DOWN CAKE
Ingredients for topping:
http://www.mykitchensnippets.com/2009/09/peach-upside-down-cake.html

4 tbsp butter
3 tbsp brown sugar
3 fresh peaches, peeled and sliced

I use buah peach dlm tin so skip ler yg kat atas tu

Ingredients for the cake:
1 stick of butter (1/2 cup or 113 grms)
3/4 cup sugar
2 large egg
1/2 teaspoon vanilla
1 1/2 cups flour
1 1/2 teaspoons baking powder
1/4 teaspoon salt
2 tbsp of milk
1 tsp of orange zest

1. Line and greased an 8” round pan. Prepare the topping. Melt the butter and brown sugar. Pour it to the base of baking pan. Arrange the peach slices in a circle over the base. Set it aside.
2. Pre-heat the oven to 350 degree F. Cream butter and sugar together until light and creamy. Beat in the egg one at a time until well combined.
3. Add in vanilla and orange zest. Sift flour, baking powder and salt together. Slow down the mixer and slowly add in the flour alternately with the 2 tbsp of milk. Mix until combined.
4. Spread the batter over the peaches and bake the cake for 50 minutes or until golden brown. Let cake cool in pan for 10 minutes before inverting it to a serving plate



ok..bye..


Wednesday, 8-Sep-2010 04:53 Email | Share | | Bookmark

Salam semua..

Mgkin dah ramai yg bercuti panjang utk sambut lebaran yg bakal menjelang.
Di sini aku ingin mohon maaf zahir dan batin kiranya ada salah dan silap sepanjang kewujudan fp aku ni.dan terimalah kad raya yg tak seberapa dr ku ini.ptg ni lepas abis keje aku akan blk kg ke Trg.doakan perjalanan kami agar selamat pergi dan selamat sampai



sambil2 tu dengarlah lagu raya ni


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA

maaf dipohon kerana aku tak dpt ke rumah kawan cyber buat masa skrg kerana kerja ku masih byk lagi ni..insyallah jika ada kesempatan akan ku jenguk dapur kawan2 yer


Monday, 6-Sep-2010 02:31 Email | Share | | Bookmark
MACAM-MACAM PUN ADA

 
 
 
View all 6 photos...
Salam..

Agak lama tak masuk n3 busy sikit lah nak siapkan keje sebelum aku bercuti panjang ni pun masuk n3 sbb tak mau byk sgt menu2 yg tertunggak nanti lepas raya nak masuk byk lagi gambar posing2 he..he..jd klu n3 kali ni aku masuk sekali harung jgn mare yer.ni pun kumpul 2 minggu punya menu




Quote:
STRAWBERRY JELLY BARS

sumber en.petitchef.com/recipes/jelly-hearts

Ingredients:

Base
320g digestive biscuits
160g melted butter

Filling
250g cream cheese
2 1/4 tsp gelatine powder
70g sugar
150ml hot water
1/2 tsp vanilla essence
20 medium sized strawberries

Topping (Jelly)
1 packet (170g) strawberry flavoured Jell’o
1 1/2 cups hot watr
1 1/2 cold water
Preparation:

Base
1. Crush biscuits and stir in melted butter

2. Divide and press onto the base of the try. Chill for 15mins or until needed.

3. Prick base with the back of a skewer (I used a fork) before pouring in the filling.

Filling

1. Using a small heart shaped cutter (1″) and cut hearts out of the strawberry halves.Place on a plate lined with paper towel.(Can save the rest for a smoothie!)

2. Place gelatine and sugar in a bowl.
Pour boiling water over and stir until gelatine has dissolved.
If it doesn’t dissolve completely, place this bowl over a bigger bowl filled with boiling hot water.

3. Cream the cream cheese and vanilla essence together.
Add the gelatine syrup gradually and cream until smooth.Pour into tray(s).

4. Place 20 hearts on each try, partially submerged in the cheese.
(I refrigerate the cream cheese for 15 mins before submerging the strawberries.
Just so they don’t sink in all the way).
Refrigerate until firm about 2 hours.

