SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Monday, 22-Mar-2010 08:38 Email | Share | | Bookmark
SEPANJANG MINGGU LEPAS

 
 
 
View all 14 photos...
Salam..

Sekarang ni dah tak leh nak update selalu lah kadang mood ada keje lak byk kadang keje tak byk mood lak tak mari dan kadang2 aku dah malas berxperimen.klu buat pun duk ulang tayang benda sama aje nanti jemu lak klu aku tayang benda yg sama kan.
Ahad lepas aku dah siap booking abah(klu tak booking nanti ada lah muka masam lak) ajak gi joging kat taman pudu ulu yg terletak kat belakang umah aje.ari2 duk lalu kat situ (sbb tu lah jln aku gi keje)masa ari sabtu tu aku tengok cuaca bagus aje.panas tak panas mendung pun tak berarak jd aku dah siap pasang angan2 dgn kembar ckp esok kita gi main kat taman tu.padahal masa tu aku nak gi keje(ni yg tak berapa semangat sikit org lain cuti ari sabtu yg aku lak kena keje)aku mcm dpt ramal esok punya cuaca mcm ari sabtu gak he..he..mcm kaji cuaca lak aku ni.Jd ari ahad tu aku pun kejut kan kembar awal2 abah dah siap awal2 lagi sementara tunggu kembar bangun abah sarapan dulu.dgn roti custard tu
jom layan gambar yg aku ambik ni bkn gi joging benornya gi layan kembar main klu ptg2 hujan lak




dah puas main nak ajak blk pulak satu hal dah kul 9 tak mau blk lagi last2 umpan ajak gi minum kedai mamak kat depan tu,itu pun blh dia ckp nanti nak gi blk main buai.hai budak ni klu terlepas kandang tak hinggat dunia tul..

Ini lak projek aku minggu lepas.aku tengok pisang ada lagi sikit yg dah lebu tu jd aku teringat lak resepi dr mat gebu jd cuba lah buat memang sedap.saiz apam ni pun takde lah besar mana tu yg aku buat tu.

Quote:

APAM PISANG
copy tiffinbiru.blogspot

Bahan-Bahannya (resipi asal boleh rujuk disini)
1 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
4 biji pisang emas, sederhana besar*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)

Cara membuatnya
Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam..


Tergoda tengok nuanza tayang tauhu bakar walaupun shieda gi mkn kat kedai aku nak cari kedai mana ada jual tauhu bakar ni setahu aku klu aku ingat pun dekat keramat tp jauh benor aku nak gi sekali dgn malas pun ada so aku blk wat sendiri guna apa yg ada kat umah


Roti ni lak aku intai kat umah umizaihadi kuantan tu.memang best aku buat ari sabtu mlm sambil2 tengok citer rawan seorg wanita kisah mak yg benci anak tu.memang sedih sgt citernya.aku buat satu adunan dan tambah sikit tepung bila aku tengok mcm lembik aje doh tu.aku buat guna custard aje tu pasal aku letak nama custard raisin.red bean paste tu ada tp ada niat lain he..he..tupasal simpan.dptlah sebanyak yg dlm loyang tu.sekali hadap sambil tengok tv dah abis 7 ketul.best mkn panas2 ni.adik pun suka tp dia kutip raisin tu aje.kakak tak sempat rasa sbb tido.balance 2 ketul lagi tu abah buat sarapan sblm gi taman pudu ulu.

Quote:


CUSTARD RAISIN& RED BEAN SWEET BUN
Resepi asal Noreen copy ummizaihadi

Bahan:-
75 gm tepung roti
75 gm tepung kek
1 camca teh yis
60 gm susu segar
1/2 biji telor
30 gm gula pasir
25 gm mentega

Bahan Kastad:-
1 cam. besar tepung kastad
1/2 cam. besar gula pasir
85 gm susu segar
10 gm mentega
1 cam. teh esen vanila

20 gm raisins/mixed fruits
1/2 biji telor untuk sapuan

Cara-Cara:-
Untuk Kastad:-

Masukkan kesemua bahan kastad ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat sedikit. Tutup api dan biarkan sejuk. Cover dengan cling film.


