Want your
own Fotopage?










































 

SYARIFATUL ATIQAH & SHARIFATUL SHAFIKA Only my twin daughter & home life
By: nor marlida

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]
Friday, 31-Dec-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark

N3 TERKINI SILA KE N3 SETERUSNYA

BUSINESS CARI MAKAN




pelbagai jenis gate dan pintu pagar sama ada persendirian atau kerajaan.Jenis dan design terpulang pada individu.

ORDER TERBARU(SIAP PASANG 16/11/09)




antara contoh bunga yg di minta customer.jika tiada contoh kami punya beratus2 jenis contoh yg blh di pilih(ada katalog)




UTK SESIAPA YG BERMINAT UTK MEMBUAT TEMPAHAN BOLEH BERHUBUNG TERUS DI NO INI 016-3571159 BASERI.
Quote:
Lokasi kami sekitar Lembah Klang tapi jauh tu pergi gak kalu kena dengan harganya.Kami punya bengkel besi terletak di Sentul(last LRT Star Station) bersebelahan dgn kedai runcit.Untuk perbincangan atau tawar menawar bolehlah hubunggi no tel ini 016-3571159-Baseri



SAMPINGAN- SEDIA MENERIMA JEMPUTAN UTK MASAK KENDURI KAHWIN ATAU SEBAGAINYA UPAH DIKIRA IKUT BILANGAN JEMPUTAN,menu ditentukan oleh tuan rumah

N3 TERKINI SILA KEBAWAH

hullamakk!!!Ada bisnes besar-besaran rupanya...Awak ni serba boleh lah ida...dapur boleh, luar rumah pun boleh. Moga sukses selalu!!! Sun 15-Nov-2009 04:57
Posted by:Kak Leez  - [Link]
Salam,tumpang iklan..
Berminat dengan busana muslimah...
Jemput ke http://ummyfaqihahibni.fotopages.com txs
harga boleh di runding..
Fri 20-Nov-2009 10:16
Posted by:ummy  - [Link]
JOM JOIN DSG NETWORK
BOLEH DAPAT FREE LAPTOP SONY VAIO
BOLEH DAPAT FREE LAPTOP DELL
BOLEH DAPAT FREE LAPTOP APPLE MAC PRO
BOLEH DAPAT FREE HANDPHONE NOKIA E71, SAMSUNG OMNIA, HTC DIAMOND2
BOLEH DAPAT FREE MOTORSIKAL YAMAHA LC135, MODENAS GT128
BOLEH DAPAT FREE TV SAMSUNG 40", PETI SEJUK SAMSUNG, MESIN BASUH SAMSUNG
BOLEH DAPAT FREE SONY PSP, JAM TANGAN, HANDBAG LV
DAN BYK LAGI WOOO...
DAH RAMAI YG DAH DPT FREE WOO..
019-347 4727 >> MFAIHAS
019-369 1689 >> NOREHAN
http://dsgnetwork-343.blogspot.com/
Sat 21-Nov-2009 10:34
Posted by:MasterPlan-343 masterplan343@yahoo.com  - [Link]
View all 16 comments Add comment


Thursday, 19-Nov-2009 01:10 Email | Share | | Bookmark
SOFT PRETZELS

 
 
 
 
 
 
View all 12 photos...
Salam..

salah satu kueh yg aku suka sangat beli dekat Kiosk Ant Anne's tp rega dia mahal sgt jd skg bila lalu depan kiosk tu rasa meleleh aje air liur nak beli seketul mcm tak puas mkn dah tu tak termasuk nak beli yg ekor2 kat belakang lagi last2 buat tak nampak aje.Klu org ada anak kecik pun blh buat sebab klu tak sempat nak bakar @ canai masuk aje dlm peti tp mesti tutup kemas2.Lepas aku tengok kak rinn tayang pretzels dia semangat nak buat tu dtg lah kobar2.sblm tu dah tengok kat rumah hana.bila dah 2 x tengok ni kena buat gak.bila tengok 2 resepi tak sama jd aku pilih yg mudah sikit.hana punya lebih ringkas.Blk keje sampai umah terus aku bancuh(kena bancuh awal sbb nak tunggu naik kot lambat)lepas solat maghrib aku pun mulalah mencanai yg original tu kira bacth pertama.selamat sekali hadap aje.mkn panas2.nak teruskan mencanai kembar dah kalut nak buat sama last2 bila aku dah siap bahagi tutup bekas kemas2 masuk peti.dlm kul 10.30 kembar dah tido baru aku start balik tu yg jd mcm2 variasi tu.jd klu sape nak cuba buat sarapan pun blh masuk aje peti.lagi satu doh yg dah masuk peti lagi senang nak canai jd bentuk pretzels. dah byk lak citer jom tengok resepi

Quote:

SOFT PRETZELS
sumber hanamemories.blogspot & dr cikwan taiwan

Bahan-bahan
3 cawan tepong roti@high gluten flour@strong white flour
1 suduteh garam halus
1 sudubesar gula halus
1 1/2 suduteh yis kering
1 sudubesar butter cair
1/2 cawan susu segar (suam)
1 cawan air suam - hana ltk sket2 jerk tk semua (ibu pun wat mcm tu gak)
sebiji telor utk glis/garam kasar, biji bijan, gula+serbok kayu manis(i.e untuk taburan)
Cara-cara
Didalam mangkuk pengadun,ayakkan tepong bersama garam dan gula kemudian taburkan yis dan gaul rata.
Buatkan lubang ditengah dan masukkan butter cair, susu dan air. Gaul rata untuk menghasilkan doh lembut.
Tambah tepong sedikit2 jika perlu sambil menguli doh hingga kental dan elastik.
Bulatkan doh dan letakkan didalam mangkuk yang diglis sedikit minyak, tutup dengan plastik bersih dan biarkan ia kembang 2x ganda.
Tumbuk doh yang telah kembang dan bahagikan kepada 16 bahagian.
Uli tiap satu sepanjang lebih kurang 10-12inci(seperti tali). Ambil 1 tali, pegang kedua hujungnya dan jadikan seperti huruf U kemudian simpulkan@ silangkan saja hujungnya bersama dan letakkan
berlawanan arah, picit sedikit supaya ia lekat dan susun diatas loyang bakar.
Setelah siap tutup sekali lagi dan biarkan ia kembang 20minit.
Panaskan oven pada 200'c. Sapu atas pretzels dengan telor dan taburkan dengan hiasan kegemaran masing2. Bakar selama 15-20minit@ gareng atasnya. Angkat dan sejukkan sepenuhnya diatas wire rack.
Pretzels yang telah masak hendaklah gareng diluar dan lembut didalamnya

Tambahan utk memberi warna yg cantik pd pretzels(cilok dr kak rinn)
Untuk Dipping :
1 cwn air mendidih
1 sudu makan soda bicarbonate
panaskan 1 cwn air hingga mendidih dlm periuk kecil. Masukkan 1 sudu makan soda bicarbonate. Kekalkan didihan dgn api kecil. Rendam pretzel tadi dalam air soda selama 10 saat dan letakkan dalam loyang pembakar yg telah digris. Lakukan hingga habis

ibu buat mcm kak rin gak main celup aje tak didihkan air cuma guna air panas aje.



Quote:
Aku telah mempelbagaikan acesorinya






baru siap canai tunggu naik jap baru bakar.


2nd bacth baru masak.mulanya ingatkan susah nak buat rupanya tak susah mana.



Crunchy Cinnamon Roll buat lepas abis bakar pretzels.buat sekeping aje dpt 8 ketul dah sekali aku hadap aje rasa tak cukup pun ada nak buat lagi dah malas.lain kali klu rasa nak mkn blh buat lagi janji mesti ada stok roti prata kawan tu mesti jadik punya.mai tengok resepi yg senang bangat ni..

Quote:

CRUNCHY CINNAMON ROLL
Sumber Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA
4 keping intstant roti prata jenama "kawan" (jenama lain pun ok, janji bukan roti prata yg dah separuh masak)
1/3 cawan gula perang*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan)
CARA MEMBUATNYA

Bahagi roti prata tadi kepada 8 bahagian yang sama besar, tabur bancuhan gula dan serbuk kulit kayu manis tadi, rata2 atas roti prata.
Dengan cermat, gulungkan potongan tadi dari luar ke dalam (dari bahagian besar ke bucu tajam), alihkan ke dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
Bakar dalam oven pada suhu 190C, selama 30 - 35 minit. Bila masak, alihkan segera ke atas jaringan untuk mengelakkan ia melekat di dulang pembakar.....

sedap sangat dan senang sangat nak buat.


bye..bye..

