SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Monday, 17-May-2010 03:05 Email | Share | | Bookmark
KEK MARBLE RESEPI KAK ZA AININDELIGHT

 
 
 
View all 6 photos...
Salam..

Hari senin mood semua tak bagus seme,ada yg malah nak bangun ler,duk pikir lambat lagi hari minggu yer,ada lak pikir kan best klu tak yah gi keje..he..he..tu semua selalu ada dlm kepala otak aku ni tiap kali bangun pg bila nak gi keje tp yg peliknya klu ari cuti elok lak aku bangun(bkn apa seronok nak masuk dapur lah) dah lah kita tinggal kan cerita2 malas tu mari merajinkan diri pulak.minggu lepas aku ada buat kek marble lagi dr resepi kak za.benornya dah lama benor kepingin nak buat kek mcm org lain cantik mcm kuda belang tp tak pandai duk lah kecek resepi dgn mcm2 org tp aku tetap ler berkenan dgn corak kek kak za tunggu punya tunggu maka timbul gak resepi kek nya.ari yg sama gak aku buat kek tu iaitu hari jumaat baru ni ler.masa masak tu hari aku ni berbunga2 rasanya sbb dah jd rupa yg aku ingin kan tp kek aku nipis sbb guna loyang besor nak cepat masak konon sbb masa masak tu dah kul 12 mlm.Kek ni bg aku memang best cuma agak moist sikit mcm kek coklat moist tu jd selok nya klu nak potong baik masak lepas masak selepas kek nya agak sejuk klu di biarkan semalaman kek tu akan lembat di permukaan dan mgkin akan melekat pd pisau tp apapun kek ni memang best lain dr yg sbb guna esen rose.tq kak za sbb sudi gak kongsikan resepinya.lain kali nak wat yg resepi lain lak.semua yg mkn kek tu kata sedap tau kak za..


Quote:
MARBLE RONA RONI

Sumber : ainindelights.fotopages



Bahan A

200gm butter/majerin
200gm gula castor

Bahan B

4 biji telur ( saiz B )
50ml susu cair
50 ml air sejuk dari peti ais
1 sudu kecil esen rose ( dapat idea ni bila biras I guna esen ros untuk buat biskut raya tahun lepas… )

Bahan C

200gm tepung gandum ( atau Self Raising Flour )
1 sudu kecil baking powder ( tak payah letak kalau guna Self Raising Flour )

Bahan D

Pewarna merah, hijau dan kuning.

- Pukul Bahan A hingga kembang ( lebih kurang 5 minit )
- Campurkan semua Bahan B dan pukul sedikit, masukkan ke dalam Bahan A. Pukul hingga gebu ( lebih kurang 5 minit )
- Ayak Bahan C. Perlahankan “speed” kepada nombor 1. Masukkan Bahan C ke dalam adunan tadi dan kacau hingga rata saja. ( jangan pukul lama, kek akan merekah )
- Bahagi tiga adunan, masukkan pewarna dan kacau rata.
- Sapu shortening atau butter di sekeliling baking tin. ( I tak alas dengan kertas minyak kalau guna shortening )
- Letakkan 3 sudu besar adunan kuning di tengah baking tin, kemudian letakkan 3 sudu besar adunan merah dan diikuti dengan 3 sudu besar adunan hijau.
- Ulangi proses di atas hingga habis. Tak perlu lorek dengan lidi, Cuma hentakkan baking tin 2 kali untuk ratakan adunan.
- Panaskan oven pada suhu 175 darjah, bakar 45minit. ( bergantung pada oven masing-masing )
- Sebaik sahaja masak, kek akan renggang dari baking tin, cucuk dengan lidi di tengah. Kalau lidi bersih, bermakna kek sudah masak.
- Sejukkan kek selama 15-20 minit, baru dikeluarkan dari baking tin.


BYE..BYE..ITU AJE BUAT HARI NI TAK CUKUP MASA NAK UPDAT LEBH2 LER


Thursday, 13-May-2010 01:53 Email | Share | | Bookmark
BUTTER CAKE & CONEY DOG

 
 
 
View all 7 photos...
Salam....