Topping

1. Dissolve Jell’O in boiling water. Add cold water and stir well.

2. Cool completely before pouring over the cheese filling.(Try and pour really slowly and over the strawberries instead of the cheese so that the jelly stays clear)

3. Refrigerate for at least 4 hours before serving.

ENJOY! (:

note~klu sesape yg suka jelly suak cheese memang best aku suka tp kureng sikit bab2 yg ada base tu jd lain kali klu nak buat aku nak try tak letak base pulak mesti lagi best



Quote:
ROTI LAPIS BERDAGING
copy dapurcomelku.blogspot.com
Bahan:- (6 - 8 orang)

3 biji kentang dipotong dadu
500 gm daging cincang - sy guna daging kisar jenama Ramly
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar serbuk kari (*ummi letak 2 sudu besar)-sy pun letak 2 sudu besar
3 sudu besar minyak untuk menumis
12 - 14 keping roti putih
500 ml susu segar-Ibu tukar guna santan
3 biji telor
garam secukup rasa
parutan cheese (*ummi letak mozarella cheese)- lupa nak letak he..he..
marjerin untuk melenser loyang
Cara Menyediakan:-

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga layu dan naik bau. Masukkan serbuk kari, kacau sebentar.
2. Masukkan daging cincang dan kentang. Masak hingga daging agak kering dan masukkan garam. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan. S
3. Sementara itu, satukan telor, susu dan secubit garam. Pukul hingga sebati.
4. Celupkan kesemua roti tadi dalam adunan susu. Ramas-ramaskan kesemua roti hingga hancur dan bahagikan kepada 3 bahagian.
5. Lenserkan margerin pada bekas tahan panas (*ummi guna loyang bulat 8 inci - agak penuh, elok guna yang besar sikit lagi).
6. Masukkan 1/3 bahagian roti tadi, ratakan. Kemudian masukkan 1/2 inti daging tadi, ratakan.
7. Kemudian masukkan lagi bahagian roti hancur tadi. Ratakan dan masukkan baki inti daging tadi dan ratakan jugak.
8. Akhir sekali tutup dengan baki akhir 1/3 roti. Taburkan parutan cheese.
9. Bakar dengan api sederhana (*ummi set 160C) selama 30 - 45 minit/hingga lidi yang dicucuk tidak melekat

Note~roti ni aku rasa sesuai utk buat bekpes lah mkn cicah sos cili




Quote:
EPOK-EPOK SAYUR~ Source : Bro Rozzan

Kulitnya
1kg tepung gandum
2 sudu besar (bumbung) minyak sapi
120 ml minyak masak
350 ml air hangat/panas
1½ sudu teh garam (campurkan pada air hangat/panas)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Masukkan minyak sapi dan gaul rata. Kemudian masukkan pula minyak masak dan gaul lagi. Akhir sekali masukkan air hangat sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Setelah itu, buatlah bebola-bebola kecil mengikut saiz yg anda suka. Kemudian canai nipis dan isikan dgn inti sayur dan kelimlah dgn rapi dan kemas. Goreng dgn minyak yg mencukupi dgn api yg sederhana panas sehingga kekuningan. Hidangkan dgn sambal cuka.

Inti Sayur
3-4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 btg kecil cili merah
3 sudu besar udang kering (rendam)
(Kesemua bahan di atas di tumbuk/kisar halus)

400 gm taugeh (bersihkan, kalau rajin buang ‘ekor’nya)
1 biji sederhana sengkuang (hiris seperti lidi mancis)
½ batang lobak merah (hiris seperti lidi mancis)
sedikit daun sup/bawang
garam secukup rasa
secukup minyak utk menumis (kira-kira 3 sudu besar)

Cara:
Panaskan minyak dlm kuali lalu tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau rata dan biarkan sebentar sehingga separuh masak. Kemudian masukkan taugeh dan garam. Kacau sebentar sehingga rata. Jangan terlalu lama agar taugeh tidak terlalu layu. Akhir sekali bubuh daun sup/bawang. Gaul dan matikan api. Sejukkan dahulu sebelum digunakan.

Sambal Cuka
10 sudu besar (bumbung) cili kering kisar
4 ulas bawang putih (tumbuk)
2-2½ cawan air
1 sudu teh garam
3 sudu besar cuka
4 sudu besar gula pasir

Cara:
Satukan semua bahan dan masaklah di atas api yg sederhana sehingga mendidih. Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda. Tambah dan kurangkanlah apa yg perlu. Bagi anda yg tak boleh makan cuka, tukarkan dgn air asam atau sos tomato

Note~epok2 ni ala2 mcm mkn popia pun ada tp memang sedap klu sape2 suka mkn sayur

.