Ada idea Ida buat pelbagai pretzel....
lepas ni tak payah beli di kedai...buat sendiri lagi puas mkn kan.....
re; sorry tertype nama adik Ida Mariha sbb dkt dgn nama MaDiha...... dah edit dah.....
Fri 20-Nov-2009 09:14
Posted by:Mamasya  - [Link]
ASSALAMUALAIKUM IDA...
AMBOI BARU JERK X MASUK DAH BYK AKAK TERTINGGAL NIH.....
MACAM2 IDA MASAK.....LEH BUKA KEDAI ROTI DAH NIH...
AKAK KALU BAB ROTI2 NI MALAS SIKIT NAK BUAT...BUKAN APE NAK ULI...NAK TUNGGU KEMBANG...TU LUM LAGIK BUAT YG X MENJADI....LAST2 CIK ABG SURUH BELI JER KAT TESCO....EKEKEKEKEK MACAM TU LER CITENYER KALU BAB ROTI NIH.....
TP NAMPAK BEST PULAK TGOK IDA BUAT PRETZEL NIH....
Sat 21-Nov-2009 02:09
Posted by:kak hanAZ hanie1973@yahoo.com  - [Link]
Salam Ida......lama juga kak rus tak masuk rumah Ida ni...masuk-masuk...wow..wow..wow......macam -macam
pretzel ada...cayalah sam lu......sedap sangat
Sat 21-Nov-2009 23:40
Posted by:Kak Rus kak-rusnah@yahoo.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Wednesday, 18-Nov-2009 15:32 Email | Share | | Bookmark
FRUIT CAKE AUNTIE JENNIE

 
 
 
View all 12 photos...
Salam...

Mai tengok fruit cake yg aku baru cuba minggu lepas..dah abis dah tak sempat nak peram lama asyik duk angkut aje.Al kisah aku dpt resipi ni masa gi beli mix fruit utk buat kek dr resipi mamafami, ant. jennie ni tengoklah aku punya resipi lepas dia ckp dia pun ada resipi fruit cake yg sedap.dulu dia ada buat class utk belajar buat kek skrg dah tua jaga kedai ajelah.mulanya dia nak bg hari yg sama lepa tu abus di selongkar semua brg dlm laci nak cari resipi bg kat aku tp tak jumpa,aku pun ckp takpe lah ant lain kali aje lagipun saya kan selalu dtg sini.aku pun selalu gak tukar2 resipi dgn ant jennie ni.seminggu lepas tu dia pun bg ler sekeping kertas nota warna kuning aku ingatkan ape rupanya resepi cake.maka pun terhasilah fruit cake....


FRUIT CAKE
Auntie Jennie (Wilton Ingredient)

180 g Butter(guna butter yg dr peti sejuk dan potong kecik2)
90 g Brown sugar

disatukan sehingga lembut kemudian masukkan

6 biji telur kuning
2 biji telur putih

kedlm adunan butter tadi pukul lagi sehingga sebati kemudian masukkan

60 g Golden syrup(ibu guna jenama Nur)

pukul lagi hingga sebati kemudian masukkan
225 g mix fruit yg di gaul dgn tepung(ambil tepung dr 180 g)

kemudian masukkan
180 g tepung(ibu ambil dlm 1 sudu besar dan di gaul dgn mix fruit) + 1 s/k baking powder di ayak

Quote:
Refer blk dgn ant jennie smlm 19/11
bakar guna suhu 150c@ 140c selama 1 jam lebih
mesti simpan dlm peti 3 ari(aku simpan kat luar aje) baru mkn



dpt 1 loaf.nampak terlebih garing sebab bila test mcm tak masak last2 jadi hitam mcm ni.aku guna suhu 180c masak dlm 1 jam gak rasanya dah lupa dah sbb byk kali duk test.


ni ler kertas resipi yg ant. jennie bg pd aku

Note:
*kek ni mesti peram sekurang2nya 5 hari baru sedap dan jd sedikit lembab
*klu mkn mula2 masak rasa keras mcm nak balik dinding pun ada
*kek ni sesuai utk buat stok kat dapur tp mesti bungkus kemas2
*makin lama di simpan makin sedap rasanya

Disebabkan ari sabtu tu terlalu rajin ari ahad aku dah jd terlalu malas masak laksa utara versi Nuanza lak.sblm ni klu masak laksa penang ni versi utara sedap gak abah duk angkut siang mlm pg ptg 2 ari gak lah mkn.Lagipun sabtu tu aku ada gi pasar chow kit duk merayau tengok ada laksa ada daun kesum ada bunga kantan tu yg jd gak tu.

Quote:

LAKSA UTARA
http://nuanza.fotopages.com/?entry=1924731

Bahan2
1 kg ikan sadin /kembong
3 biji bwg besar
2 ibu jari belacan
2 senduk cili kisar- saiz senduk beza2 kan, so, pandai2 la...letak sampai kuah jd kemerahan..
3 tangkai bunga kantan
1 ikat daun kesum
5-6 keping asam keping (aku suka masam!)
1 bungkus laksa (aku suka jenama eka)- rendam dan rebus hingga lembut



cara:

rebus ikan dan asingkan isi dari tulangnya (air rebusan tapis dan simpan dlm periuk)
kisar isi ikan dan masukkan dlm periuk air rebusan yg sudah di tapis td
ambik tulang ikan td, kisar gak sampai halus
tapis dan ambik airnya

ambik 1 tangkai bunga kantan
buang bhgn luar...ambik yg tgh je...yg lembut tu (yg luar tu simpan jgn buang!)
masukkan dlm blender
kisar bersama bwg besar dan belacan
masukkan dlm periuk yg sama

tambah air dlm periuk td..sampai sesuai dgn kepekatannya
masukkan asam keping
jgn lupa bukak api..huhuhuhu
masukkan belen bunga kantan td..belah 4 setiap satu (jgn lupa yg bhgn luar td..masuk sekali)
masukkan jugak daun kesum...(asingkan daun dari btgnya)
didihkan
perasakan dengan garam, dan ajinamoto (ni je satu2nya masakan yg aku guna aji)

bahan hiasan:

timun
daun salad
bwg
telo rebus
cili, limau kasturi



krim puff msk sabtu lepas gak n3 bawah ni pun ada gambarnya.resipi versi mama ku sendiri.mana mama dpt resipi aku kurang pasti klu tak silap dgn cikgu rokiah guru ERT sekolah menengah aku dulu dan cikgu rokiah ni gak merangkap sepupu ku dan juga anak sedara papa ku sbb tu blh mintak resipi.cikgu kiah ni pandai menjahir,sulaman masak2 dan gubahan segala benda yg berkaitan ekonomi rumahtangga lah pjg lak cerita aku ni jom layan resipi lah..



Quote:
Bahan2
1 cawan air campur
3 sudu majerin campur
sedikit garam kemudian didihkan bila dah mendidih masukkan
1 1/2 cawan tepung +1 s/k baking powder di ayak
tutup api kacau sehingga sebati.di ingatkan kacau hanya satu arah sahaja kemudian masukkan
3 biji telur gred A (masuk sebiji2 selepas sebati setiap satu biji baru masukan yg seterusnya)
bila semua dah sebati blh lah di buat seperti krim puff yg kat atas tu atau blh juga di goreng menjadi kueh belimbing

Bahan Kastad utk inti krimpuff
2 s/b tpg kastad*
1 s/b gula*
1 s/b susu tpg*
1 cawan air*
1/2 s/k vanilla
1 s/b majerin

campur semua bahan yg bertanda * masak menggunakan api yg perlahan sentiasa kacau supaya tak berkerak bila dah mula pekat masukkan vanilla kacau lagi kemudian masukkan majerin dan tutup api kacau sehingga majerin larut.sedia digunakan.tujuan majerin dimasukkan utk mendapat kilatan pd kastad



Panaskan minyak yg byk agak2 tengelam adunan.grg guna sarang bunga dahlia sentiasa balik2kan supaya kembang klu buat 2 org lagi senang.bila dah angkat terus taburkan guna mcm donat ok siap.belimbing kat atas ni kurang kembang entah kenapa tak tau agaknya merajuk sbb dah sethn tak buat kot.dulu sblm aku keje yg skrg aku buat jual kueh ni lah hantar kat kantin jusco setiap ari.tp bila dah keje abah ckp tak payah lah buat kueh lagi keje aje. tp aku bkn blh duk senang klu tak masak kueh skrg aku mula balik tp pesen lain baking2 lak he..he.. mana tau kot2 blh jd mcm tokey kek yg lain2 tu.