Semlm aku ni dah teruja nak mkn kek,rasanya dah lama benor tak baking kek(padahal tiap2 minggu aku masak kek tp org punya bkn aku punya) ni kira nak xperimen pun yer gak.Jd blk smlm aku singgah gerai jap tengok keadaan busy ke tak busy.bila dah melihat keadaan gerai yg kureng sikit sbb smlm org sibuk dgn piala thomas jd dia org tak boh keluar rumah so aku ckp dgn abah aku blk umah dulu lepas mahgrib baru turun.So apa lagi aku pun blh baking kek ler.keluarkan resepi yg aku dah siap print kat opis tu dan mulakan operasi.tung tang tung tang..jam 7 siap lah kek aku ni.memang sedap dan wangi you..klu tak caya cubalah.Kes yg sebenarnya kenapa aku teruja sgt nak baking kek ni sbb jelous dgn kak Za yg duk wat marble kek warna warni tu.tunggu resepi tak muncul2 lagi last2 aku try resepi kat umah kak long aku ni.Jom layan resepi nya...


Quote:


RAINBOW BUTTER CAKE / KEK MENTEGA PELANGI
Diolah oleh MamaFaMi dari : Bro Rozzan's Blogspot
Copy & Paste from : MamaFaMi ibu copy madiha


Bahan-bahan :

250g mentega
200g gula halus(agak manis bg ibu jd lain kali kena kurangkan sikit)
5 biji telur (guna 6 biji telur gred C)
210g tepung gandum (Ibu guna tepong naik sendiri+tepung gandum)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil esen ros
1 sudu kecil overlate(ibu tambah utk lembutkan kek)*
* pewarna makanan : merah jambu, kuning, hijau, biru

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.*kemudian masukkan overlate
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.
4 Tuangkan esen vanila dan esen ros. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.
6. Bahagikan bater kepada 4 mangkuk kecil.
7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaupbalikkan supaya warna sebati dengan bater.
8. Sudukan 2 sudu besar bater kuning ke tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
9. Sudukan 2 sudu besar bater merah jambu di atas bater kuning.
10. Lakukan yang sama kepada bater hijau dan biru. Ulangi proses ini sehingga semua bater telah habis digunakan.
11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit (bergantung oven masing2)



Sambil2 tunggu kek masak aku masak lah benar ni lak.lagipun semua bahan ada cuma masa aje yg tak ada.sementara kek masak dan sementara kembar jd budak baik aku buat lah 2 biji coney dog ni utk mkn mlm kami anak beranak bersama dgn salad kentang.(gambar salad tak ambik lah)

Quote:

SOS CONEY (coney sauce)
Dari FP MAMAFAMI
copy madiha


Bahan-bahan :
Roti hotdog
Hotdog – rebus

Bahan2 inti/sos
1/2 paun daging cincang
1/4 cawan air
1/4 cawan bawang ~ dicincang
1 bawang putih ~ cincang
1 cawan tomato (MaDiHa bubuh 1 biji tomato potong kiub + sos tomato)
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil aji no moto
1/2 sudu kecil garam

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali pada suhu sederhana dan gorengkan daging cincang selama 10 - 15 minit sehingga daging berubah warna. Gunakan garfu untuk meleraikan ketulan daging.
2. Masukkan air, bawang cincang, bawang putih, tomato sos, serbuk cili, aji no moto dan garam.
3. Renihkan selama 10 minit sehingga masak.

Nota : Bila membuat Coney Dogs, sosejnya direbus dulu ya


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
IKLAN...IKLAN...


UTK PENGETAHUAN SEMUA AKU PUNYA GERAI HANYA BIHUN SUP UTARA TU AJE YER YG ABC DGN BAKSO TU SAJE AKU IKLAN KAN UTK KAWAN2 SEKALI DAN BG MEMUDAHKAN SESAPA YG NAK CARI GERAI AKU SEBAB KLU JUMPA GERAI2 NI MESTI JUMPA AKU PUNYA GERAI





SILALAH BERKUNJUNG KE GERAI KAMI DI
HADAPAN BLOK A
PPR PUDU ULU
PERUMAHAN AWAM DBKL
CHERAS.KUALA LUMPUR

BYE..BYE...