Quote:
YOGURT FRIED CHICKEN by Love



Bahan-bahan
* Bahan (A)
* 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong. Toskan air berlebihan. Pastikan isi ayam betul2 kering.
* 1 cwn/250ml plain yogurt
* 6 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
* 2 inci halia ~ ditumbuk halus
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- ltk serbuk kari
* garam secukup rasa
* 2 tangkai daun kari
* Bahan (B)
* 1.5 cwn tepung gandum (boleh tambah sedikit tepung beras bersama)
* 1 sk baking powder
* 1 sb serbuk paprika
* 1 sb serbuk cayenne- pon ltk kari
* secubit garam
* -------------------------
* jus lemon (optional)
* minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Gaul sebati semua Bahan (A) dlm sebuah mangkuk. Biarkan perapan selama 2-3 jam (lagi bagus kalau semalaman).- hana buh skali jus lemon ngan bhn A tuh.
2. Dlm sebuah mangkuk yang lain, gaul bahan (B). (boleh juga menggunakan ziplock plastic bag)
3. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak betul2 panas...tapi tidak berasap.
4. Salutkan ayam dgn tepung dan gorengkan hingga masak. (jika menggunakan ziplock bag, masukkan bahan (B) dlm bag, diikuti dgn ketulan ayam yang telah diperap. Zip dan goncang).
5. Apabila ayam dah masak, angkat dan toskan minyak berlebihan.
6. Perahkan sedikit jus lemon ke atas ayam yang telah digoreng. Sedia dihidang!
7. * penggunaan paprika dan cayenne boleh dikurang/ditambah ikut citarasa

* jus lemon k.nor letak sekali dlm bahan A


Quote:

NASI LEMAK KUNING
Sumber resepimasakan.net/resepi-masakan
Bahan-bahannya:

1 cawan beras basmathi
1 cawan santan pekat
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
1 batang serai diketuk
1 helai daun pandan
1 ulas bwg putih diketuk

Cara-caranya:

Beras dibasuh dan dimasukkan ke dlm bekas tahan microwave.
Masukkan santan ke dlm beras.
Masukkan bwg putih, serai, serbuk kunyit, garam, lada hitam dan daun pandan.Kacau rata.
Masak di dlm microwave MEDIUM HIGH selama 13 minit.
Apabila sudah selesai, keluarkan nasi dan kacau sedikit dengan senduk.
Masukkan kembali ke dlm micowave dan masak lagi selama 3minit.
Enak dihidangkan bersama ayam masak merah

Note~sedap nasi lemak ni,ibu masak guna rice cooker aje




Ni menu smlm aku masak asam pedas tetel ni sbb abah duk sibuk suruh masak pdahal seumur hidup aku jgn kata nak masak mkn pun aku tak pernah tp biasalah chef kat umah tu duk ckp alah mcm masak asam pedas biasa aje jd aku pun hentam ajelah belasah aje nak resepi tunggu dulu ..tunggu rajin he..he..


Thursday, 26-Aug-2010 08:52 Email | Share | | Bookmark
APA-APA AJELAH DAH PENING NAK MASAK APA

 
 
 
View all 8 photos...
Salam ni menu sahur kami pg td dah blurr nak masak apa tak tau smlm blk keje beli ikan tengiri sekeping,udang dgn sotong tp tak tau nak masak apa.Lepas tu tengok kak dapur kak nor ada resepi sotong goreng tomyam ni apa lagi aku pun cubalah memang sedap pulak mata ngantuk masa sahur pun blh celik dpt lauk ni.T.Q yer kak nor tp kita dah ubah nama sbb kita wat campur udang+sotong.Resepinya

Quote:


SOTONG DAN UDANG GORENG TOMYAM

sumber myr copy kak nor secubit garam

Bahan2
300gm sotong yg dah dibersihkan
3 ulas bawang putih ~ diketuk
3 btg serai ~ diketuk
3 hiris lengkuas
1 sudu besar paste tomyam
2 helai daun limau purut ~ dicarik2kan
sayuran spt: carrot, putik jagung, tomato
1 labu bawang besar ` dipotong bulat
3 - 5 bj cili api (jika nak lebih pedas)
garam dan gula
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi.
Masukkan sotong dan kacau sekejap.
Masukkan lengkuas dan tomyam paste. Kacau hingga sebati.
Kemudian masukan garam dan sedikit gula. Kacau lg dan tutup kuali.
Biarkan sekejap, baru la dimasukkan sayur2. Boleh juga kalau nak guna kacang panjang dan bunga kobis. Terpulang pd citarasa masing2.
Masukkan sedikit air, supaya lauk tidak terlalu kering.
Last sekali masukkan bawang, cili api dan tomato. Kacau2 kejap, tutup api dan boleh la dihidangkan dgn nasi panas


Dah berapa hari tak buat kueh(padahal baru aje sehari tak buat)smlm lepas msk asam pedas buat lah puding yg senang ni tp yg geramnya jelly pulak takde aku ingatkan ada stok jelly kat umah rupanya stok puding bkn jelly jd terpaksalah aku gunakan agar2 strip utk buat jelly tp sememangnya sedap lah custard jelly ni lg best klu mkn yg dah sejuk dr dlm peti rasa lemak2 susu tu manis2 manja gitu.senang aje aku buat pun kejap aje blk keje msk2 buat puding ni dah kul 6.30 ptg sib baik sempat keras tp bkn mkn masa buka mkn lepas solat semua baru mkn 2nd round pulak.jom try resepi ambik dr dayang jack.t.a DJ

Quote:


Kastard Jeli
copy Dayang Jack

Bahan-bahan :
90 g Premix Crystal Jelly perisa strawberry (cap Nona)
3 cawan susu cair
3 sb gula
1-2 sb susu pekat manis
1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
1 sk esen vanilla
2 sb tepung kastard
1 sb mentega - optional

Cara-cara :
Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat.
Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian. Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi.
Sejukkan terlebih dahulu


aku ada beli ikan tenggiri sekeping ni kes tengok kat blog mat gebu lah asam pedas nyonya ni tu pasal berbuka smlm aku masak lauk ni.Maaf ler aku tak rasa sbb ada belacan(buat masa skrg ni nak pantang sikit mkn belacan tak tahan asyik nak menggaru aje)Bos mkn sorang2 sedap lah kot takde bunyi apa pun dia mkn.Resepi dr mat gebu.t.q cik mat

Quote:

ASAM PEDAS NYONYA

MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA
4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
2 kelopak sawi jeruk (optional)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnnya

BAHAN KISAR HALUS
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit hidup
1 hirisan nipis lengkuas
1/2 camca teh lada hitam biji (optional)

CARA MEMBUATNYA
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...(sesiapa nak letak serbuk perasa pun boleh



sambal udang utk kembar memang peberet dia lah

Mari kita tengok resepi yg aku masak minggu ni.Aku ni dah macam org mengidam plak.rasa nak mkn rendang tp tak mau rendang yg biasa buat tu nak lain sikit.dlm duk google tu jumpalah resepi mat gebu.apa lagi blk keje terus gi beli brg tp ada gak terlupa nak beli.kerisik....kerisik..takde dlm rendang ni tp aku tengok bos besar kat umah tu duk mkn sedap aje.katanya cukup rasa memang best dan yg pastinya dia mkn sorang aje sikit pun aku tak rasa.aku masak hari rabu mlm buat sahur khamis lepas tu hari khamis tu aku kena berbuka kat hotel anjuran opis ni jd tak mkn lagi lah buka smlm aku mkn nasi kerabu cap pasar ramadhan + ayam percik tak mkn gak.sahur pulak pg td bos mkn abis hu..hu..jom tengok resepi .aku masak setengah dr resepi

RENDANG AYAM GAHARU

Mat gebu

BAHAN-BAHANNYA
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam

BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA
Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti



Dah lama ngidam nak buat sayur ni hari rabu tu baru jd kesnya cari cendawan tak jumpa.gi Jusco baru jumpa.masa aku masuk n3 ni aku lupa mana dtg resepi ni jd ari ni aku cari2 baru jumpa kat sini
http://rabiatunsweettouch.blogspot.com/2010/08/black-mushroom-with-broccoli.html
utk sesapa yg bertanya tu resepi aku ambik dr sini lah