aku buat 2 versi sebab abah suka mkn kueh belimbing ni dan aku lak terasa nak mkn krimpuff jd satu adunan bg 2.Kueh belimbing sekali hadap aje licin ptg abah mintak lagi aku bg krimpuff lak,abah tanya nape buat sikit sangat aku takde lah ckp yg separuh lagi tu aku dah bakar he..he..bese 1 adunan dpt lah dlm 40 biji kueh belimbing.krimpuff kurang pasti berapa dptnya



vanilla butter cake order dr kak ila utk mkn2 family deco simple aje tp tangan aku gatal nak tambah2 aje

order terkejut.aku tengah duk layan citer nur kasih 7.30 mlm tertiba hp abah bunyi.kawan abah nak order CMC cup cake 40 biji utk jamuan sekolah utk anaknya nak mlm tu gak aku duk menung jap pastu ckp ok lah

simple aje deco tu pun belen bc yg kek atas tu malas nak buat bc yg baru lagipun nak cepat kan.dlm kul 11 mlm abg din dtg umah amik cc ni.siap dia ckp nape murah sgt dia bwk byk duit(abg din klu dah byk duit lain kali order lagi lah)ni pun kira dah bese order dgn aku katanya anak2 dia suka cake mcm tu.


ni lak order dr kak bariah utk tunang anak sedara nya kat kuantan.jauh nya cmc ni jln ya.dia order 100 biji.baru ku tahu jenuh gak nak masak klu byk2 ni lagilah aku punya oven ciput aje klu beso cepat lah sikit.mulalah berangan nak oven beso mana nak letak entah ler...

bye..bye..


salam ida...
adus..sedap-sedap semua nie..
tetiba lapar la pulak....
Wed 18-Nov-2009 07:57
Posted by:sal adeqsal@yahoo.com  - [Link]
salam...
ida, terliurnyer tgk cream puff ngan kuih belimbing awk...
rse2 klu order dua2 kuih leh pos x? ekekekekek....
Wed 18-Nov-2009 09:07
Posted by:maria rosmaria@st.gov.my
rajinnya Ida, mcm2 ada...tak pernah tengok/makan kueh belimbing tu....
sempat buak kek express....
Wed 18-Nov-2009 14:30
Posted by:zara bee_zara@yahoo.com.sg  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Monday, 16-Nov-2009 05:15 Email | Share | | Bookmark
SHEPPERD PIE,EBI FRY,MUFFIN DAN POPIA ala VIETNAM

 
 
 
View all 16 photos...
Salam..
Menu kat bawah ni seme aku masak satu hari ia itu ari sabtu lepas

Minggu lepas kak meen JHD ada tayang dia punya pai yg diberi oleh salleh.walaupun bkn kak meen buat sendiri tp aku pun terasa-rasa mcm nak mkn pai tu gak jd cari ler resipi sana sini sinun pastu jumpa kat dapur cekde sam yg dah lama sepi sejak balik malaysia agaknya dah tak jumpa dapur ni kot.mamafami pun ada gak resipi pai ni versi satu bekas beso tp aku cuba yg cekde punya nampak mcm ringkas sikit.

Quote:

SHEPPERD PIE WITH PASTRY
sumber mamaera.fotopages @ cekde sam

Bahan untuk Pastri:

500g Tepung gandum
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur
1 tsp Esen Vanila (tak letak tp gantikan dgn garam bg rasa lemak sikit)

Ayak tepung. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.Keluarkan dr peti sejuk selepas 20minit dan terapkan kedalam acuan aluminium kecil dan bakarlah in preheat oven 180c selama 15-20minit.

Bahan
500 gm daging kisar
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
mix vegetables
Asparagus dipotong sebesar 1 cm (ibu tak letak pun)
Celeri dihiris halus (ni pun sama tak letak)
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
2 s/b minyak
Lada hitam ikut suka
garam


Bahan Kentang
ubi kentang (ibu rebus 4 biji yg saiz bese bkn yg beso)
susu segar (letak 3/4 cawan)
garam, serbuk lada hitam
air untuk merebus kentang secukupnya

Cara:

Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering. Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada hitam.

Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan daging kisar dan celeri. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
3. Masukkan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
4. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak.
5. Masukkan inti ke dalam pastry yg tlh masak dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
10. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180 'C selama 20 minit
11. Sejukkan dan hidangkan.


Buat half aje adunan pastrinya.dapatlah dlm 11 biji saiz muffin tu.
Pastri nya rasa mcm kureng sikit mungkin aku yg tak pandai kot dah tu terlebih garing masa bakar pastri mungkin tu gak punca pai ni rasa kureng.Yg kentang tu memang sedap ada rasa mcm mash potato klu tambah chicken stok/kiub mesti jadik terus.


Resipi bawah ni lak saje gatal nak try lagipun kembar suka mkn udang yg adik lah kakak bg kat dia jgn kata nak mkn bila ibu dia bg langsung tak ambik hee..kakak ni payah betul nak suruh dia mkn.adik lak mkn udangnya aje yg tepung tu dikopeng buang hu..hu..penat je ibu dia buat celup2 mcm tu.yg abah ckp ni resipi mana lak comel benor rupa dia..he..he..abah ckp sedap(tp aku masak dlm 15 ekor pun tak abis sudahnya aku masuk peti aje)

Quote:

EBI FRY
sumber hanamemories.blogspot

Bahan-bahan
·8-10 ekor udang segar sederhana besar
·100g tepung tempura@tepung gandum
·100g serbuk roti
·1 biji telur
·garam
·lada sulah
·minyak utk menggoreng


Cara-cara
1.Kupas kulit udang, buang kepala dan basuh dengan bersih. kerat bwh bdn udang jgn smpai putus supaya udang tk bengkok masa dgoreng. (yg aku wat nih versi bengkok! mls nk kerat! hahaha)
2.lap menggunakan kicthen towel supaya tk meletop ketika menggoreng.taburkan garam dan lada sulah skit.
3.Lumur udang dengan tepung,then celup kat telur yg dah dipukul (pukul ngan garfu jer).. Pastuh lumur plak kat serbuk roti dan ratakan penuh.klu nk double croating korang ulang smula proses tadi.
4.Pastikan minyak dah panas. goreng udang hingga keemasan.
5.Angkat dan toskan.

mudah nak buat
mkn pun sedap
klu rasa nak angkat kat tamu pun mcm ada rupa ala2 hotel mari @ gaya restoran lah


Sabtu lepas kak zila @Cho Zila dtg lagi (mesti ramai tertanya nape rajin benor kak zila dtg umah aku bkn apa ada projek &hal sikit)tp kali ni dtg dgn 2A.Aku lak jenis klu tamu dtg mesti ada benda yg aku bg bese nya mknan lah.tak kiralah sape yg dtg mcm tu gak klu aku gi umah org mesti adalah benda yg aku bawak bese nya pun mknan gak. Jd drp takde apa aku nak jamu tamu aku wat lak muffin ni.spt kata mat gebu memang gebu org yg tak de gigi pun blh mkn abis.sedap memang sedap klu tak caya cubalah.

Quote:

ORANGE & POPYSEED MUFFIN
sumber tiffinbiru.blogspot.@ mat gebu

Bahan-Bahannya
125 g unsalted butter (boleh guna butter biasa)
125 g gula perang (brown sugar)
1/2 camca teh ovallate
1/2 camca teh garam halus (kalau guna butter biasa, tak yah letak garam)
150 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
1 camca teh baking powder*
10 g susu tepung*(*disatukan dan ayak)
25 g serbuk badam
2 biji telur gred A
15 g popy seed (biji kas-kas)
1 biji oren, parut kulitnya dan perah jus

Cara membuatnya
1.Panaskan oven pada suhu 170C. Putar mentega, gula perang dan ovallate hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren, gaul rata.
2.Satukan tepung yang telah diayak bersama popy seed dan serbuk badam, gaul rata. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren hingga habis. Gaul rata.
3.Sudukan ke dalam muffin cup, atau paper cup yang dialas dalam muffin mould (seperti gambar disini..), 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar 12- 15 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

Adunan kat atas ni dpt lah dlm 22 biji.Tekstur muffin ni memang lain sikit tak mcm muffin bese tu rasanya yg soft tu blh teringat2 aje.Dptlah tapau kan utk 2A walaupun dia org ni duduk membatu kat umah aku
.