Untuk Bun:-
Masukkan kesemua bahan-bahan roti di dalam mixing bowl dan kacau sebati. Uli sehingga menjadi doh, elastik dan tidak melekat di tangan. (Atau kaedah lain, masukkan ke dalam bread machine, tekan setting doh, biarkan doh siap.) Setelah siap diuli, biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda dalam masa 45 minit - 1 jam. Kemudian tumbuk2 kan doh untuk keluarkan angin dan rehatkan doh 15 minit lagi. Kemudian canaikan doh menjadi bentuk "oblong" dan sapukan kastad, taburkan raisins. Gulungkan seperti swiss roll dan potong ikut suka ketebalannya..(*ummi ni ternipis sikit, lagi cantik kau tebal sikit). Susun atas pan yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi. Sapukan bun dengan telor dan bakar pada suhu 180 deg. celcius selama 15 minit/hingga masak. Setelah masak, sapukan mentega agar bun kelihatan berkilat.


Nota:- untuk red bean bun pun sama je..cuma tukar filling dalam tu, then roll red bean filling atas doh yang dicanai..gulung dan potong.

sebelum di bakar.




Nak perabis roti yg dah lama betapa atas oven tu buat lah mcm ni best gak cuma aku rasa terlebih basah lah klu ikut sukatan susu kat sini lain kali kena kurangkan sikit susu nya.

Quote:

PUDING ROTI BERKISMIS
MY RESIPI
Bahan-bahan ( 4-8 )
·500 ml Susu segar
·8 keping Roti
·* 4 sudu besar Gula halus
·* 4 sudu besar Butter
·* 2 biji Telur
·* 1 sudu tea Esen vanilla
·* 1 sudu besar Tepung Jagung
·2 sudu besar Kismis

Cara-cara
1.Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
2.Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan masukkan kedalam loyang.
3.Taburkan kismis diatas adunan tadi.
4.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
5.Hidangkan bersama ice-cream vanilla


Masa aku duk jln2 kat umah umizaihadi aku nampak dia ada wat popia lepas tu dia letak isi kat dlm tu lebih kurang mcm yg aku buat ni ler jd blk umah aku buat lah gak

Quote:


POPIA

Bahan-bahan

Kulit popia secukupnya
1 paket isi ketam/crab stik-rebus sebentar kemudian potong 2 memanjang
carrot-racik halus
sengkuang-racik halus
sedikit garam
minyak utk menggoreng

sayur di atas di gaul dgn sedikit garam kemudian bentangkan kulit popia satu keping dan letakkan isi ketam td bersama sayur kemudian gulung.kulit popia blh di lekat kan menggunakan tepung gandum yg di bancuh dgn sedikit air.bila dah siap menggulung boleh lah di goreng.siap utk di mkn.



sos

2 sudu besar gula
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar cili kisar/giling
1 sudu besar cuka jika suka masam blh tambah lagi atau blh juga gunakan asam jawa
sedikit garam
1 gelas air


Didihkan gula,gula merah bersama dgn air kemudian masukkan cili dan cuka gunakan api yg perlahan supaya sos tidak mendidih sehingga menembak keluar dr periuk.bila dah agak pekat blh lah tutup api.


Musim panas2 ni sedap klu dpt minum air mcm ni tp jgn ler selalu sgt nanti ada yg sakit perut lak.Dah lama aku duk usya resepi ni dan entah berapa kali beli ice cream soda dan tiap kali beli tu gak kena rembat dek kembar(ye ler klu dah beli satu tin mana nak cukup) krn selalu kena rembat dgn kembar aku beli pakai botol lak pastu spare 2 btl air lain utk kembar baru lah aku dpt buat air ni.kiranya klu beli yg botol tublh lah buat 2 gelas(botol kecik yer)

Quote:

LIME CRUSH
sumber mingguan wanita

Bahan-bahan
1/2 biji limau nipis-ambil jus nya
250 mlm ice cream soda
gula dan air batu secukupnya

blend semua bahan2 dia atas sedia di hidangkan


ok itu aje lah nanti klu ada masa aku masak lagi yer..he..he..skrg mood masak pun takde tak tau nape

bye..bye....


Monday, 15-Mar-2010 03:24 Email | Share | | Bookmark
BUBUR JAGUNG,PAI TEE,AYAM BAKAR BERMAYONIS DAN KEK MARBLE SUSU

 
 
 
View all 8 photos...
Salam..
ari ni tak busy leh lah aku layan tenet lebih sikit dah lama tak ronda2 umah kawan.klu bln lepas rasa mcm tak leh nak bernapas aje dah lah bln nya pendek cutinya lama keje nya sama tu yg tak sempat nak merayau-rayau jd ari ni aku nak balas dendam nak merayau umah kawan2 nak skodeng resepi mana2 yg berkenan he..he...utk menambahkan berat badan

ok kat bawah ni koleksi utk ari minggu yer.utk sesapa yg nanya satu ari semuanya ke aku masak?idak ler kita masa ari lain2 cuma kumpul utk satu n3 aje senang.Yg bubur jangung tu aku buat blk keje ari jumaat lepas sbb jagung tu aku dah buka utk wat apam blk tp apam balik tak jd so aku malas nak teruskan simpan aje dlm peti.kesian tengok tu yg blk keje aku masak bubur.cuma aku tiga beranak aje mkn bubur ni abah tak layan klu yg jenis segera2 ni.