Tuesday, 11-May-2010 04:19 Email | Share | | Bookmark
BERGURU DGN KAK YATIE~DAMIRA BAKERY

 
 
 
View all 12 photos...
Salam semua..

Semalam aku mc,sakit pala migrain.jumpa doc lak lama benor tunggu sib baik lah aku ni sabo lagi klu idak dah lama aku blah dr klinik tu dgn sakit pala nya badan sakitnya.ingatkan gi urut lagi bagus rupanya lagi sakit adalah.Masa jumpa doc tu dia ckp aku kena migrain dgn stres.mcm biasa dia tanya aku stress ke kat tempat keje aku ckp idak ler tp stres dgn anak mgkin ler(kembar skrg ni menjadi2 nakalnya klu di marah semua barang di baling di sepah kan nya sampai rumah tu aku dah rasa mcm tongkang pecah dah takde tempat yg elok aku nak pandang semuanya semak)dah check lebih kurang doc bg mc aku blk umah mkn ubat pastu aku kemas rumah,lipat kain,basuh kain kemas stor kemas dapur semua bagai ptg baru duk rehat(doc bg mc aku kemas rumah lak blh ke mcm tu) pastu baru sedar aku lum mkn lagi perut pun dah bunyi2 abah blk sib baik dia ckp dia dah mkn sbb aku tak masak.tp kerana lapar aku masak nasi mkn dgn serunding yg aku ambik masa blk kg ari tu.
ok dah tutup cerita tension tu kita bukak cerita baru aku.al kisahnya sabtu minggu lepas aku gi ler berguru dgn kak yatie(damira)belajar wat deco2 cc.yelah kita ni memang tangan tak seni maka nya kena lah cari guru.Best gi belajar ni rupanya dpt kenal kawan2 baru kongsi ilmu dan mcm2 citer ada he..he..hanya yg ada kat situ aje yg tau.tengoklah apa hasil kami bertiga ni.terima kasih kak yatie sbb sudi kongsi ilmu dan ajar kami ni.


ni aku punya lah jenuh duk pikir nak wat cam mana.dr pg sampai ke ptg dan hati aku pun dah tak senang duduk bila jam dah sampai kul 5 ptg.sbb kembar aku anto kat nursery janji dgn budak kat nursery ambik ptg last2 sampai mlm kul 8 lbh baru aku gi ambik.yelah class abis kul 6 lebih.sampai kat komuter lak wat hal ada masalah teknikal kul 7 baru ada tren sib baik masa sampai kat stesen UKM tu tren kosong jd ada lah tempat duduknya nak tunggu sampai stesen bank negara dah jam 7.30 mlm sampai sana aje aku jln dah mcm belari sbb nak kejar ambik kembar.naik lak tren star ke pandan jaya sbb aku park kete kat sana.sib baik tren LRT tak lambat jd sempat lah aku ambik kembar.Bila ambik aje kembar budak2 nursery tu ckp kembar dah tanya mana ibu(sbb tak pernah aku ambik dia org lambat)pastu yg bestnya kembar ckp cikgu ayu keluar gi shopping tinggal lah cikgu yan dgn cikgu yati jaga dia.mintak maaf lah yati sbb sy awak tak blh keluar.aku benar2 rasa bersalah kat budak nursery tu benornya.


selingan jap ni order dr fazilah utk kenduri tunang sepupunya.choc moist cake 50 biji aje

pizza ni order dr kak nani(gerai sebelah)utk besday anak pompuanya hepi besday dayah yg ke 3 thn

dah sampai kat tangan kak nani,dia ada gak order cmc 50 biji aku lupa nak ambik gamabr kira sama mcm gambar kat atas ler

Lagsana order dr Jaja minggu lepas order brownies mimggu ni rasa nak mkn western lak.kongsi mkn dgn geng umah dia sambil tu order bihun sekali.

ni tengah tunggu jaja dtg ambik stesen skrg kat gerai bihun sup.