Aku kan memang gatal ber xperimen jumpa yg pelik sikit mulalah nak cuba lagipun tak pernah rasa nak cubalah buat.bahan2 pun tak susah.Blk keje ari jumaat tu aku singgah kat Bazaar jap gi cari paper rice ingat ke mahal rupanya idak mahal mana RM2.50 rasanya dlm tu ada 50 kpg kot.Bagus gak klu sesapa nak diet tak nak mkn popia grg blh lah cuba cara yg ini.bawah ni resipi yg hana buat aku lak letak aje bahan ini buat pai yg ada belen tu lg senang citer 2 in 1


Quote:


POPIA VIETNAMESE
sumber hanamemories.blogspot
Bahan-bahan
·4 helai daun salad
·1 lobak merak, diparut
·1 timun, dipotong memanjang
·8 ekor udang, direbus dan buangkan kulit
·Sedikit Taugeh
·Daun sup atau daun mint ikut selera masing2
·4 helai Rice Paper
·Sos: Saya mkn dgn sos Thai Mango Salad.-sos chili thai jer!
Cara-cara
1.Rendam 1 helai rice paper dalam air suam seperti dinyatakan kat pkt.
2.Letak rice paper tadi di atas pinggan, susun bahan2 diatasnya dan balut macam popiah.
3.Potong dua jika suka, dihidangkan segera atau simpan dlm bekas


ibu tak guna resipi atas ni letak aje inti pai kat dlm tu.resipi atas tu kot2 ada sesape nak cuba itu ler resipi asalnya

Yg lak aku buat ke esok kan harinya konon nak diet cara sihat padahal nak sedapkan tekak aje hee..he..

Bahan2
2 biji carrot potong pjg 2 inci dan potong nipis2
2 biji tomato ppotong dadu @ pjg mcm carrot pun blh
1 s/b gula
1/2 s/k garam
sedikit cuka
sos ikan@nampla
kacang tanah yg siap di grg dan di tumbuk

gaul kesemua bahan kemudian rasa ikut kesesuaian masing2


kembar dan budak2 punya
letak aje scrambel egg

2 biji telur
1 cawan susu segar
3 btg sosej
1/2 sudu garlic powder
1 s/k serbuk pasti sedap knor

masukkan kesemua bahan dlm kuali dan kacau sekali sekala sehingga telur masak




lagi menu yg dimasak minggu lepas.fruit cake dgn roti tu aje yg tak sama ari yg lain satu angkatan dgn yg atas tu resipi next n3 ya

Quote:
Cho Zila dtg lg umah ku yg kecik ni.kali ni dtg bawak 2A tp masing2 membatukan diri klu si azalia lagi lah dr mula dtg sampai nak blk duduk aje kat lantai tu tak bergerak tak bunyi suara langsung bila aku nak ambik gambar dia pun menyanyi ler lagu dayang senandung kejap hu..hu.. sudahnya mama dia kena duduk kat situ sekali.




sekarang kena wat n3 panjang2 sebab aku skrg ni dah terlebih rajin lah pulak mcm2 nak cuba projek2 kat atas tu jadi sebab kembar takde kat umah aku hantar dia kat nursery lepas siap masak baru gi ambik klu kembar ada kat rumah jgn haraplah dpt masak seme tu..

ok bye..bye..

mmg rajin benor msknyerrr....berderet2...sherphed pie pun siap wat tecik2...syabas bete!!!.... Tue 17-Nov-2009 09:10
Posted by:jasmeen armadean@gmail.com  - [Link]
komer ni kalo bab experimen mmg rajin...tabik spring kat ida ni....
suka tgh rice paper tu..transparen nmpak isi dlm...tp rasanya kt t.i ni xde jual....tggu g rmh ida nnti br le dpt mkn kot....ahaks
Tue 17-Nov-2009 09:37
Posted by:umieaisyah  - [Link]
novel2 tu antara harta yg kite sayang
mmg wat koleksi kat umah
mmg jaga betul siap balut
cuma x puas ati bila org pinjam x pulangkan
Wed 18-Nov-2009 01:15
Posted by:nuanza  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 13-Nov-2009 01:42 Email | Share | | Bookmark
FRIED MUSHROOMS & KEK MADEIRA ORANGE

 
 
baru nak masuk oven
View all 5 photos...
Salam Jumaat semua...

Hari ni rasa malas benor dtg keje dah lah terbangun lambat.ada ke jam bunyi aku tutup balik pastu sambung tido sedar2 dah jam 7 pg kelam kabut aku bangun mandi solat subuh pun subuh gajah(mak aku suka panggil mcm tu bila kita org solat lambat).ari lak ada order opis mate oder CMC utk tunang anak sedara nya nasib aku dah siap pack smlm klu tak mau nya lagi kelam kabut.takde citer apa layan aje menu kat bawah ni..................

Kes terliur tengok kat dapur mamafami,nak dijadikan cerita lepas aje tengok tengok resipi ni dlm ati duk berkira nak kena gi jusco ni klu nak buat resipi nak cari cendawan tp mcm malas aje nak gi jusco alah lain kali ajelah masak.waktu lunch hari yg sama aku pun saje gi mengacau kak ila(sambut tamu)terus nampak 2beg beso cendawan tiram terus aku tanya sape punya.kak ila ckp takde sape punya klu ko nak nanti akak bg..pucuk di cita ulam mendtg yahoooo..blh masak resipi mamafami tu..maka jd lah sedap ooo ..lg klu mkn panas2 garing gitu klu dah sejuk jd chewy sikit tp tetap sedap...bawak gak gi opis sikit semua pakat duk kata sedap..memang berbaloi masak subuh2 ari

Quote:

FRIED MUSHROOMS
Source : Mak Chu
copy mamafami

Ingredients :

200 g Oyster mushrooms - tore to small pieces
2 shallots ~ minced
2 garlic ~ minced
1 tablespoon curry powder (I used Baba's)
salt to taste
Oil for frying

Method :

1. Wash and rinse the oyster mushrooms. Squeeze hard to remove all the liquid.
2. Mix well all the ingredients above, except oil.
3. Heat oil in a pot and fry till golden brown.
4. Ready to serve


Kek ni rententan dr Banana Butter Cake tp telah di ubah suai oleh ku.

Quote:

VANILLA BUTTER CAKE

BAHAN-BAHANNYA
4 biji telur gred "A"
100 g gula halus
1/2 camca teh ovallate
120 g tepung protein rendah (mat belasah guna tepung gandum)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
85 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
1/4 camca teh soda bicarbonate
1 s/k vanilla


CARA MEMBUATNYA
Putar gula halus dengan ovallate hingga rata. Masukkan kesemua telur dan putar hingga kembang dan pekat. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis,masukkan vanilla gaul rata. putar lagi dan akhir sekali masukkan mentega cari dan gaul rata menggunakan spatula.
Isikan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau hingga masak. Biar kek sejuk dan hias ikut kreativiti masing2.


Tengok mcm sedap aje kek ni kat blog chef norzailina maka aku cuba lah bila dah buat sekerat mcm ada confius sikit sebab mcm nak wat jemput2 pun.semua bahan di masukkan sekali tp dah gatal nak buat gak mujur lah resipi ni kecik aje.masa bakar bukan main naik bila dah masak terus menjunam pasal apa ya?????ke memang pesen mcm tu....tp memang sedap dgn rasa oren cuma kek ni mcm padat aje teksturnya.bawak gi opis ada gak yg puji tp klu aku yg buat ni kira tak jadi lah ni mcm bantad aje.

Quote:

Kek Madeira Oren
sumber CHEF NORZAILINA
Gunakan tin 15cm empatsegi
@18cm bulat
@900 gm bentuk lof

170 gm mentega – dibiar lembut
170 gm gula kastor
3 biji telur Gred B – dipukul sedikit
230 gm tepung berserbuk penaik – diayak 2 kali
1 camt parutan kulit oren
30 ml jus oren

Cara membuat
1. Alas tin dengan kertas kalis minyak, lengserkan dengan majerin.
2. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
3. Putar perlahan hingga sebati.
4. Pukul kelajuan maksima selama 1 minit.
5. Bila gebu dan kembang, ratakan di dalam tin.
6. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak.