Black Mushroom with Broccoli Chinese Style

bahan:10 biji cendawan kering
1 tbsp tepung jagung
sedikit gula
1 tbsp kicap (ni utk perap cendawan jer, nnt kena tambah lagi bila masa memasaknya)
1/2 broccoli-diptg dan dicuci bersih

untuk kuahnya:
3 tbsp kicap manis
1 tbsp kicap masin
1/2 cawan air- (ni bergantung pada jumlah cendawan)
sedikit gula-ini aku tambah sbb aku guna kicap masim aje
Cara:
1). Rendam cendawan hingga kembang dan lembut. Buang kakinya. Basuh dan perah airnya tapi biar air tu tinggal sedikit pada cendawan. Jangan ler perah hingga kering plak.
2). Kemudian, perap cendawan dengan gula, tepung jagung dan kicap manis.
3). Rebus atau stim broccoli bersama sedikit garam. Tuang broccoli tadi ke dalam bekas berisi air sejuk .Biarkan sekejap dan toskan. Susun dalam pinggan hidang. Tabur sedikit serbuk lada putih (optional).
4). Panaskan minyak, goreng cendawan hingga wangi dan berkilat. Masukkan kicap dan air (air ni biar meliputi keseluruhan cendawan tu). Tutup kuali.
5). Didihkan dengan api perlahan (lebih kurang 1/2 jam) sehingga kuahnya pekat dan airnya kering seperti masak sayur biasa.
6). Bila sudah masak, dan kuah pekat sedikit (pekat ni ikut citarasa masing2 nak pekat camner yer) tuang kuah ke atas broccoli. Sedia di hidang

Utk sayur ni rasanya lagi sedap klu brokoli tu di gaul sekejap dlm sos tu bg rata sbb klu siram aje memang tak rasa masin lah sayur tu.si kembar lah duk mkn cendawan aje sbb cendawan tu aje yg masin


ok itu ajelah yg sempat aku masukkan ni pun dah tungang langang seme.gambar rendang dgn brocoli tu tak mau keluar pulak.geramnya lah


Monday, 23-Aug-2010 06:50 Email | Share | | Bookmark
CARA BERLAUK,PUDING AUSTRIA,AYAM HARUM THAI &AYAM BERAPI

 
 
 
View all 14 photos...
salam...
masih menu2 berbuka dan sahur dan yg penting senang nak masak sbb masa begiru mencemburui aku di bulan posa ni.cewahhh ada2 aje lah aku ni dah lah layan apa aku buat buka posa ari sabtu dgn ahad



Dah lama nak wat kueh cara berlauk ni,pinjam sarang kueh cara dgn makcik bukan main lama lagi dr belm posa sampai posa dah nak setengah bulan baru menjadi cara nya.Itu pun lauk nya aku dah masak awal2 hari simpan dlm peti he..he..bukan apa klu nak buat semua sekali harung memang tak sempat lah yelah balik keje kul 5 ptg pastu ambik budak kembar tu lagi dah kul 5.30 itu belum lagi bab2 dia org buat hal tak nak masuk kete lah tak nak balik lah nak main buai lah pendek kata memang mcm2 citer lah tong tang tong tang dah kul 6 ptg .masa ni lah baru aku nak bersilat kat dapur tu oleh kerana tu lah aku masak siap2 lauknya.resepinya aku ambik dr chef hanilieza memang menjadi lah tp lauk nya resepi aku sendiri.Aku buat kira setenagh lebih sikit dr adunan nya nak wat satu adunan mcm byk sgt tu pun aku rasa byk gak jd sempat lah aku bg kat jiran sebelah umah dah tu dia balas aku ayam bakar,ikan bakar dgn daging bakar pulak hai org memberi kita merasa lah kan.Mari tengok resepinya



KUEH CARA PEDAS/BERLAUK

sumber : Kakliza

Bahan Inti
1 cawan daging/ayam kisar
1 labu bawang besar ..potong dadu kecil
1 ulas bawng putih....cincang halus
1 s/b rempah kurma
1 s/k minyak utk tumis
garam

daun bawang.......mayang kecil ]
cili merah.......hiris halus ] hiasan

Daun pandan dipotong 2 dan carikkan sebagai berus
untukmenggris acuan kueh cara

Cara masak inti
1. Tumiskan bawang dan rempah sehingga wangi.
2. Masukkan daging/ayam & garam dan biarkan mendideh dan kering.
2. Bila telah kering..angkat dan sejukkan.