Quote:

SPINACH AU GRATIN
copy HANA

Bahan-bahan
Sepeket spinach@horenso
2 sm bawang besar cincang
2 sm butter
2 sm tepung gandum
2 sm parmesan cheese - atau apa sahaja cheese (leh add)
11/2 cawan susu segar - jika ingin lebih creamy gunakan atau campurkan dengan whipping cream@ heavy cream
blackpepper
garam
Cara-cara
Didihkan air. Rebus sebentar horenso@spinach. Angkat, basuh dengan air sejuk dan perah. Kemudian potong dalam 5cm. Ketepikan.
Utk membuat sos putih - Panaskan butter. Masukkan bawang. Goreng hingga bawang agak layu. Masukkan tepung gandum. Kecilkan api yer agar tepung tidak hangit. Masukkan pula susu segar, garam dan blackpepper. Masak hingga pekat.
Sediakan bekas tahan panas. Sapukan butter. Susun spinach yang telah dipotong tadi. Curahkan sos putih. Taburkan cheese lagi jika suka. Kemudian bakar suhu 180 hingga bahagian atas keperangan. (hana bakar gune toaster jer )
Siap dihidang, Enak makan panas2.

sedap tau benda ni walaupun sayur tp rasa nya lemak2 gitu.yelah benda klu dah letak cheese mcm tu lah



Quote:

SUP BROKOLI&KENTANG
Sumber : Chef Sabri
copy madiha

Bahan2
300 g kentang ~ buang kulit dan dipotong dadu
200 g brokoli (MaDiHaA letak double quantity) ~ dipotong
60 g Bawang besar holland (letak 1 biji besar)~ dihiris
80 g celeri (letak dlm 2 tangkai je)~ dihiris
1 kiub ayam
1 tin susu sejat penuh krim
2 liter air
1 biji air limau nipis (letak setengah biji je)
2 sm garam (letak secukup rasa)
1 sm gula

Hiasan : Daun bawang dihiris dan bawang goreng (tak letak pun)

Cara:
1. Dalam satu periuk masukkan air, kentang, brokoli, bawang besar, celeri, kiub ayam dan masak hingga mendidih selama 20 minit.
2. Padamkan api dan masukkan susu, kacau hingga rata.
3. Biar sup menjadi suam dan masukkan ke dalam bekas pengisar.
4. Kisar hingga halus kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk.
5. Panaskan semula bahan2 yang dikisar lalu masukkan garam, gula & jus limau.
6. Hias dengan daun bawang & bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama roti bawang putih.


menu mkn mlm semlm,aku malas masak jd ini aje yg ada



Quote:
POTATO SALAD

Bahan2
1 biji kentang di rebus kemudian potong dadu besar
1 biji telur rebus
1 sudu mayonis
sedikit aji shio/serbuk lada
sedikit daun parsley cincang

lecekan telur bersama mayonis kemudian letakkan serbik lada dan daun parsley gaul bersama kentang siap di hidang.


itu aje lah citer minggu ni dah takde xperimen sgt sbb sibuk jaga gerai dgn jaga kembar,klu lah aku aku maid kan bagus blh tolong buat keje umah dan jaga kembar sekali tp itu hanya angan2 semata walaupun aku mampu abah mesti tak setuju sbb dah byk kali aku mintak dia tak bg hu..hu...biarlah dia ckp nak bg ibu kurus sikit sbb skrg ni dah makin beso badan nya

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU.MAMA TERIMA KASIH SBB MENJAGA KU DAN MERAWAT KU DAN MENJADI PENDENGAR SETIA KU.SETIAP HARI KU PASTI INGIN MENDENGAR SUARA MU BIARPUN KU TAK MAMPU UTK BERBUAT DEMIKIAN.MAMA SELAMAT HARI IBU HANYA ITU YG MAMPU KU UCAPKAN

http://i663.photobucket.com/albums/uu356/kak-rusnah/mother3.jpg

bye..bye..


Tuesday, 4-May-2010 02:13 Email | Share | | Bookmark
LAGI KISAH SEPANJANG MINGGU LEPAS

 
 
 
View all 13 photos...
Salam...