Quote:
BUBUR JAGUNG
Bahan-bahan
1 tin jagung manis
1 kotak santan ayam brand
gula melaka/gula ikut kemanisan masing2
secubit garam
1 s/k sagu utk memekatkan

cara-cara
Cuci jagung dan tos kan.masuk kan kedlm periuk bersama santan,gula melaka dan garam.masak sehingga mendidih sambil di kacau supaya santan tak jd serawa.bila dah masak masukkan sagu kacau2 sedikit dan tutup api.sedia di hidang.blh di mkn ketika sejuk atau panas.


Pai Tee ni dah lama benor aku berangan nak mkn.tiap kali lalu dpn chicken rice shop nak gak beli tp tak beli2 last2 chicken rice shop kat K4 jln peel tu tutup. pastu tukar niat nak buat lah pulak bila tengok ummizaihadi buat thn lepas.Tp bila tiap kali aku gi Yen kat chow kit tu aku duk pandang aje dah berapa kali aku gi kejap ambik kejap letak sbb nya aku rasa mcm mahal lak.thn lepas aku tengok reganya RM12 tup tup thn ni dah naik RM12.50 jd aku pun ambik lah gak satu nak beli byk pun buat apa saje nak cuba buat bkn nak niaga tul tak?maka nya smlm pg 2 lagi aku dah cuba huh..jenuh gak nak perabih dgn kembar lagi yg kejap2 nak intai kejap2 nak tengok naik risau aku dgn takut kena minyak panas.Lepas ni klu nak buat kena tunggu kembar tido.lagipun kulit ni blh simpan bila nak mkn baru letak inti tu.blh gak buat stok utk apa2 party ni.so layan aje resepi kat bawah ni.

Quote:
PAI TEE
copy koleksi resepi

Bahan-bahan

Untuk kulit:

1) 100 gram tepung ubi
2) 100 gram tepung gandum
3) 100 gram tepung jagung
4) 1 biji telur
5) air secukupnya(lebih kurang 300 ml)
6) ½ sudu teh garam
7) minyak masak yang banyak(untuk goreng)



Untuk kulit:

1) Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air. Tambah air sedikit demi sedikit dan
gaulkan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
2) Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.
3) Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.
4) Celupkan semula kedalam minyak panas.
5) Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri.
6) Goreng sehingga kekuningan.
7) Angkat dan toskan.
Masukkan inti kedalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos serta taburan kacang goreng.


Untuk inti :

1) 2 sudu minyak masak
2) 2 ulas bawang putih (cincang halus)
3) ½ biji sengkuang
4) 1 batang lobak merah
5) 1 keping tahu goreng.(potong dadu kecil)
6) 100 gram isi ayam/ udang. (cincang halus)
7) 1 biji telur(goreng dadar dan cincang halus)
½ sudu teh garam


Untuk inti :

1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam/udang. Kacau sebentar.
2) Masukkan semua bahan kecuali telur dan kacau rata sehingga layu/masak.
3) Masukkan telur yg dicincang dan gaul rata.
4) Angkat dan ketepikan.


TIPS PENTING UTK BUAT KULIT PAI TEE

1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah sentiasa dikuar bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru




aku buat setengah adunan aje byk gak dpt klu mkn sorang memang tak abis ler.inti lak aku main belasah aku punya sendiri resepi.letak timun.sengkuang,carrot lepas tu udang yg di potong kecil2 tumis jap udang tutup api pastu gaul dgn sayur2 yg di sagat curah dgn sos chili thai perhhh...sedapnya..



terlebih rebus kacang hijau utk abah mkn jd aku gatal nak wat kasturi.jd buatlah utk sarapan ari sabtu tu.aku mkn lah seketul yg byk mkn nya abah.yeler dia kan peminat kacang hijau.