Bahan untuk adunan bater:
2 cawan tepung
1 cawan santan
2 cawan air
1 biji telur
garam
pewarna kuning

Cara membuat kueh:
1. Blendkan/gaul rata semua bahan dan tapiskan.
2. Masukkan sikit adunan dalam teko yg muncung panjang
[senang nak tuang kedalam acuan kueh cara]
3. Minyakkan acuan kueh cara dengan berus daun pandan yg disediakan
4. Tuangkan adunan
5. Masukkan sesudu kecil inti daging yg disediakan
6. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Tutupkan adunan dgn tudung
periuk kecil
7. Bila agak dah masak.. angkat dan hidangkan


Disebabkan adunan tu agak byk utk makan 2 org jd aku bahagi 2 dan satu buat cara manis dan satu lg buat cara berlauk kan senang hari tu kira 2 jenis kueh ler nampak byk sikit he..he..tak yah sibuk2 nak gi pasar ramadhan beli kueh dah.Tp sememang nya tahun ni punya posa blh kira dgn jari berapa kali kita org beli kat pasar ramadhan.Aku kira selagi aku mampu buat sendiri aku akan buat melainkan aku datang angin malas jgn kata yg susah yg senang pun aku beli aje

Inilah geng berbuka dgn kueh cara tu.Kueh teow goreng ..alamak baru perasan kueh gak lah
aku sebenarnya nak buat kueh teow resepi shieda tp kerang lak yg tak de jd letak udang aje lah tp bila letak udang abah terus letak tepi katanya malas nak kopek udang tu ,last2 masuk tong gak alahai lain kali memang tak leh letak udang dlm kueh teow klu letak kerang laju aje dia org ni yelah kerang tak yah nak kopek ke apa telan terus aje.resepinya kat bawah ni tp lain sikit sbb byk bahan takde


KUEH TEOW GORENG

copy shieda
1 bungkus k teow
2 sudu rata serbuk cili- bancuh ngan air
5 ulas bwg putih- tumbuk
udang/ kerang
2 biji telur
segenggam tauge
kucai
1/4 sudu teh minyak bijan
2 sudu kicap pekat
3 sudu kicap masin

cara:
tumis bwg putih , masukkan pes cili
kacau hingga wangi
masukkan minyak bijan dan kicap
masukkan telor yg dipukul sedikit
biarkan telor membeku sedikit sblm dikacau hancur
pastu masuk udang..biar jap 2 mnt
masukkan k teow, tauge dan kucai
kacau sebati..
(kalau kurang masin tambah kicap lg)
nk sedap lagi, tumbuk cili api + kicap..nyum2

Resepi yg best sangat dan yg penting senang sgt nak masak.Ni lauk sahur semalam ler.Mula2 aku keluarkan ayam dr tempat beku bos dah jebik dah dia ckp asyik2 ayam aje takde lauk lain ke,boring lah lepas tu aku jwb dah tu nak mkn lauk apa.ni bila org tanya ckp lauk apa2 aje dah masak byk citer pulak.(aku memang suka menjawab klu laki aku komen jgn ikut perangai aku yer he..he..)Lepas tu aku ckp cuba lah dulu mkn apa rasanya.Bos tanya ayam masak kicap ke ni?aku jwb ayam masak sos.Bila dah makan ambik kau sahur mkn nasi 2 pinggan tak hengat tu..last2suruh masak lagi utk berbuka.baru dia tau penangan bini dia ni
mari tengok resepinya


AYAM HARUM THAI

sumber noreen-homecooking.blogspot

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji capsicum - belah 4 atau potong memanjang ikut suka

bahan2 hiris:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan2 sos (disatukan):
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji perahan jus limau nipis

cara:
gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam
gorengkan sehingga garing dan ketepikanpanaskan minyak
tumiskan bahan2 hiris sehingga wangi
kemudian masukkan bahan2 sos dan kacaukan rata
masukkan serai, daun limau purut dan kacaukan rata
setelah itu masukkan pula ayam goreng dan capsicum
biarkan sebentar
padamkan api dan hidangkan