Maaf lah skrg ni selalu aje lambat update bkn apa takde xperimen dan malas pun ada he..he..(haa..sape kata ida ni rajin ada gak penyakit malas tu)di tambah dgn penat duk kat gerai lagi tu yg kurang xperimen tu klu nak xperimen pun kena tunggu ari cuti baru dpt buat.


Ini lah kawan kembar klu aku duduk kat gerai.sebenarnya gerai sebelah kami tu kepunyaan ibu kembar lelaki.Ibu kembar selalu aje ckp nak jd besan dr dulu lagi selalu dengar abah ckp lepak dgn besan skrg bila dah niaga sebelah menyebelah ni baru aku kenal lah.alah ni semua citer dogeng budak2.pandai2 aje nak keneng kan kembar dgn kembar.tp aku tengok kembar lelaki tu suka sgt kawan dgn anak aku.


Jaja anak sepupu ku ada order brownies ni utk mkn2 dgn kawan serumah.dia order minggu lepas.sebenarnya dia dah teruja mkn brownies yg aku buat masa hari pembukaan gerai tu agaknya tak puas mkn jd order lagi satu tray senang citer.

Quote:


Source : Aunty Yochana
http://auntyyochana.blogspot.com/2006/08/hakka-cheen-loong-pau.html

Ingredients for the skin:

200 gm. Hong Kong flour (I used all purpose flour)
1/2 tsp. baking powder
1 tsp. Instant Yeast
35 gm. castor sugar
40 gm. shortening
100 ml. water (if dough is too dry, add a little bit more water)

Ingredients for fillings:

Mix all together:

100 gm. roasted groundnuts - blend
1 Tbsp. sesame seeds - roasted
30 gm. castor sugar
a pinch of salt
some water

I used Red bean paste (25 gm each & make a round ball)

Method:

(1) Mix all the skin pau ingredients into a mixer and beat till you get a smooth pliable dough. If it's too dry, add in a little bit water.
(2) Scale into a round ball and let it rest for 1 hour.
(3) Scale proved dough into 40 gm. portions and then wrap with fillings of your choice. You can either wrap with peanut fillings or red bean paste. Press lightly to flatten the surface.
(4) Leave to proof for another 45 mins.
(5) Heat up frying pan with some oil (not too much) and fry the paus until golden brown on both sides


Terliur tengok kak long buat aku pun buat gak sbb nampak senang.memang best mkn lak panas2 lagi best.

Quote:

NASI PILAF
resepi: myperiukbelanga.blogspot.com/ c&p fr blog kak nita sheefield

2 1/2 cwn beras basmathi (rendam sejam)
1 ulas bwg besar
1 ulas bwg putih
1 btg kulit kayu manis
2 ketul bunga lawang
3 biji cengkih
2 biji buah pelaga
1 cawan minyak sapi
2 sudu besar kismis hitam
10 biji buah gajus (sajer letak)
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan disimpul
4-5 daun bay/salam(ibu tambah)
Air utk masak nasik

CARA:
1. Panaskan periuk nasik. Masukkan minyak sapi.
2. Bila minyak dah panas dan cair, masukkan rempah tumis, bwg besar, putih.Kacau2 hingga bwg layu. 3. Kemudian masukkan nasik, buh daun pandan dan air. Air tu bubuh dlm 1cm atas sikit dari beras.
4. Buh garam secukup rasa & tabus kismis& badam.Bila nasik masak, gembur2kan


Minggu lepas tengok shima buat ayam golek mkn dgn nasi pilaf ni maka aku pun cadang nya nak masak ayam golek masa cuti hari buruh sekali takde stok bahan2 last2 aku masak nasi pilaf ni berlauk kan daging masak hitam(resepi kat sebelah yer) sedap nasi ni klu mkn gitu aje pun sedap

Quote:

DONUT
Resepi kmal CP dari blog yatie...minta halal ye.
Bahan-bahan
• 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
• 1/4 cawan air suam
• 1 1/2 cawan susu segar suam
• 1/2 cawan gula halus
• 1 sudu kecil garam
• 2 biji telur
• 1/3 cawan shortening/ butter
• 5 cawan tepung gandum
• Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit (tpng yg selebihnya tadi) sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas



Ari tu tengok kmal buat donut ni lepas tu rasa mcm dah lama tak buat donut jd ptg sabtu tu aku layan donut lak.Disebbkan adunan nya byk sgt aku buat pizza setengah.pizza tu cuma bakar kosong lepas tu masuk peti bila2 nak mkn baru letak toppingnya.dan smlm blk keje baru buat pizza tu.semua yg mkn ckp sedap siap ada yg nak order lagi.