Ayam ni pun masak utk tgh ari smlm sbb tak masak lauk lain cuma panaskan gulai daging yg aku masak ari sabtu so nak tambah2 aje jd bakar ayam lah.sedap ni klu mkn cicah cili sos lagi sedap

Quote:
AYAM BAKAR LADA HITAM BERMAYONIS
sumber dari Ros CDBT copy dr ummizaihadi kuantan

Bahan:-

1/2 ekor ayam (bersihkan dan cucuk2 dengan garfu)
1 sk serbuk lada hitam (blackpepper)
2 cm halia
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sb. madu
1 sb. gula
1 sk. kicap manis
1/2 sk garam
2 sb. mayonis(tukar guna 1 thousand Island takde stok mayonis lah)
sedikit lada sulah
Cara-Cara:-

Blend bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur.
Kemudian curahkan ke dalam bekas dan campurkan dengan lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
Masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis.
Gaul sebati dengan ayam dan perap dalam fridge antara 2 -3 jam.
Bakar pada suhu 180C selama 40 minit hingga ayam bertukar warna perang keemasan (balik2kan ayam semasa membakar). Sedia untuk dihidangkan.
(*Nota - makin lama diperap makin sedap..)



he..he..aku pantang klu tengok kak meen tayang2 resepi ni mesti nak cuba sbb besenya kak meen punya resepi mesti simple dan senang sgt nak wat tu aku pun buat gak tgh smlm sementara tunggu abah blk mkn aku pun godek wat kek ni.tp rasanya aku pernad buat dah dulu kek ni tp versi kecik2


Quote:
KEK MARBLE SUSU
Sumber ; Fp MamaFami; resepi asal Chef Norzailina Nordin .
copy Fp Jasmeen

250g mentega
230g gula kastor
2 sudu kecil ovalet
4 biji telur
270g tepung superfine- guna tepung gandum aje..
1 sudu kecil serbuk penaik
60g susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar susu segar atau susu cair -guna susu segar
1 sudu kecil pes coklat atau coklat emulco
Almond Nib - utk tabur ateh kek...

Kaedah penyediaan :
Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul hingga naik. Masukkan bahan ayak, kacau rata. Bubuh susu, gaul sebati. Bahagikan 2. Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam satu bahagian. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin 22cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak. Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis. Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata. Baar pada 180 C selama 40 - 45 minit atau hingga masak


keratan rentas kek.sedap bau mcm kek yg di jual kat kedai.cuma aku aje yg terlebih garing bakar nya tu nampak gelap semcm aje dah lah guna koko yg gelap lagi lah bertambah gelap rupa kek ni.bc tu ada lebihan dlm peti saje nak perabis tu deco mcm tu


OK itu lah citer aku utk cuti 2 ari.minggu yg malas rasanya.org jemput gi kenduri kahwin pun aku tak gi.aku cuma keluar gi umah makcik kat PJ jumpa madiha pastu lain2 tu cuma duk berkurung kat umah aje.


Friday, 12-Mar-2010 09:08 Email | Share | | Bookmark
MACAM-MACAM BENDA ADA

 
 
 
View all 18 photos...
Salam...

Tarik napas dulu ....... ari ni kurang sibuk so apa lagi aku nak layan fp ni jap dah lama rasanya tap update padahal ari senin tu dah update kan.alaa...saje je aku ni klu tak ngular tak sah setakat buat report bos tak kejar aku layan tenet dulu tp klu bos duk asyik intercom aku mintak report masa tu lah aku tak leh nak layan sementara bos gi obesea biar aku ngular dulu he..he..

memula aku tayang ayam bakar yg blh dikatakan setiap ari aku buat sbb nya aku suka,kembar suka abah pun setuju so layan ajelah selagi tak jemu.lagipun aku perap mlm bakar esok kadang satu mlm sampai 3 jenis sekali aku perap tp setiap jenis seketul udah ler byk2 sape nak perabis lak.

ni resepi makcik shima duk kat obesea nun.dulu dah wat aku letak rosemary kali ni letak rempah lain lak aku letak thyme,oregano dgn basil sedap ooooo sampai kembar sekali suap sekali tenguk air sbb pedas tp tetap layan sampai tinggal tulang.


ini pun kes terliu tengok kat umah ijan,obersea lagi tp masa dia buat mikail lum keluar lagi skrg ni entah dah berapa besor mikail tu yer.tp aku tak ikut resepi ijan aku jumpa resepi kat umah aku majalah mingguan wanita.dulu aku dah pernah buat guna pastri fillo betul ok lah tp kali ni aku buat guna puff pastri aje sbb dah byk supermaket yg aku jelajah takde jual pastri fillo ni kat wilton pun takde kat bagus pun takde sampai berbulan2 ku mencari last2 dpt idea guna puff pastri kawan jd ler drp takde.suku suka mkn baklava ni panas2 sbb rangup dgn kemanisan. ok resepi tunggu aku blk umah dulu