Fuhh...abis sudah xperimen aku minggu lepas punya minggu ni punya takde xperimen lagi tp tak tau lah kot2 besok ke mlm kang ke aku gatal nak buat xperimen lagi.(dlm ati tu memang dah pasang niat nak buat muffin mlm ni entah jadi ke idak)

bye..bye..

kak wattie memang tabik la kat ida, tiap kali bukak fp ada ja resepi baru yang dieksperimen, rajin betul, tentu banyak yg dpt ida pelajari dr eksperimen tu kan.

ps : orange cupcakes tu memang gebu dan tak lekang, ida cubala buat. Kek yng ida buat tu lekang kemungkinan terlebih butter kot.
Mon 16-Nov-2009 09:46
Posted by:Wattie watti.ismail@yahoo.com  - [Link]
dah try bg susu tepung (lembu punyer jerrr, susu soya mahal wooo)ms dlm pntang lg. tiap kali tu lah nisa amni muntah blk. last2, buang gitu jah... abg2 dia dulu ok jer even mula2 tu susah jgk. nsb baik la 5 hr je ulang alik.... Mon 16-Nov-2009 10:16
Posted by:azu  - [Link]
re: ida..mmg sabtu ari tu kuar co kit ngan member opis
gi kedai yg jual pinggan mangkuk yg mahal2 tu...ntah ape nama ntah
dh nama pun mahal, tgk je la...beli nya x mampu...huhuhuhu
tp ngidam gak la...ye la...cantik nya la hai...
tp rembat gak la acuan tat ngan bekas utk isi buah2 dlm freeze...
Mon 16-Nov-2009 14:09
Posted by:nuanza  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Thursday, 12-Nov-2009 04:30 Email | Share | | Bookmark
APPLE PAI,BANANA BUTTER CAKE & RAINBOW CAKE

 
 
 
View all 8 photos...
Salam hai dah mula rasa penat nak update Fp lah..
tu lah byk sangat nak xperimen...
di tambah lak tenet yg skrg ni entah apa pasal selalu meragam..
lagi malas..
n3 bawah ni patutnya dah publish smlm tp di sebabkan tak leh nak download gambar kita tayang ari ni aje
seme ni aku masak last week .

Pai ni aku masak ari rabu lepas nak perabis apple yg ms wong bg tu jd lah apple pai ni.mula nak wat mcm ala2 Mc D sekali bila grg terbuka last2 aku buat mcm karipap.Apple pai ni aku bg kat nursery

Quote:

APPLE PAI ALA MC D
copy madiha

Bahan2
Minyak masak utk menggoreng

Bahan2 Inti
7 biji epal hijau ~ kopek kulit, buang biji & didadu kecil2
3 sudu besar kismis kuning
7 ~ 8 sudu besar gula pasir (nak manis tambah lagi)
½ ~ 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu besar mentega
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu besar tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air

Bahan2 doh
4 cawan tepong gandum
½ cawan mentega sejuk
½ cawan shortening
air secukupnya utk menguli

Cara Menyediakan Inti
1. Cairkan mentega dalam kuali dan masukkan kesemua bahan2 inti lalu dimasak sehingga inti kering & secukup rasa. Ketepikan hingga inti sejuk.

Cara Menguli Doh & Menyediakan Pai
1. Masukkan tepong, mentega & shortening dlm satu mangkuk besar lalu digaul ramas sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yg lembut. Rehatkan selama 15 minit.
3. Ambil sedikit doh dan canai nipis (spt nak buat karipap). Potong doh yg dicanai dengan ukuran 6 inci x 8 inci.
4. Letakkan sikit inti diatas doh yg dicanai tadi. Sapukan sikit air (guna jari) di sekeliling pastri yg dicanai tadi lalu tutup inti. tekan2 sekeliling pai kemudian tekan sekali lagi dengan menggunakan garfu. (step ni aku lupa nak sapu air.. bila aku testing goreng... ada pai yg terbuka sikit.. keke.. last2 aku klim tepi pai macam nak buat karipap... selamat.. pai tak terbuka & inti pun tak keluar.. )
5. Bila siap semuanya.. barulah digoreng dlm minyak byk yg sederhana panas sehingga garing.
6. Waktu nak mkn.. hati2 sebab inti dlmnya panas... ala2 McD ler katakan...


yg ni dah lupa lak bila masak. buat half aje sebab telur tinggal betul2 2 biji aje(klu lah salah satu rosak sure tak jd)sedap gak cuma manis sikit...

Quote:

RAINBOW BUTTER CAKE (Chef Noraini)
Source : Chef Noraini Zakaria
mamafami.fotopages

Ingredients :

250 g butter
220 g castor sugar
220 g cake flour (I used multi purpose flour)
4 eggs (grade A)
1 teaspoon baking powder
50 ml evaporated milk (I used fresh milk)
1 teaspoon vanilla essence
Food coloring : Red, Yellow, Green
1 teaspoon cocoa powder


Method :

1. Line the baking tin with greaseproof paper.
2. Cream butter and sugar till fluffy.
3. Add in eggs, one at a time and continue beating.
4. Sift flour and baking powder together. Add into the butter mixture alternately with the milk, ending with flour.
5. Divide mixture into 4 portions. Add the colors and cocoa into each portions.
6. Scoop 2 tablespoons of yellow color onto the center of the baking tin.
7. Top it with 2 tablespoons of pink color onto the center of the yellow batter.
8. Do the same with the green and brown color and repeat the process till all the batter are used.
9. Bake in a preheated oven at 180 C for 45 to 50 minutes.


ni kes nak perabis pisang belen wat pengat pisang mula nak wat banana coklat cake tp mcm leceh aje lagipun pisang yg ada tak kena langsung.masa masuk umah cik mat gebu tu terus terpandang dia wat Banana Butter Cake rupa mcm mufin.aku pun cuba memang sedap dan gebuuuuu..tak rugi cuba tau

Quote:

BANANA BUTTER CAKE
resipi Alex Goh
copy tiffinbiru.blogspot

BAHAN-BAHANNYA
4 biji telur gred "A"
100 g gula halus
1/2 camca teh ovallate
120 g tepung protein rendah (mat belasah guna tepung gandum)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
85 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
120 g pisang embun#(6 biji pisang abu saje lebih kan dan memang pisang tinggal 6 biji aje)
1/4 camca teh soda bicarbonate#
Secubit garam#(#dilecek hingga hancur)


CARA MEMBUATNYA

Putar gula halus dengan ovallate hingga rata. Masukkan kesemua telur dan putar hingga kembang dan pekat. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata.
Masukkan pisang lecek, putar lagi dan akhir sekali masukkan mentega cari dan gaul rata menggunakan spatula.

Isikan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh dan bakar pada suhu 180C selama 25 minit atau hingga masak. Biar kek sejuk dan hias ikut kreativiti masing2. Jika menggunakan loaf tin atau tin bulat panjangkan masa membakar 20 - 25 minit lagi atau hingga masak......


ini lak masak ari selasa lepas.tengok kat dapur mat gebu gak.

Quote:

PAI APPLE & CRANBERRIES
copy tiffinbiru.blogspot

BAHAN PASTRI
200 g tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)
80 g mentega @ margerine
1/2 camca teh esen vanilla
50 ml air ais (kurang lebih)

BAHAN INTI
2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok)
1/4 cawan dried cranberries, contoh dibawah (boleh ganti dengan kismis-ibu letak kismis aje)
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung

1 kuning telur, untuk disapu atas pie
CARA MEMBUATNYA

UNTUK PASTRI :- Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.
UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.
UNTUK PIE EPAL & CRANBERRIES :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 6 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong


ni lak nak perabis pastri puff yg tinggal 4 keping jd latak lah tuna pas tu bakar abis citer tp dah tergaring sikit jd gelap lah rupanya.sedap garing2 pedas.ni pun kira resipi xpress klu ada tamu nak dtg umah.buat aje stok pastri jenama kawan dgn apa2 jenis tuna.aku guna marina chili tuna.tu yg nampak cili api kat dlm tu.



sekian...