Dah byk jenis pes tom yam yg aku guna tp aku rasa ini yg paling best tp agak mahal sikit lah nak di bandingkan dgn jenis yg lain.Utk sebotol yg beratnya lebih kurang 450g ni rege nya dlm RM12++ itu aku beli kat TESCO klu beli kat JUSCO lagi mahal

Ini lah lauk atas permintaan bos masa sahur jd aku masak lagi dan aku ejas sikit bg sedap resepinya lebih kurang mcm ayam harum thai tu.Nama resepi tu bos yg bg sbb katanya rasanya sama mcm ayam berapi yg di buat oleh satu restoran yg dia biasa mkn jd aku pun letak lah nama tu sbb nak beza kan dgn ayam harum thai tu


AYAM BERAPI CHEF E


Bahan-bahan:
1 mangkuk isi ayam - potong kecil
2 batang serai - di mayang halus
4 helai daun limau purut

bahan2 hiris:

2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan2 sos :

2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sambal kicap(klu takde ambik aje cili api mayang)
1 biji perahan jus limau nipis

cara:
gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam
gorengkan sehingga garing dan ketepikanpanaskan minyak
tumiskan bahan2 hiris sehingga wangi
kemudian masukkan bahan2 sos dan kacaukan rata
masukkan serai, daun limau purut dan kacaukan rata
setelah itu masukkan pula ayam goreng biarkan sebentar
padamkan api dan hidangkan

lauk ni memang sedap klu makan dgn nasi panas2


resepi kemudian yer

Deset mat saleh sekali sekala kan.terliur tengok kat umah dayang jack lalu smlm aku pun buat lah selepas tak jd berbuka kat umah madiha.Puding ni tak manis sbb tu kena mkn dgn topping atau jem.aku suka puding ni ada rasa kacang2 sikit rasa mcm puding roti pun ada.nak buat pun senang.Aku sorang mkn abis separuh puding ni caya tak?cayalah..puding ni kecik aje sbb tu aku blh mkn setengah he..he..
mari tengok resepinya yer.sedap ni mkn sejuk2.


Puding Austria
sumber Dayang Jack

Bahan-bahan :
200 g buah-buahan campuran dlm tin yg telah disejatkan (ikut suka) - dyg guna pic, kurma dan blueberry ibu cuma guna ceri hijau dgn pic dlm tin
1 sb minyak masak sayuran/ minyak jagung -ibu guna minyak masak SAJI aje
3 biji telur (asingkan kuning dan putihnya)
80 g gula kastor -40g guna icing sugar 40g guna gula pasir
1 sk esen vanilla
1 sb tepung naik sendiri
40 g gajus goreng (ditumbuk atau dikisar) @ serbuk badam -ibu guna gajus yg tak bergoreng pun
1 sb oatmeal
125 ml susu segar -ibu guna susu cair
sedikit pewarna jika suka. (Dyg guna pes pandan 1/2 sk) -tak letak pun

Cara-cara :
Panaskan oven pd suhu 160-170C. Lengserkan mangkuk kaserol dgn mentega (dyg guna yg berukuran 5'' x 9"). Ketepikan.
Letakkan buah-buahan di dalam mangkuk kaserol.
Pukul kuning telur dan 40 g gula hingga sebati. Masukkan oat, tepung, gajus/badam, susu, esen vanilla, pewarna dan minyak masak. Kacau lagi sebati.
Di dlm mangkuk adunan yg bersih, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan 40 g gula. Pukul lagi hingga kental. Kaupbalikkan ke dalam adunan tepung tadi.
Ratakan adunan di atas buah-buahan dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.
Setelah masak, sejukkan dulu. Kemudian, keluarkan puding dengan menterbalikkannya.
Hiaslah dgn topping kesukaan jika suka


aku guna topping bluebery.


biskut samperit
nuanza
2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan marjerin- i used planta- lebey kurang 4 sudu besar
1/2 cawan gula pasir- kisar halus / 3/4 cawan gula icing
1 biji kuning telur

cara:

lenyekkan marjerin kemudian masukkan gula + telur
masukkan tepung sedikit2 dan gaul sebati...guna tgn je lg best
kalau nk wat 2 kaler, bahagi 2..boh la kaler apa nk boh
kalau tak, wat je kuning mcm biasa..
tekan guna acuan samperit
hias ngan manik atau ceri
bakar 15 mnt


ok itu aje lah bye..bye..


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net