BAKLAVA(Pastri Berwalnut)
sumber:mingguan wanita-pencuci mulut masakan timur tengah
hidangan utk 20-30 org


3 paket pastri philo
720 g mentega yg telah dicairkan
500 g walnut cincang

Bahan utk sirap pekat
750 ml air
1.5 kg gula pasir
1/2 biji lemon
1/2 biji oren

Cara
Bentang satu lapisan pastri sapukan dgn mentega cair.taburkan walnut sehingga 30mm tebal.susun dlm loyang dadar yg sudah di sapu mentega cair.ulangi hingga lapisan pastri habis.Bakar dlm ketuhar dgn suhu 190c sehingga warnanya bertukar menjadi keperangan.kemudian tuangkan sirap yg telah disediakan ke atas baklava ketika masih panas.Biarkan baklava dlm suhu bilik semalaman.potong baklava kecil2 sesuai dihidang sejuk.




dah lama BM aku tu tak xcesice so aku layan lah resepi yg aku print berbakul2 tu sekali jumpa resepi kat umah kak rinn jd cuba lah.sedap pulak bila mkn panas2 tp klu dah sejuk pun bila kita panas kan blk guna toaster pun sedap mcm baru masak.sbb ari tu dah masuk 3 ari ada lagi belen seketuk dr umah ke zoo dr zoo gi opis tak gak mkn2 last2 blk umah aku masuk toaster sendiri mkn sedap pulak.klu sesapa nak cuba kat bawah ni resepinya t.q kak rinn sy copy aje ni

CINNAMON TWIST BREAD
copy rinnchan.fotopages
Ingredients:
400gm high protein flour
12gm instant dried yeast
1gm bread improver ( used 1/2 teaspn)
6gm salt (used 1 teaspn)
50gm egg (used 1 med size egg)
48gm caster sugar
12gm milk powder (used 2 tablespn)
60gm margarine
190gm water
1 egg yolk, to brush

To sprinkle :
Mix 1 teaspn cinnamon powder and 3 teaspn caster sugar (I used brown sugar)

Method :
1. In a large bowl mix together flour, yeast, milk powder, sugar, salt and bread improver. Mix well.
2. While mixing, add in egg and margarine consecutively.
3. Add in water little at a time making into crumble. Knead until dough is formed and not sticky.
4. Cover the dough with plastic film and let rest for 10 mins.
5. Divide dough into 8 equal small dough and round them. Proof for 5 mins. Cover with plastic again.
6. Using hand roll each small dough into a long sausage shape. Do rolling and rest 3 mins for 3 times until dough length reach about 18cm-20cm.
7. Twist the dough as the diagrams shown below and place on pre-dusted baking tray. Proof for 10 mins or until doubled the size.
8. Brush surface with egg yolk and sprinkle mixture of sugar and cinnamon powder.
9. Bake at 190 Deg Cel for 10mins - 15 mins or until golden brown.

Note:nak tengok lebih terperinci cara2nya gi tengok kat umah kak rinn yer


nak perabis biskut marie.dah lama buka duk betapa aje dlm tabung tu jd aku wat ler kek ni sedap sesangat tp aku tertiba rasa pening agaknya byk sgt coklat kot tu yg pening.aku ni selalu klu mkn coklat bar aje yg pening ni mkn kek batik pun pening gak, dah tua lah tu byk sgt penyakit dah berkenan kot

KEK COKLAT BATIK MERI
Sumber : S.I.L
copy mamawandiha.fotopages

Bahan2
8 biji telur (gred A)
½ tin susu pekat (ku bubuh 1/3 tin saja)
1 ½ cawan milo
1 ketul butter (250 gm)
1 bar coklat masakan (250 gm)
1 bungkus biskut meri original (patah dua)

CARA

1) Pukul telur hingga kembang. Masukkan susu pekat & milo dan pukul lagi hingga rata.
2) Panaskan butter dlm kuali dgn api yg perlahan. Bila cair masukkan coklat masakan. Kacau hingga coklat mencair.
3) Kemudian masukkan bancuhan telur dan dikacau rata. Biarkan sehingga bancuhan menjadi pekat.
4) Akhir sekali masukkan biskut meri. Gaul rata dengan cepat kemudian masukkan dlm loyang. Tekan2 biar padat.
5) Bila sejuk masukkan ke dlm peti sejuk. Bila sudah keras, potong ikut saiz yg disukai


Dah asyik mkn ayam bakar jd bawak lah geng sekali.buat mashed potato kes teliur tengok kak meen tayang tu yg aku buat gak tu.sedap memang sedap sekali rasa mcm KFc pun ada he..he.. bila lah nak kurus ni asyik mkn yg sedap aje