Salam ida...
Silap letak comment kat n3 bawah la pulok...
Tak pa la yer, nanti ida baca je la yg kat bawah tu...hehehe...
Tp kan pai apple & cranberries tu memang terliur nengoknye...sure sedap kan....
Thu 12-Nov-2009 08:14
Posted by:Liyana dina_elliana@yahoo.com  - [Link]
ye la..menggoda la tuna chili puff tu
kretip ida ni...
pastu masak mcm2 ngalahkan kite yg layan diri sorang2 ni...ekekekekek
Thu 12-Nov-2009 13:33
Posted by:nuanza  - [Link]
berderet2 Ida masak.....
pai dgn puff tu sedap buat minum ptg.............
Sun 15-Nov-2009 22:58
Posted by:Mamasya  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Tuesday, 10-Nov-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
NASI BRIANI GAM @ DAM

 
 
 
View all 10 photos...
Assalamualaikum..

citer apa lak yek...ok kita cite pasal nasi briani lak.al kisah sabtu lepas hari yg sama cho zila dtg tu ler aku plan nak masak nasi briani & ajak kak zila mkn sekali tp di sebabkan kak zila dtg awal dan juga kejar masa nak blk takut tersangkut dgn peminat2 bola N9 dan Kelate(kan kak zila naik LRT jd tak mau berebut) maka tak dptlah aku hidangkan nasi briani ni.lagi pun kak zila dtg pg aku lum masak lagi. nak mintak tunggu ptg tu rasanya kak zila ada dating lagi dgn sape aku dah lupa lah tp kawan fp gak katanya nak sambut besday anak(klu silap sorry yer)
ok berbalik citer nasi briani ni.Aku cukup minat tengok rancangan 'spice of....(dah lupa lak) yg di taja oleh adabi' dia punya hos master chef sabri tu yg glemer topi koboi.rancangan ni setiap ari isnin kul 7.30 mlm(smlm ler)minggu lepas dia ada citer pasal nasi briani tu yg aku pun teruja nak masak nasi briani gam.
Dah byk dapur aku masuk cara dan bahan lebih kurang aje.Aku pun ada gak tanya chef yg duk kat umah ni.Mula2 dia ckp wat mcm tu wat mcm ni(entah ye ke idak abah ni bg resipi)last2 dia ckp alah guna aje yg adabi punya semua dah lengkap tak yah susah2.Penat tanya aje abah ni.
Dlm seminggu lepas tu aku pun carilah rempah briani gi K4 takde,gi Segi tak de,gi Maksak pun takde masa ni dah mula nak batal niat dah last2 aku jumpa kat Jusco rempah ni terus ler rempat sepeket.
dan inilah hasilnya dr tunjuk ajar chef E yg byk songeh ittew...jgn marah bang nanti kena jual tau..



NASI BRIANI GAM @ DAM
sumber:dr peket rempah briani adabi

Bahan2
90 g rempah briani adabi
1 ekor ayam dipotong lapan(di goring ¾ masak)
5 cawan (1000ml) air
5 sudu mkn minyak masak (minyak sayur) utk tumis
3 sudu mkn minyak sapi QBB
Garam secukup rasa

Bahan A(dikisar halus)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6cm halia
5 biji cili hijau

Bahan B(dimayang)
4 tangkai daun sup
4 tangkai daun bawang
4 tangkai daun ketumbar
Secekak daun pudina
2 biji bawang besar

Bahan C
½ tin susu cair
3 sudu mkn tomato puri
3 sudu mkn minyak bekas goring ayam
3 sudu mkn madu

Bahan hiasan
50 g gajus goring
50 g bawang goring
50 g kismis

Cara2
1. Ayam di goring ¾ masak
2. Rempah briani dibancuh bersama dgn bahan A dgn menggunakann sedikit air
3. Panaskan minyak masak dan minyak sapi.
4. Tumis bancuhan rempah sehingga naik bau.
5. Masukkan 5 cawan air
6. Biarkan rempah menjadi pekat
7. Masukan bahan C dan perlahankan api
8. Biarkan kuah menjadi lebih pekat
9. Masukkan bahan B
10. Masukkan garam secukup rasa
11. Bila kuah cukup pekat masukkan ayam goring
12. Balik2 kan ayam dgn kuah supaya rata
13. Masukkan bawang goring dan kacau rata
14. Akhir sekali masukkan gajus dan kismis
15. Apabila cukup pekat dan sebati padamkan api

Cara2 utk Membuat Briani Gam(kata org mesia)




cara ni saje tambah mana tau kot2 hangit nasi nanti blh selamat lagi sebab alas daun pandan

lepas letak nasi kemudian masukkan lauk spt di bawah

terlebih pekat kuah nya jd kurang meresap pd nasi klu nak buat lagi kena cairkan kuah tu baru sebati dgn nasi

klu rasa periuk tak rapat letak lah tepun di sekelilingnya seperti di atas

selepas 1 jam di masak mengunakan api yg perlahan.tp last2 hangit gak.

komen Chef E: ok jadik tp tak berapa betul klu org johor tengok briani gam mcm ni gelak golek2.kuah pekat sangat.ada letak air mawar tak?(ni yg aku geram dgn dia ni ajar tak pernah abis lah)
aku jawab:lengkali aje letak.tunggu raya aji lah kita wat lagi yg betul2 punya.

lepas abah mkn baru dia ckp step yg betul,tunggu abah ibu masak lagik time tu ibu lak yg gelak golek2..


re; akak biasa masak nasi beriani dan yg seangkatannya dgnnya...masak lauk dan nasi atas dapur..bila nak kering..hampir masak pindah dlm rice cooker sbb tak pandai nak adjust api dapur...takut terhangit atau tak masak. letak aluminium foil lebar dlm tudung periuk ...jadi wap tak keluar...nasi masak serata.
Ida, akak dah update bihun sup utara...copy resepi Ida...
Thu 12-Nov-2009 01:49
Posted by:Mamasya  - [Link]
cam mana boleh silap tertekan huruf nih...padahal huruf n ngan d tu jauh..hehehe..ampun ye kak ida... Thu 12-Nov-2009 01:54
Posted by:mariam siti_mariam83@yahoo.com.au  - [Link]
Wah nasi briani gam @ dam...memang berani sungguh cara masaknye...hehehehe...
Mana tak nye, tu lesung batu kan yg buh kat atas periuk tu...hihihihi...
Nama pun unik, cara masak pun unik sure rasa dia pun unik kan...sure yummy...sodap...
Rajin betoi ida mencuba...pastu menjadi lak tu...caya la ida...air tangan ida power ler...
Klu liyana jgn kata nk cuba nk siapkan brg pun jenuh...hehehe...

re: sure umah mak ida pun banyak perabot kayu kan...anak tauke perabot kayu knp tak pakai perabot kayu gak??? hehehe...
Thu 12-Nov-2009 08:11
Posted by:Liyana dina_elliana@yahoo.com  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Monday, 9-Nov-2009 00:54 Email | Share | | Bookmark
TETAMU FP DTG UMAH~CHO ZILA

 
 
 
View all 12 photos...
Salam ....

permulaan hari minggu ini,aku rasa malas aje.Hari ni pg buta dah bergaduh dgn kembar.Aku duk sibuk2 bersiap nak gi keje dia lak sibuk duk mandi bedak dlm bilik patutlah senyap aje bila aku masuk habis semua bedak atas tilam bantal.Aku terus rampas botol bedak tu lepas tu adik dah berguling2 dah mintak bedak aku buat bodo aje.sekali dia tarik kerusi pergi dapur entah apa yg dia nak ambik(adik ni memang jenis dendam mesti dia nak puaskan hati dia gak)belum sempat aku buat apa2 lagi dia dah tolak gelas abisss...pecah adusss....pg2 dah buat hal.duk kutip2 kaca sambil duk larang jgn dtg dekat kakak dah mula ada bunyi bila abah tanya katanya kaki dia sakit.bila abah tengok dah kena kaca nasib sikit aje.lepas letak ubat diap blh lompat2 lagi hai budak mcm tu lah.Eh..aku ni dah masuk cerita lain lah benornya nak citer lain tp citer kisah disuatu pg lak.

Ok balik pd tajuk.Sabtu lepas aku terima tamu kak zila.Mulanya aku ingat dia nak bawak 2A dtg tp 2A demam lagipun kak zila dtg naik LRT aje lepas tu aku gi jemput kat stesen maluri.Kesian kak zila kena naik LRT lak.Sorry kak saya pun bukan jenis pandai jln2 KL ni klu nak gi umah akak.Takde apa yg sempat aku hidangkan cuma mlm sebelum tu aku dah baking brownies,mula nak masakkan lasagna kesukaan kak zila tp tak sempat nak gi beli brg nya jd kat bawah ni aje yg aku hidangkan utk kak zila harap kak zila tak serik dtg umah aku lagi.Masa kak zila dtg tu pun tak blh nak sembang byk sebab kembar duk mengacau(kes mcm ni lah aku suka jumpa kawan2 kat luar dulu sblm ambik kembar dr nursery)jom layan gambar yg di ambik kat tempat yg tak sepatutnya ..kih...kih..sorry kat zila mula nak ambik gambar kat gazebo kat bawah tu dah tu ramai lak kakak2 duk melepak kat sini bkn tak kenal dia org tp nanti apa lak dia ckp klu kita ambik gambar kat situ kan.sudahnya gambar dlm kete itu pun dah nak balik.