Quote:

AYAM GOLEK MADU

ayam 1 ekor - dibersihkan & ikat kaki dia ( bkn takut ayam lari tp xmo dia terkangkang dok molek! )

bahan perap:
4 ulas bwg merah - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
1-2 biji cili merah - kisar
2 inchi halia - kisar
3-4 batang serai - kisar
1/3 cwn santan pekat
4-5 s/b madu
2-3 s/b tomato sauce
2-3 s/b chilli sauce
sedikit garam
3 s/b butter - utk tumis
2 s/b minyak bijan - utk tumis

CARA:
1. ayam dikukus dahulu sampai separuh masak...
2. sementara tu, panaskan minyak bijan + butter sampai cair..
3. tumis bhn2 kisar sampai wangi & garing
4. masukkan santan...madu & soso cili & tomato...
5. kacau lg adjust rasa...masak sampai pekat
6. lumurkan bhn2 perap ni ke atas ayam perap 5 jam (lg lama lg sedap)
7. bakar dlm oven sampai masak...20min terakhir setkan oven kpd grill tuk dpatkan kulit ayam yg garing2 sedikit...sesekali sapukan lebihan bhn2 perap ke atas ayam. hidang bersama nasi.

Disebbkan niat nak masak ayam madu ari sabtu tak terlaksana jd aku masak ari ahad mkn dgn nasi putih aje lah.pastu lauk daging masa hitam tu ada lagi buat lah geng


ada rasa terliur tak klu rasa2 nak bua sendiri susah mai aje kat gerai kami ni.murah aje satu mangkuk yg biasa cuma RM3.50 dan yg special RM4.00 gambar ni utk yg special yer


bye..bye..tak tau bila lagi nak ada n3 baru ni


Monday, 26-Apr-2010 02:39 Email | Share | | Bookmark
HARI PEMBUKAAN GERAI BIHUN SUP UTARA CHEFF E

 
 
 
View all 11 photos...
Salam semua..

Seperti yg diketahui sblm ada aku ada utarakan pasal pembukaan gerai bihun sup utara jd hari ni aku akan siarkan tayangan perdana sempena pembukaan gerai baru kami.Kepada semua kawan2 yg sudi dtg pada hari tersebut aku ucapakan ribuan terima kasih atas sokongan semua tu nanti lain kali dtg lagi jgn serik yer.Dan utk hari itu memang abah mendapat byk pujian atas kesedapan kuah bihun sup tersebut dan aku terasa amatlah kembang sbb org asyik puji aje tp ari tu aku tak boleh nak tolong sgt sbb kakak meragam betul aku asyik kena dukung aje dia sampai terasa sgtlah penat dgn cuaca yg panas lagi.Adik ok blh bawak diri main dgn kawan 2 kat belakang gerai tp kakak nya nak melalak klu tak di dukung.Utk hari permbukaan gerai kami habis jam 8 mlm itu pun kul 7 mlm abah dah stop tinggalkan utk kaum kerabat yg lambat sampaid an kawan aku masa dekat POLISAS dulu.jom tengok gambar


ini lah dia gerai kami yg tak seberapa cuma.abah dgn uniform dia dan sememangnya dia akan pakai bila buka gerai.Klu sesapa biasa dtg pasar ramadhan sentul mesti pernah jumpa gerai yg pakai baju ni hanya ada satu gerai aje yg guna uniform ini tau sejak berpuluh2 tahun dahulu tak pernah lagi abah tukar uniformnya warna lain ke pakai baju biasa ke dan itu lah baju yg di gunakan setiap kali dia berniaga(oppss...baju tu sentiasa buat yg baru tau bkn pakai yg berpuluh thn dulu)