Kentang putar dgn Sos Black pepper (4 org mkn)
copy jasmeen.fotopages

Kentang putar
3 biji kentang russet (besau pya) - kupas & rebus kasik empuk
1 sdb Butter or Margerin
5 sdb Susu segar or Susu cair
Secubit garam

- Kentang yg dah empuk, tos & tumbuk kasik lumat.
- Cairkan butter, masukkan susu...kacau kasik sebati.
- Masukkan garam..kacau lg
- Masukkan bancuhan butter ke dlm kentang td....kacau smpi sebati...
- Senduk ler guna scoop ice cream..kalo nak lawo bebulat mcm KFC tu yerr...


Gravy (Black pepper sos)
1 sdb lada hitam (tumbuk lumat)
2 sdb butter / margerin
11/2 sdb tepung jagung
21/2 cwn air
1 kiub ayam
Sedikit kicap - sy guna kicap cap udang jer

- Cairkan butter.
- Bancuh tepung jagung dgn air hingga larut.
- Masukkan ke dlm butter cair...
- Masukkan kiub ayam & serbuk lada hitam.
- Kacau sehingga likat & mendidih.
- Masukkan sedikit kicap utk lebih warna gelap.
- kalo x ckup masin, bleh ltk sket garam

Ni masak utk mkn dgn nasi lah rasanya hujung minggu lepas yg aku ambik MC masa kakak demam.anak demam ibu gi klinik buat muke kesian mintak mc sib baik doc tu paham.Masak ayam percik nak bg anak berselera tp ibu yg terlebih selera lak.memang best sgt2




AYAM PERCIK CHEFF NORZAILINA
copy ummizaihadi-homesweethome.blogspot
Bahan:-
1 ekor ayam - potong 4 @ 6 (akak potong 8, senang sikit nk mkn)
1 keping asam gelugur
1/2 camt. halba
750 ml santan (dari 2 biji kelapa)
garam dan gula secukupnya
Bahan A:-

3 camb. pes cili (cili kisar)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm kunyit hidup

Cara-Cara:-
Kisar bahan A. Jerang bahan A dengan semua bahan lain sambil dikacau hingga ayam setengah masak.
Keluarkan ayam. Masak kuah hingga pekat sedikit.
Ubah ayam ke atas grill atau panggang atas bara api sambil renjis-renjiskan kuah tadi (hati-hati kerana kuah akan memercik sedikit, isshhh dah nama pun ayam percik eh).
Bila masak sempurna bolehlah diangkat. Panaskan kuah seketika kemudian hidangkan dengan ayam.



ni entah bila buat nya dah lupa lah.rasanya 2 minggu lepas.ni ler kek zaman kita kecik2 dulu2.masa kecik klu mintak mama buatkan kek lebih kurang mcm ni lah rupanya.mama panggil kek bodo aje sbb takde letak perasa apa2 cuma adalah wat color2 belang ke marble ke.masa kecik dulu klu mkn kek ni yg baru masak sambil2 berebut adik badik bkn main sedap tp skrg bila dah blh buat sendiri rasa mcm tak sedap lak bese aje.klu lah blh buat sedap mcm mama buat dulu mesti lagi cepat abis ni.mcm bese lah resepi c&p aje he..he..

BASIC BUTTER CAKE
Sumber : CHef Alex Goh
copy rinnchan.fotopages

BAHAN-BAHAN:
250gm butter
200gm gula castor
5 butir telur gred A
210gm tepung kek
1/2 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla

CARA-CARA:
1. Putar butter dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanilla, putar rata.
2. Masukkan telur sebutir demi sebutir dan putar terus hingga rata dan gebu.
3. Perlahankan putaran. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang yang dialas.
5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama lebihkurang 50minit bergantung kepada oven masing-masing.
6. Sejukkan atas dawai penderai dan potong bila telah sejuk.



mcm sedap aje kak CT Delima masak ayam ni so aku cubalah sbb dah kena angin makan ayam bakar aje kan cuba resepi lain lak.sedap dan sesuai utk budak2 mak budak pun blh.resepi ni dr hana pastu kak Ct buat aku pun copy he..he..

AYAM GRILL MADU
copy taman-syurga-abadi.blogspot

Bahan2
500g ayam
1 kiub ayam
2 a/b kicap pekat manis
2 s/b sos tiram
2 s/b madu

bahan tumbuk
2 ulas bwg putih
1 cm halia
1 s/k lada hitam

perapkan kesemua bahan2 selama 30 min atau lebih bakar menggunakan suhu 180 c sehingga masak.