Kakak dah keletihan bermain.Ibu bg tido awal2 tak mau tido sudahnya dah ptg duk main2 dgn adik ibu tengok dah terbaring tido kat lantai,tp kejap aje bila ibu letak betul2 kat tilam dtg lah si adik pengacau katanya dia pun nak tido gak sudahnya kakak tak jadi tido.kesian kakak selalu kena buli dgn adik.Tapi kakak pun satu skrg ni suka benor mengejek adiknya.adik bila dah geram apa lagi belasah lah kakak kecik ni sudahnya melalak panggil ibu.

Quote:

Brownies
Source : diella
copy-mamafami

Ingredients :

250g butter
1 1/2 cups sugar
4 eggs
2 teaspoons vanilla essence
1/2 teaspoon baking powder
1 cup plain flour
3/4 cup cocoa powder
1/2 cup chopped nuts (I didn't put)



Method :

1. Melt butter over slow fire, turn off the fire and add sugar. Mix with whisk.
2. Add in the eggs and vanilla, continue whisking.
3. Add in flour together with baking powder and cocoa and mix well.
4. Add in nuts ( you can also add in chocolate chips into the batter or sprinkle sliced almonds on top of the batter before baking )
5. Pour into a lined tray ( 12" x10") and bake in a preheated oven for 25 - 30 minutes at 180degrees celcius.
6. Sliced into desired sizes or you can also use the tray with the cutters. Drizzle with melted cooking chocolate and sprinkle with sugar deco.


DIsebabkan tak dpt masak lasagna jd aku tukar pd macaroni. Macaroni ni aku masak kira gantikan dgn lasagna yg kak zila suka tu.sorry ye kak dulu ckp blh masak last2 bila kak zila dtg takde lah saya masak.Lagi satu rupanya tak cantik sebab duk cedok panas2.sedap ke tak dgn selera akak??

Quote:

CHEESE MACARONI OVEN
sumber -MYRESIPI-HAMZAN(adaptasi dr RACHELRAY-NTV7)

Bahan-bahan ( 6 orang. )
1 bungkus makaroni yang macam kerang atau straw tu.
Cheddar cheese.(ibu guna slice cheese aje)
1 biji bawang kuning yang besar, 3 ulas bawang putih.
2 sudu butter.
3 sudu besar tepong gandum.
3 cawan susu uht.(ibu guna dutch lady low fat).
2 cawan air.
1 kiub ayam knorr.
2 biji chili cameron atau asparagus.(tak letak pun takde stok)
Udang atau ayam.(kuantiti sukahati, lagi banyak lagi best).ibu guna burger ayam aje
3 atau 4 sudu sos chili.(kimball sedap).
Serbuk lada hitam(pepper) dan garam.
Cara-cara
Rebus makaroni kedalam air yang mendidih selama 6 minit. Bubuh sedikit garam.
Dalam periuk atau kuali besar yang lain goreng bawang kuning dan putih dengan butter. Biarkan sampai layu kekuningan.
Masukan tepong kacau seketika dan masukan 2 cawan air, kacau lagi ia akan jadi pekat dan masukan kiub ayam. Pastikan kiub itu larut.
Masukan udang atau ayam, secubit garam dan serbuk lada hitam. Kemudian masukan susu dan sos chili.
Kemudian masukan cili cameron yang dihiris2 atau asparagus yang telah dicelor. Celor dengan air rebusan makaroni tadi.
Akhirnya masukan makaroni yang telah ditoskan terlebih dahulu kedalam dan gaul mesra(bob). Eh lupa lak....parut cheese kedalam sebanyak mana anda suka. Lagi banyak lagi sedap. Gaul sekejap sehingga semua menjadi melekit2 macam chewing gum...perghhh sedap.
Ops...jangan hidang dulu..sabar, sile tengok name resepi ada perkataan oven...so masukan kesemuanya kedalam bekas pembakar, tabur cheese yang diparut diatas sebanyak anda suka. Bakar dalam oven sehingga bahagian atas keperang2an.
Haaa...sekarang baru bolih dihidangkan. Makan semasa masih berasap sebab kalau dah sejuk tak best dah.....ikut resepi sebenar guna asparagus tapi hamba tak jumpa...terjumpa aspalela lak.
Budak2 suka nih...lebihkan lauk dan kurangkan sayur adalah disarankan untuk anak2 sebab sah dorang asingkan punya..komen hamba resepi nih memang sedap..macam rasa whip potato punya kuah pun ada...sila cuba dihujung minggu


kembar punya dia org suka betul dgn macaroni lagipun kembar ni hantu cheese tu pasal dia suka.


Menu utk sarapan pg sabtu.menu ulangan resipi kat sini. Apam ni kali kedua rasanya aku buat dan kali ni yg aku rasa baru menjadi sebab ada nampak bunga pecah2 tu yg buat dulu terus jd talam kah..kah..klu ada kelapa lagi sedap.anto kat jiran sebelah siap mintak wat class lagi mcm lah aku ni teror masak aje.

bye..bye..

kak, pos la sket brownies tu kat saya.. Tue 10-Nov-2009 05:44
Posted by:Ziela zpuppets@ymail.com  - [Link]
cho zila dtg berkunjung....tentu seronok kan dpt bersua muka....bersembang.....
brownies tu sedap.....budak2 mmg suka yg bercoklat. apam Ida pun naik elok.....cantik warna hijaunya....
anak2 kdg2 buat perangai sbb nak tarik perhatian kita....mmg kena byk bersabar....
Tue 10-Nov-2009 07:38
Posted by:Mamasya  - [Link]
>>salam ..
sori ida, memang tak sempat langsung akak mingguni.. keh!! keh!! spt dibagitau projek besar punyer... nak ubah angin... tuler yang tau ada resipi yang akak nak222 gak tu kat sini..
>>diberitahu memang sedapler makaroni cheese tu memang sedapler suami akak yang memang selalu menolak makanan ala2 omputihnipun suka.. budak22pun suka gerenti kena tryni... mak mertua akak kata ni jumpa kawanker pergi kedai beli makanan .. akak cakap tu ida nak bagi apam lagi tak leh nak ambik dah taujer ler reti naik lrt jer.. seronok jumpa ida memang seronok ngan perangai kembar lebih kurang ngan 2Ani taujerler... Insyaallah sabtuni akak bawak 2A..
Thu 12-Nov-2009 08:50
Posted by:cho zila  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 4-Nov-2009 05:20 Email | Share | | Bookmark
NASI HALIA KUNING & AYAM PENYEK

 
 
 
View all 6 photos...
Salam semua..

Takyah ckp byk bawah ni menu utk hari ahad lepas.tak tau nak masak apa tp tingin nak mkn ayam.mulut ni mcm terasa-rasa aje mkn mcm ayam panggang ke ayam bakar ke klu nak bli ada lak mcm tak puas ati pastu duk lah merayau umah org mcm2 umah aku masuk last2 jumpalah resipi kat dapur mat gebu tu.klu tak silap resipi ni dr indon kot klu nak pasti kena gi dapur mat gebu ler aku cuma copy aje.Klu dah ada ayam mesti nak nasi lain sikit dr nasi putih kan dah tu gi masuk lak dapur ummizaihadi jumpa nasi halia kuning ni.memang dah lama gak nak masak nya tp tak sampai seru lagik ni buat ni kira sampai seru lah ni tp tak berapa kena serunya sebab lauk lain pesen.aku hentam aje lah.abah mkn nasi sampai menambah2 kira ok lah tu

Quote:


NASI HALIA KUNING
COPY BLOG UMMIZAIHADI

Bahan:-
· 2 cawan beras basmathi - basuh dan toskan(ibu guna beras faiza emas aje)
· 1/2 sudu besar halia - dihiris memanjang
· 1/4 sudu besar bawang putih - dicincang
· 2 sudu besar mentega
· 1 kiub pati ayam
· 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
· 6 cawan air/secukupnya untuk memasak nasi
· 2 - 3 helai daun pandan (*ni akak saja letak, kasi wangi)
Cara-Cara:-
1. Dalam periuk elektrik, cairkan mentega. Kemudian tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan beras dan kiub pati ayam yang telah dihancurkan terlebih dulu diikuti dengan air secukupnya. Kacau sebentar.
3. Tambahkan serbuk kunyit/pewarna kuning dan kacau rata.
4. Kemudian angkat periuk dan letak dalam rice cooker dan biarkan nasi masak. Balik2kan sebaik saja nasi kering dan biarkan nasi masak.
5. Hidangkan bersama ayam masak merah, acar nenas dan keropok.