ini lah yanty classmate aku masa kat POLISAS dah hampir 11 thn aku tak jumpa dia.kali ni jumpa masing2 bawak anak dan suami.Aku jumpa dia kat facebook minggu lepas tak sangka dtp jumpa kat facebook terima kasih pd yg mereka laman fb ni memang mudah utk cari kawan2 lama mgkin utk jejak kasih sekali he..he..terima kasih yanty sebab sudi dtg dr jauh.Yanty ni duduk kat subang


ni lagi satu group yg aku kena tunggu mlm tu tp memang best bila dpt kumpul ramai2 ni.kak long lepas ni bawak angkatan keratong lak dtg mkn sini.abg long kena bawak angkatan Raub yer.yg ujah kenalah bawak geng masjid,alamak blh ker?he..he..kak B dgn Nasa jgn serik lak nanti bwk geng yer.gambar anak sepupu aku Jaja lupa ambik lah kalut dgn kakak yg asyik kena dukung aje.

itulah kisah utk hari tu memang sambutan menggalakan.Satu beg besar bihun habis sekejap aku sampai aku blk dr opis abah ckp dgn aku ada yg ambik sampai 4 x lps tu tanduk aku keluar he..he.. yelah org kasi mkn free nak bg rasa sikit2 sorang bkn kenduri hari raya.Dtg lagi aku terus ckp klu nak dtg depan bukan mkn kat taman nak mkn kat gerai aje(yelah org nak bg penuh gerai ini mkn kat taman lak)aku tengok muka kakak tu terus berubah mesti dia ckp aku ni kaki control yelah masa dgn suami dia ok aje bila dtg bini dia semua dah tak blh mesti ayat tu ada keluar aku rasa.lantak lah aku punya suka(ini dah tak dpt pahala lagi ni dosa lagi adalah)
semua nya selamat dlm kul 7 mlm tp xstand sampai kul 9 sbb tunggu sujah n geng dan yanti n geng dia semua blk abah pun kemas sorang2 sbb aku kena bawak kakak naik dia dah mula melalak2.sampai aje rumah terus tido kesian dia memang penat lah tu.

Utk hari semlm kira hari pertama niaga memang tak sangka jugak lah sbb cepat abus ingatkan bg free aje abis cepat rupanya jual pun abis cepat syukur alhamdulillah.start klu 5 ptg abis kul 7 mlm.Sup blm masak lagi dah berduyun2 beratur sampai abah tak berenti.ada gerai lain tu baru nak buka kami dah kemas nak blk dah masing2 muka tak puas hati sbb tak dpt beli semua ckp esok masak lebih lagi he..he..tengoklah klu larat.semalam abah dah demam td subuh2 lagi aku dah gi cari ubat sbb stok ubat kat umah dah abis.kul 9.30 pg td call dia ckp dah ok sikit.harap2 tak berlarutan lah sbb nak niaga lagi ptg ni tp klu keadaan tak mengizinkan aku suruh tutup aje dulu hari ni bg sihat betul tp abah ni jenis degil lah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ok abis cerita kita tengok resepi lak

Quote:

BLUEBERRY FINGER BUN
Doh:
· 380gm tepung high protein (tpg roti)
· 3 sudu besar susu tepung
· 80gm gula castor
· 3 sudu kecil yis segera
· 1 bj telur gred A
· 100ml air
· 100gm Water Roux
· 30gm butter
· 30gm shortening
Topping:
· blueberry filling (diblend halus) atau custard filling
Filling kastad:
· 1 cawan susu fresh
· 2 sudu besar kastard
· 2 sudu besar gula
1. campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api sederhana
2. kacau supaya tidak berketul/hangus
3. masak hingga sedikit pekat
4. padamkan api dan biarkan sejuk baru digunakan
Kaedah 1 .. jika menggunakan Bread Maker (BM):
1. Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
3. Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan/mematikan yis.
4. Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening. Biarkan proses menguli hingga selesai. (Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.) - akak wat sekali jek..cukup lembut dah...
5. Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
6. Bahagikan doh kepada 20 atau 22 bj dan bulat2kan. Rehatkan lebih kurang 15 minit.
7. Ambil sebiji doh dan canai nipis.
8. Gulung doh dan gelek2 sket hingga doh membentuk jejari lebih kurang 4 atau 5 in panjang.
9. Susunatur ke dalam loyang pembakar yg dah disapukan butter.
10. Buat hingga habis dan biarkan doh naik lagi 2x ganda.
11. Spraykan sedikit air keatas doh supaya permukaan doh tak terlalu kering masa proses membakar.
12. Picitkan blueberry filling yg dah diblend atau kastard ke atas doh yg dah naik.
13. Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C lebih kurang 20 - 25 min atau sehingga masak.
14. Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)
Kaedah 2 .. jika menguli menggunakan tangan:
1. Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
2. Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
3. Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
4. Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
5. Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
6. Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
7. Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no. 6 di atas dan seterusnya.



order dr Alfred Chan manager account kami.dia order carrot cake with cream cheese utk besday anaknya yg bongsu.Happy Birthday Fiona,anak dia ni bakal doctor tau mkn semua jaga setiap minggu pergi renang utk bg buang lemak dibadan(itu cerita bapaknya lah)



sweet bun dlm nya aku letak inti serunding roti ni dah byk kali aku buat memang sedap resepi kat sebelah yer klu tak jumpa kasi tau(ada ke org nak tanya???)

Quote:

SWISS ROLL
Sumber : MamaFami dan Ahpek
copy fp rinnchan

BAHAN-BAHAN :

6 butir telur gred A @ B
4 oz gula castor
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanilla
1 tbs ovalette
3 oz tepung gandum (Rinn guna tepung kek NONA)
1 tbs susu tepung
Secubit garam
4 oz mentega cair

* Filling ikut citarasa masing-masing
* Kalau nak buat lorekan batik, asingkan 1 cawan adunan dan campurkan sedikit emulco. Kacau rata, isikan dalam piping bag dan lorekkan atas adunan asal.


CARA-CARA:

1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan sekali, telur, gula castor, ovalette dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan perlahan seketika, terus pada kelajuan tinggi selama 5min - 7min.
2. Masukkan mentega cair. Gaul rata menggunakan spatula sahaja.
3. Tuang ke dalam loyang 12 in x 12 in yang telah disapu mentega dan dilapik dengan kertas. Biarkan kertas berjuntai pada dua bahagian yagn bertentangan supaya mudah untuk mengangkat keluar kek.
4. Bakar pada suhu 175 darjah cel selama 20min.
5. Bila dah masak, keluarkan kek dan terbalikkan kek atas kertas. Biarkan sejuk seketika. Sapukan jem atau filling kegemaran masing-masing dan gulung perlahan-lahan. Simpan seketika dalam petisejuk supaya lebih mudah dipotong.

BUTTER CREAM

BAHAN-BAHAN:
1/2 cup shortening
1/2 cup krimwell
2 cups icing sugar (diayak 3x)
1 tsp esen vanilla
1/2 tsp esen lemon
2 tbs susu segar

CARA-CARA:
1. Putar shortening dan krimwell hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan esen lemon.
2. Masukkan icing sugar sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Selang-selikan dengan susu.
3. Putar hingga gebu.


Rinn berkenan dengan resipi ini sebab kaedahnya mudah. Campur saja semua bahan dan putar. Masa penyediaan singkat. Keknya cantik dan gebu. Rasa pun sedap macam kat bakeri.. . Rinn buat plain aje kali ini. Fillingnya menggunakan buttercream
.

satu swissroll tu nampak bogel sbb salah teknik gulung lah


Ayam serai wangi aku ambik resepi dr majalah rasa nak resepi tungguuuu..memang sedap ni pedas2 masam manis


cekodok carrot yg best dan rangup nanti aku tulis resepinya

ok bye..bye..semua resepi tu dah basi dah sbb lama sgt peram cekodok tu aje yg panas sbb baru wat smlm he..he.. jgn mare



[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net