Gatal nak cuba lain punya versi last2 kena marah dgn abah sbb dia ckp sepanjang hayat dia tak pernah lagi jumpa kueh talam org letak pisang(dah aku aje yg cuba mcm mana nak jumpa)

aku bg kat jiran sepiring kueh ni dpt lak balas bekas kueh ni

alhamdulillah murah rezeki.


LONTONG utk mkn pg minggu lepas dah lama rasanya tak mkn lontong nak beli takde lak org jual kat umah ni jd buat lah bkn susah mana pun.mcm bese resepi mintak rujukan dr chef E(abah ler kan dia tukang kuat komen)resepi tunggu ler nak ingat blk



musim2 panas ni sedap mkn sira pisang yg duk dlm peti rasa sejuk aje tekak tu yg aku buat tu.byk ni aku mkn sorang utk 2 ari ler simpan dlm peti blk keje ngap..ngap..sedapnya utk kencing manis tengok aje ler yer


dah tak ingat ambik resepi mana nanti blk umah buka buku blk yer.yg bijan tu saje aku gatal tambah bg sedap mata memandang he..he..


berkat menggunakan petua yg kak meen bg utk bg kek nampak cantik sapu shortening kat tin so aku cuba dah memang betul2 jd thank kak meen sudi syer tip .Kek kat atas tu aku tukar jd mcm ni saje gatal tangan dah lama tak main bc.kek tu aku bg kat nursery kembar klu duk umah sape nak mkn





gambar kat atas tu takde kena mengena dgn resepi yer saje aku suka tengok suasana pg sabtu lepas mcm sejuk aje.lagi pun aku keluar umah kembar dgn abah tak bangun lagi keluar senyap2(bkn tak mintak izin tau dah ckp awal2 dgn abah jgn jd isteri derhaka ye)supaya kembar tak nangis tengok aku nak keluar umah.nak gi beli lauk benornya klu kembar ikut mcm mana nak bwk brg kan.tp bese lah ibu klu dah terlepas mcm ni kul 9 pg baru sampai umah.he....he....sekali sekala dera abah jd abah mithali

ok lah dah byk sgt aku citer cukup lah tu



Monday, 8-Mar-2010 04:38 Email | Share | | Bookmark
MELAWAT ZOO NEGARA ~ 7 Mac 10

 
 
 
View all 8 photos...
SALAM ...

Kita tinggalkan dulu cerita masak2 kita layan gambar flora dan fauna lak.smlm kami gi jln2 kat Zoo Negara.benornya dah lama abah cadang nak bawak kembar jln2 kat zoo tp tak berkesempatan lagi jd smlm bangun aje tido dan aku dgn lengan lagi duk wat sarapan tetiba abah ckp klu ari ni kita bawak budak2 gi tengok gajah nak tak?aku pun apa lagi dgn dialog "kakak adik nak gi tengok gajah tak?" kembar apa lagi terus jawab nak tengok gajah bu.dan secara outomatik tu ler jawab pan kpd pertanyaan abah.Plan ni mengejut aku pun kelam kabut sikit siapkan sarapan kemas2 apa2 yg patut utk bawak bekal nanti.Sambil2 kemas sambil gaduh dgn kembar jd siap lah dlm kul 10 pg maka kami pun berangkat lah ke Zoo Negara yg hanya beberapa kilometer aje dr umah kami ambik masa tak sampai 10 min pun.Mai layan gambo2 kami yg entah apa2.penat jln dan yg paling tak best bila kembar penat dia mintak dukung hu..hu...ibu dah lah kena galas beg lagi nak ambik gambar lagi last2 tak yah ambik gambar lagi









dan sekian itu aje yg aku sempat rakam kan dan tempet utk ari ni
bye..bye..lepas ni klu senang aku citer bab masak2 lak



Saturday, 6-Mar-2010 08:03 Email | Share | | Bookmark
KARI KEPALA IKAN MERAH,SHUSI,PAI DAGING&COLOURFUL LOAF

 
 
 
Salam semua

Masih lagi dgn N3 yg tertunggak tp ini resepi yg baru chef E bg pada ku.dah beberapa hari abah ckp teringin nak mkn kari kepala ikan tp aku buat dek aje bkn apa nak mencari kepala ikan tu yg susah sikit kadang dah jumpa tak berkenan dgn rupa dan kadang mcm dah terlalu lama tp minggu lepas waktu aku gi kedai brg borong aku ternampaklah seketul kepala ikan merah nak kata segar sgt tu takde lah tp blh dibuat kira jd aku suruh lah bagla kat situ timbang sekali tengok hrg lah tu.bila dah timbang seketul dlm RM9 lebih jd aku angkat ajelah makanya terhasilah kari kepala ikan resepi dr abah.layannnn............sedap mcm kari mamak punya you tak tipu bkn nak puji diri sendiri tp itulah hakikatnya klu sesapa tak lalu mkn kat kedai mamak tu blh lah cuba resepi ni yaa..