*note klu ikut sukatan air yg di atas tu nasi agak lembik sikit jd klu sesapa yg tak suka nasi lembik kurangkan 1 cawan air dr sukatan


Quote:


AYAM PENYEK
copy blog mat gebu

Bahan-Bahannya
6 kepingan peha ayam (mat guna bahagian dada,ibu guna separuh ayam tak potong pun)
2 camca besar minyak
3 helai daun salam (mat guna bay leaf)-tak letak takde tp tukar letak dry oregano tabur sikit
2 camca besar pati santan
1 camca besar ketumbar biji, disangai hingga wangi*
1/2 camca teh, jintan manis, disangai hingga wangi*
2 batang serai, dihiris halus*
1 camca teh gula*
1 camca teh garam*
120 g hirisan lengkuas*
1 biji cili merah*-tukar cili giling
2 cm kunyit hidup*
4 keping hirisan halia*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)
lemon @ limau nipis
3 biji kentang buang kulit dan potong panjang-ibu tambah

Cara membuatnya
1. Ayam dibuang kulit, perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci dan toskan. Kemudian cucuk ayam tadi dengan garfu. Ketepikan.
2. Masukkan ayam tadi dalam bekas plastik (tupperware), tuang bahan2 kisar dan masukkan santan. Gaul rata dan lumur pada semua bahagian ayam tadi. Perap 30 minit hingga 1 jam. (mat perap 1 malam,ibu perap 1/2 hari)...
3. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan masukkan ayam bersama bay leaf. Kecilkan api dan kecutkan ayam selamat 10 minit sehingga sedikit kering.yg ini ibu skip terus masuk oven aje Kemudian panggang dalam ketuhar pada suhu 200C hingga masak (kurang lebih 45 minit hingga 1 jam). Bergantung pada oven masing2

rupa ayam sebelum masuk oven.sebelum letak ayam letak kentang dulu bahagian bawah lepas tu letak ayam bungkus dgn aluminium bakar 1 jam.pastikan aluminium tu menutupi semua klu tak kentang tak masak-cara ni juga utk mendapatkan isi ayam yg lembut.
ayam ni dah kira lari dr tajuk asal sebab ibu dah tukar cara masak dan bahan perasanya jd rasanya pun lain tp tetap sedap klu tak suka ayam yg basah lepas 45 min blh buka aluminium tu dah bakar lagi


bawah ni lak askar2 menu ari tu langsung tak kena

kacang botol goreng

ikan perkasam goreng

ni lak kira deset lah

pengat pisang yg di request dr abah

ok abis dah citer masak minggu lepas
bye..bye..

Salam Ida,
Husband Ida pakai lumiglow tu hilang tak parutnya?
Kalau pakai kat parut campak ok ke? Budak2 ni banyak kena kat muka,
risau gak nak letak kat muka, kulit muka kan nipis.. Karang lain pulak jadinya.
Sat 7-Nov-2009 15:55
Posted by:zilazaini zie_ab@yahoo.com.my  - [Link]
nasi Halia belum cuba lagi....resepi dah lama copy....
ayam penyet tu masa bulan posa hari tu adalah 2-3 kali beli buat berbuka...tp ayam digoreng jual set dgn nasi,sambal dan ulam...
Sun 8-Nov-2009 07:47
Posted by:Mamasya  - [Link]
re: klu raya hj turun ipoh, wajib tau call liyana....kita dating lak...teringin nk jumpa ida dgn kembar yg comel tu...
Dah update n3 baru kasi tau yer...
Sun 8-Nov-2009 14:28
Posted by:Liyana dina_elliana@yahoo.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Tuesday, 3-Nov-2009 01:25 Email | Share | | Bookmark
BEST CHOC MOIST CAKE

 
 
 
View all 12 photos...
Salam semua...

Dah lama duk tangguh2 nak wat kek ni entah berapa kali duk print lepas tu hilang pastu print lagi sampai lah minggu lepas dpt seru utk buat kek ni.blh lah rasanya tp aku lebih suka kek coklat yg biasa aku buat lebih lembut dan moist.Kek ni teksturnya lebih keras dan padat sikit mungkin tak mengunakan air panas yg biasa di gunakan utk buat kek coklat.(maaflah klu bab mcm mana nak buat kek lebih lembut aku tak berapa pandai tp rasanya byk cara salah satunya guna emusifier pun blh@quik75@overlate pun blh tp tengok jenis kek gak)



BEST CHOC MOIST CAKE
By courtesy of Allrecipe.com
fp zana raman
Ingredients :
1 cup margarine - ana guna butter
1 3/4 cup sugar ( I used 1 1/2 cup)
3 eggs
2 1/2 cups multi-purpose flour
6 tblspn unsweetend cocoa powder
1 1/2 teaspn baking soda
1 1/2 cup fresh milk
1 1/2 teaspn vanilla essence
1 teaspn salt

Instructions :
1. Preheat oven to 175 Deg Cel.
2. Grease and line 9x13" pan ( I used 9" round pan)
3. Sift together flour, baking soda, cocoa powder and salt.
4. Cream together margarine and sugar until light and fluffy.
5. Beat in eggs one at a time, then stir in vanilla.
6. Beat in flour alternately with milk, mixing just until incorporated.
7. Pour batter into pan and bake for 40-45 mins. Allow to cool on a wire rack. Garnish as desired.



RICH CHOCOLATE PUDING

Kek yg aku buat kat atas belum pun sempat potong lagik dah dpt kek baru dr company last2 kek yg company bg aku hantar umah kak teh aje.dr duk betapa dlm peti umah aku baik aku sedekah kan mkn ramai2

Hari khamis dapat kek coklat dr company lak.gambar atas tu saje gatal nak tunjuk betapa byknya keje aku.


esoknya dapat lagi rezeki Ms Wong bg buah lak sebab katanya aku selalu bg dia kueh.nak bebalas2 lak ms wong ni aku tak kisah pun janji jgn org cari pasal dgn aku dah.klu dah cari pasal dgn aku jgn kata nak pelawa kek nak bau kek pun tak dpt he..he...jgn mare ya aku saje ckp aje.


mlmnya gi shopping K4 lak tengok lah sampai penuh 2 troli tu tp yg byknya pampers dgn susu aje tu pasal penuh troli tu.


dah gi K4 rabak lah RM400 adusss..kembar dah lah minum susu pandailah gi tandas sendiri.

kembar klu time tak gaduh mcm ni lah mkn coklat sama2.blk dr K4 try baju baru sampai rambut tak sikat duk mkn coklat.

itulah kisah2 minggu lepas

ida,,, akak dah rasa semua tu,,, belanja susu and pampers,,,,
dah besar ini lain pulak hal nyer...lagi banyak belanja.... dah sekolah kan...sebulan sekali beli color pensil,, suruh syer tak nak..beg tak sampai 3 bulan tukar yang baru,,, kalau kurang tak nak gi sekolah......
Wed 4-Nov-2009 07:52
Posted by:Noors noorss_noor@yahoo.com  - [Link]
begitu la ida, anak2 tgh kecik lg ni.......
belanja susu dan pampers tu dh perkara biasa...
mcm ida lg la twins, belanja pn kena double la.......
mmg sedap tgk kek dan puding coklat tu.....
kiranya ida ni mmg antu coklat la ye.....
sama la kita........
Wed 4-Nov-2009 14:56
Posted by:baayah  - [Link]
Salam Ida....dalam sibuk-sibuk pun Ida leh buat kek cokelat..mmm sedap.Pasal belanja susu dan pampers tu...biasalah sebelum
anak-anak membesar....itulah modal belanja kita untuk mereka.....elok ada fp ni....esok-esok boleh jadi nota utk dibaca anak-anak...
Thu 5-Nov-2009 02:41
Posted by:Kak Rus kak-rusnah@yahoo.com  - [Link]
View all 10 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.