KARI KEPALA IKAN MERAH

Bahan-bahan

1 ketul kepala ikan merah yg siap dibersihkan,buang semua sisik2

bahan mesin@tumbuk
5 ulas bwg putih
1 labu bwg besar
2 biji bwg merah
1/2 halia

1 sudu besar udang geragau
minyak utk tumis
1 peket kecil rempah kari ikan -ibu guna Baba's
1 sudu besar asam jawa+1 cawan air
1 cawan santan pekat
garam dan perasa

Cara-cara
panaskan minyak kemudian tumiskan bahan mesin hingga wangi masukkan rempah kari grg hingga pecah minyak atau garing kemudian masukkan udang gaul rata dan masukkan air asam jawa kacau hingga rata masuk kan kepala ikan.blh tambah lagi air bg memudahkan kepala ikan itu masak tp jgn terlalu byk sbb jika terlebih air kari akan jd cair.masukkan santan.biarkan ikan td mereneh hingga betul2 masak.jika suka blh tambah bendi atau terung.bila kuah agak pekat dan sayur masak blhlah tutup api dan sedia di hindangkan

Masa hari maulidur rasul tu aku ada janji dgn madiha nak jumpa jd takde benda nak buat aku buat lah benda ni.sushi dah byk kali aku buat guna resepi ni.dulu masa keje dgn jusco selalulah bila dah malam aku turun kat merket nak borong sushi murah tp skrg mana nak jumpa sushi murah lagi sbb malam2 dah ada kat rumah tak pasal lah pulak nak gi Jusco mlm2 semata2 nak cari sushi walaupun jusco dgn umah aku tu tak sampai 5 min pun klu naik kete.lagipun dulu2 pernah gak tolong staff sushi buat sushi ni masa dia org takde staff(alaa..konon2nya HR prihatin lah) dah byk sgt aku citer layan aje lah resepinya.lauknya blh dipelbagaikan yer tp paham aje lah mknan org jepun ni mahal klu nak beli lauknya tu pasal aku cuma letak crab stik aje he..he..



SUSHI
sumber mingguan wanita thn 2003

230 g beras pulut
375 ml air
1 s/b gula
1 s/k garam

isi ketam secukupnya
timun jepun blh juga guna apa2 ini yg di gemari

2 ekor udang-dikukus
2 keping nori-bergaram dan garing(klu sesapa tak tau apa nori,ia juga dikenali sbg seawed)

Cara
didihkan beras pulut bersama air,gula dan garam hingga nasi menjadi lembut ketepikan
bentangkan nori dan ratakan pulut kemudian taburkan inti gulung hingga ketat
hiris nipis sebelum di hidangkan dgn kicap dan wasabi

*klu sesapa teringin nak wat sushi ni set lengkap utk buat sushi ada dijual kata jusco hrgnya dlm RM34 mcm tu lah siap ada beras,nori,kicap,buluh utk gulung dan minyak
utk inti tu di jual berasingan yer sbasab benda tu bkn tahan pun kena masuk peti

Terasa dah lama benor aku tak bermain dgn BM aku tu sejak blk dr kg jd nak memanaskan enjin aku buat lah roti ni yg resepinya ku ambik dr tokey roti sape lagi klu bkn mamafami yg memang suka color2 ni aku pun suka cuma keadaan tu yg tak blh nak terlebih color nanti ada yg lain kena color


COLORFUL SANDWICH LOAF

Ingredients

200 g cold water
300 g flour
25 g sugar
5 g salt
5 g instant yeast
2.5 g bread improver
10 g milk powder
20 g butter
food coloring(any color)

pour the cold water into your bread maker pan
gently add in the flour to cover the liquid
add the rest of the ingredient except butter
press setting dough
once dough is well incorporated add in the butter and let bread maker continue kneading
when a smooth,soft and elastic dough is formed.removed it from the pan.leave to prove for about 30 min.
divide to 3 portions and color each portion with the food coloring
roll the dough like the swissroll and place the roll into the baking tin
leave to prove till double size
preheated oven at 180 c for 35 to 40 min


ok itu ajelah utk N3 kali ni.aku update ni pun sementara kembar masih di ulik mimpi klu idak jgn di haraplah


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net